Pusat Khidmat Setempat PKSP PTTB Parlimen Temerloh

Pusat Khidmat Setempat PKSP PTTB Parlimen Temerloh MEMBELA DAN MENYATUPADUKAN VETEREN TENTERA TIDAK BERPENCEN NEGERI PAHANG AMNYA

🎁 Door Gift Beras Wangi adalah pilihan terbaik untuk menjadikan majlis anda lebih bermakna. Bukan sekadar cantik dipanda...
06/07/2026

🎁 Door Gift Beras Wangi adalah pilihan terbaik untuk menjadikan majlis anda lebih bermakna. Bukan sekadar cantik dipandang, malah boleh terus digunakan oleh setiap penerima.

Sesuai untuk:
πŸ’ Majlis Perkahwinan
🏑 Kenduri Kesyukuran
πŸ‘Ά Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Hari Keluarga
🏒 Program Korporat & Komuniti

βœ… Tempahan mengikut kuantiti diperlukan
βœ… Rekaan label boleh disesuaikan mengikut tema majlis
βœ… Sticker PERCUMA bagi setiap pembelian

πŸ’° Harga Tempahan
🌾 1 – 300 unit : RM6.00 seunit
🌾 301 – 600 unit : RM5.50 seunit
🌾 601 – 1000 unit : RM5.00 seunit

πŸ“ Diedarkan oleh: KOPERASI GAGAH MALAYSIA BERHAD Lot 6275, Jalan Intan Kanan, Bukit Changgang, 42500 Banting, Selangor.

πŸ“ž Tempahan & Pertanyaan: 011-1091 3460
πŸ“² Tempah awal untuk mendapatkan harga terbaik dan pastikan door gift majlis anda tampil eksklusif serta meninggalkan kenangan manis kepada setiap tetamu.








31/05/2026
20/05/2026

Tindakan Anthony Loke membuat ucapan secara terbuka dan disiarkan secara langsung baru-baru ini telah mencetuskan impak yang amat besar.

Sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta pegawai-pegawai daripada KPM dan Institut Aminuddin Baki (IAB) sudah berhempas-pulas mempertahankan naratif bahawa kerajaan tidak mengiktiraf silibus Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), sebaliknya hanya sekadar membuka laluan bersyarat sahaja.

Bagaimanapun, pendedahan terbuka ini seolah-olah memalukan pihak yang gigih memutar-belitkan isu tersebut, sehingga memaksa mereka mencari alasan baharu demi menutup kelemahan yang ada.

Dalam konteks sejarah, memang menjadi fakta bahawa manifesto Buku Jingga pada tahun 2013 dan 2018 pernah menjanjikan pengiktirafan UEC sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Malah, pemimpin seperti Tok Guru Haji Hadi Awang dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah dikaitkan dengan persetujuan tersebut pada masa lalu.

Pemaparan fakta sejarah ini sebenarnya tidak menjadi masalah, namun kenyataan Anthony Loke yang seterusnya dalam Konvensyen Pakatan Harapan telah menjerat diri sendiri.

Beliau mendakwa bahawa PAS dan BERSATU dahulu bersetuju dengan UEC, tetapi kini menuduh Perdana Menteri ke-10 (PMX) menggadaikan kepentingan orang Melayu apabila PMX mula melaksanakan perkara tersebut pada 14 Mei 2026.

Kenyataan spontan ini secara tidak sedar telah mengesahkan bahawa pihak PMX memang sedang melaksanakan pemberian kelulusan bersyarat untuk pemegang UEC memasuki IPTA.

Pengakuan terbuka ini jelas mensia-siakan segala usaha KPT, KPM, pegawai lantikan politik, dan agensi berkaitan yang sebelum ini bertungkus-lumus menafikan perkara tersebut melalui penulisan artikel, poster grafik, dan sidang media.

Isu utama di sini bukanlah kecaman terhadap parti pembangkang seperti PAS, BERSATU, atau Perikatan Nasional (PN) yang pernah menabur janji serupa dahulu, kerana parti-parti tersebut terbukti tidak pernah melaksanakannya ketika menjadi kerajaan.

Isu yang lebih besar ialah tindakan kerajaan sekarang di bawah PMX yang secara rasmi mengumumkan kelulusan bersyarat ini, sedangkan Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan jelas menyatakan bahawa UEC tidak diiktiraf kerana bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, dan Akta Pendidikan 1996.

20/05/2026

Rupa fizikal kaduk saling tak tumpah seperti pokok sireh. Bezanya pokok kaduk adalah tumbuhan melata manakala pokok sireh adalah tumbuhan memanjat.

Walaupun tumbuh melata, tetapi apabila diletakkan kayu pacak yang dipanggil junjung disebelahnya, kaduk akan memanjat sehingga terlupa keadaan semulajadi dirinya yang tidak mempunyai sistem sokongan untuk memanjat dan ia akan terus memanjat. Tak ingat bila kayu junjung dikerat maka jatuhlah kaduk.

Bijak orang tua kita buat peribahasa, seperti kaduk naik junjung.

Address

No 26, Blok 2
Temerloh
28500

Telephone

+60179414116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Setempat PKSP PTTB Parlimen Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Setempat PKSP PTTB Parlimen Temerloh:

Share