Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tenom Sabah

Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tenom Sabah Official page of Malaysian Red Crescent Tenom Branch | Caring, Serving, Protecting Communities

06/03/2026
04/03/2026
5 HARI , DEMI KEMANUSIAAN Selama 5 hari bertugas di PPS, anggota BSMM Daerah Tenom terus komited menjalankan amanah β€” me...
02/03/2026

5 HARI , DEMI KEMANUSIAAN

Selama 5 hari bertugas di PPS, anggota BSMM Daerah Tenom terus komited menjalankan amanah β€” membantu, menyantuni dan memastikan kebajikan mangsa terjaga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua anggota, sukarelawan serta pihak yang terlibat. Pengorbanan masa, tenaga dan kesungguhan anda amat bermakna. 🀍

Air mungkin surut, tetapi semangat khidmat kemanusiaan tidak pernah reda.

Semoga Tenom terus kuat, bangkit dan pulih sepenuhnya. πŸ’ͺ✨

🌊 Air surut, khidmat tetap diteruskan!BSMM Daerah Tenom turun padang membuat pemantauan di PPS Maugus dan meneruskan mis...
02/03/2026

🌊 Air surut, khidmat tetap diteruskan!

BSMM Daerah Tenom turun padang membuat pemantauan di PPS Maugus dan meneruskan misi kemanusiaan dengan membersihkan rumah mangsa banjir di Kg. Belumbung Seberang.

Lumpur boleh dibersihkan, tetapi semangat sukarelawan tidak pernah luntur. 🀍πŸ’ͺ

19/02/2026

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun meraih pujian orang ramai selepas penyelamat nyawa rakannya yang hampir lemas dalam satu kejadian di Pantai Pasir Hitam,

19/02/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H | 2026M βœ¨πŸŒ™

Semoga ibadah puasa dan doa kita semua membawa ketenangan, keberkatan serta petunjuk Ilahi sepanjang bulan yang mulia ini.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ikhlas daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah ✨β™₯️

CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS ASAS, 04 FEB 2026Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SM St. Anthony atas jemputan kepada ...
19/02/2026

CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS ASAS, 04 FEB 2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SM St. Anthony atas jemputan kepada BSMM Daerah Tenom untuk menyampaikan ceramah Pertolongan Cemas Asas (PCA) kepada murid Tingkatan 4 yang mengambil subjek Sains. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta memupuk kesedaran dan kesiapsiagaan dalam kalangan pelajar.

PROGRAM MERENTAS DESA, 04 FEB 2026 BSMM Tenom merakamkan penghargaan kepada pihak SK Mandalom atas kepercayaan yang dibe...
19/02/2026

PROGRAM MERENTAS DESA, 04 FEB 2026

BSMM Tenom merakamkan penghargaan kepada pihak SK Mandalom atas kepercayaan yang diberikan dalam menjalankan tugas sempena Sukan Merentas Desa. Kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta terpelihara

PROGRAM MERENTAS DESA i) SK Pekan Tenom ii) SJKC Tsi SinBSMM Daerah Tenom merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ter...
30/01/2026

PROGRAM MERENTAS DESA

i) SK Pekan Tenom
ii) SJKC Tsi Sin

BSMM Daerah Tenom merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan . Tidak lupa juga kpd semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

🩸 PROGRAM DERMA DARAH BSMM DAERAH TENOM 2026 🩸Program Derma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tenom...
30/01/2026

🩸 PROGRAM DERMA DARAH BSMM DAERAH TENOM 2026 🩸

Program Derma Darah anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tenom ini merupakan program pertama bagi tahun 2026, dengan kerjasama Unit Tabung Darah & Thalasemia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah atas sumbangan ikhlas demi membantu mereka yang memerlukan. Setitis darah anda mampu menyelamatkan nyawa.

Bersama kita jayakan misi kemanusiaan dan terus menyemai semangat kesukarelawanan. ❀️

"Semangat Merdeka di SK St Anthony Tenom! πŸŒ™πŸ‡²πŸ‡ΎBulan sabit daerah Tenom bertugas dalam perarakan kemerdekaan, mengukir sej...
30/08/2025

"Semangat Merdeka di SK St Anthony Tenom! πŸŒ™πŸ‡²πŸ‡Ύ

Bulan sabit daerah Tenom bertugas dalam perarakan kemerdekaan, mengukir sejarah dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik. Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyatu dalam hati setiap rakyat Malaysia! "

Address

Berdekatan Dengan Restaurant Rasa Sayang
Tenom
89900

Telephone

+60198599312

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tenom Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share