NADI Felda Jenderak Selatan

NADI Felda Jenderak Selatan Selamat Datang ke Laman Pusat Sebaran Maklumat Nasional yang juga dikenali sebagai NADI Felda Jenderak Selatan.

Jadikan laman ini sebagai media perhubungan antara kami di Felda Jenderak Selatan..

πŸš€ Belajar AI Secara Percuma  – Rebut Peluang Masa Depan Anda!Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. ...
30/04/2026

πŸš€ Belajar AI Secara Percuma – Rebut Peluang Masa Depan Anda!

Dunia pekerjaan sedang berubah pantas dengan teknologi AI. Jangan tunggu lagi β€” kini anda berpeluang belajar kemahiran baharu secara PERCUMA, mudah dan ikut masa anda sendiri.

Program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan ilmu, menambah peluang pendapatan dan bersedia menghadapi masa depan digital.

✨ Apa Yang Anda Akan Dapat?
βœ”οΈ Belajar AI asas dengan cara yang mudah difahami
βœ”οΈ Cuba sendiri alat AI yang boleh digunakan dalam kerja & bisnes
βœ”οΈ Belajar secara fleksibel – bila-bila masa, di mana sahaja
βœ”οΈ Tingkatkan keyakinan diri dengan kemahiran masa depan
βœ”οΈ Terima sijil yang diiktiraf oleh Google.org

πŸ’― 100% PERCUMA
⚑ Tempat adalah terhad!

Hari ini belajar, esok buka lebih banyak peluang.
Jangan sekadar ikut perubahan β€” jadilah antara yang memimpin perubahan.

πŸ‘‰ Daftar sekarang: avpn.pepperlabs.my

Kubang Semang, Pulau Pinang | 25 April 2026 β€” Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus melakar pencapaian membanggak...
30/04/2026

Kubang Semang, Pulau Pinang | 25 April 2026 β€” Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus melakar pencapaian membanggakan apabila diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital atau Digital Transformation Centre (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Penyerahan pengiktirafan ini telah disaksikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim dan disampaikan oleh Encik Kishore Babu Yerraballa, Pengarah Pejabat Kawasan Asia Tenggara dan Asia Pasifik, ITU kepada YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, Pengerusi MCMC.
Pengiktirafan ini meletakkan NADI dalam rangkaian global ITU-DTC, sekali gus memperkukuh usaha negara dalam memperluas keterangkuman digital serta memperkasakan komuniti melalui akses, kemahiran dan perkhidmatan digital.
Dalam majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut menyempurnakan perasmian NADI Kubang Semang serta meluangkan masa melawat reruai Perkhidmatan Pintar NADI dan berinteraksi bersama komuniti setempat.


Reposted from

Malaysia makin maju dalam pendigitalan.Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multim...
30/04/2026

Malaysia makin maju dalam pendigitalan.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini rasmi diiktiraf sebagai ahli Pusat Transformasi Digital (DTC) di bawah rangkaian Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Ini merupakan satu pengiktirafan besar di peringkat dunia.
NADI menjadi pusat ke-16 dunia dalam rangkaian global ITU-DTC dan ini bukti komitmen Malaysia dalam memperluas keterangkuman digital, khususnya untuk komuniti luar bandar.
Majlis pengiktirafan sebentar tadi diadakan di NADI Kubang Semang, Bukit Mertajam, disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, serta para duta dan Pesuruhjaya Tinggi dari negara-negara anggota Majlis ITU.
Lebih ramai rakyat celik digital, lebih banyak peluang ekonomi.
Syabas NADI dan MCMC!


Reposted from .1
https://www.facebook.com/share/p/18UmLgRNm7/?mibextid=wwXIfr

30/04/2026

Transformasi digital bukan lagi milik bandar semata-mata. Melalui inisiatif NADI, jurang antara komuniti luar bandar dan bandar kini semakin dirapatkan. Dengan akses kepada Internet, latihan kemahiran digital serta sokongan keusahawanan, NADI telah membuka peluang baharu kepada rakyat untuk terus maju dalam ekonomi digital.
Daripada pelajar yang kini mampu mengakses pembelajaran dalam talian, sehinggalah usahawan kecil yang berjaya mengembangkan perniagaan ke platform digital, NADI menjadi pemangkin perubahan yang nyata di peringkat akar umbi. Setiap kisah kejayaan ini membuktikan bahawa dengan akses dan bimbingan yang betul, potensi komuniti luar bandar mampu diketengahkan.
MCMC komited untuk terus memperkasa rakyat melalui peluasan inisiatif seperti NADI, memastikan tiada yang tercicir dalam arus pendigitalan negara demi membina Malaysia yang lebih inklusif, berdaya saing dan bersedia untuk masa hadapan.


Reposted from

30/04/2026

25 April 2025 merupakan satu detik yang membawa makna apabila NADI MCMC diiktiraf sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa.
Di sebalik pencapaian ini, tersimpan usaha berterusan, idea yang sentiasa berkembang, serta komuniti yang terus memanfaatkan perkhidmatan NADI. Dari peringkat akar umbi hingga ke pentas global, perjalanan ini mencerminkan kerjasama dan komitmen yang berterusan.
Semoga NADI terus memberi impak yang bermakna dan kekal sebagai platform yang memperkasa komuniti serta memberi nilai tambah kepada masyarakat.

29/04/2026
Nak Bayar Bil? Jom ke NADI Felda Jenderak Selatan atau bdekatan dengan anda
25/03/2026

Nak Bayar Bil? Jom ke NADI Felda Jenderak Selatan atau bdekatan dengan anda

πŸ“’ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ€πƒπˆ π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸŒ™πŸ•ŒAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Untuk ma...
18/03/2026

πŸ“’ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ€πƒπˆ π’π„πŒππ„ππ€ π‚π”π“πˆ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ πŸŒ™πŸ•Œ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua, NADI Felda Jenderak Selatan akan ditutup operasi sementara pada 19 Mac 2026 sehingga 23 Mac 2026 (Khamis - Isnin) sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

NADI Felda Jenderak Selatan akan dibuka & beroperasi seperti biasa pada 24 Mac 2025 (Selasa).

Di kesempatan ini, kami warga NADI Felda Jenderak Selatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin ✨.

Sekian, terima kasih.



πŸŽ‰ SUASANA MERIAH DI BAZAR RAYA @ NADI πŸŽ‰Alhamdulillah, program Bazar Raya @ NADI Felda Jenderak Selatan berlangsung denga...
14/03/2026

πŸŽ‰ SUASANA MERIAH DI BAZAR RAYA @ NADI πŸŽ‰

Alhamdulillah, program Bazar Raya @ NADI Felda Jenderak Selatan berlangsung dengan meriah!

Pengunjung dapat menikmati pelbagai jualan menarik seperti :-
πŸͺ Aneka Biskut Raya
πŸ§• Tudung & Aksesori
🌹 Bunga Kawat Bulu
πŸ›οΈ Barangan Prelove dan pelbagai lagi.

Turut disediakan:
βœ… Kaunter Zakat Fitrah
βœ… Saringan Kesihatan Percuma



SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 2 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 20 FEBRUARI 2026S...
21/02/2026

SEMAKAN PENGAMBILAN PELATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN 3.0) SIRI 2 TAHUN 2026 DIBUKA BERMULA 20 FEBRUARI 2026

Semakan kepada bakal pelatih (SIRI 2/2026) bagi daftar KELAHIRAN TAHUN 2008 boleh dilakukan bermula hari ini melalui Sistem ePLKN 3.0 seperti ketetapan berikut:

TARIKH SEMAKAN: 20 Februari 2026 (JUMAAT)
MASA: JAM 05.00 PETANG
TARIKH TUTUP SEMAKAN: 28 Februari 2026 (SABTU)

Laman Sesawang / Pautan Sistem ePLKN 3.0: https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
Sebarang Info mengenai .0 dan serta maklumat yang terkini, tepat dan sahih πŸ’―
©️ 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)














21/02/2026

πŸ’ͺ NAK TURUNKAN BERAT BADAN WALAUPUN BERPUASA?

Teruskan momentum anda dalam Cabaran NADI Sihat Ramadan 2026: Turun Berat Dengan Cara Yang Selamat!

Jangan risau, gerakan senaman ini boleh bantu anda yang nak boost stamina dan kuatkan otot di bulan Ramadan ini.

πŸ“Ί Tonton video penuh di sini: https://youtu.be/pqb3Hne2QJo

πŸ”₯ Apa yang anda akan dapat dalam video ni?
βœ… Senaman lower body intensif & advance untuk pembakaran kalori optimum.
βœ… Fokus pada kekuatan, stamina dan daya tahan badan.
βœ… Sesuai dibuat 1-2 jam sebelum sahur atau 1-2 jam selepas berbuka.
βœ… Sesuai untuk lelaki & wanita yang berani sahut cabaran!

Tak ada alasan malas. Raya nanti fit & padu, barulah confident pakai baju raya! 😎

πŸš€ TERUSKAN KONSISTENSI DALAM CABARAN NADI!
Video ini adalah sebahagian daripada Fasa Aktivasi Tabiat 21 Hari anda. Kumpul rekod kehadiran anda dan rebut peluang memenangi Jam Tangan Pintar (Smartwatch), Penimbang Pintar (Smart Scale) & Pakej Penjagaan Obesiti MRIC Healthcare!

πŸ‘‰ WAJIB daftar kehadiran anda untuk video ini di sini (Penting untuk pemarkahan cabaran!): https://forms.gle/1pdoTFsqsjV2cH3C9
πŸ‘‰ NES (MCMC): Cari aktiviti dalam NES guna KEYWORD sahaja (cth: Puasa Tapi Gagah).

πŸ“Œ Subscribe channel ini untuk lagi banyak siri workout & tips reset kesihatan sepanjang Ramadan!

21/02/2026

Ramadan tahun ini, NADI seluruh Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua! πŸŒ™

Dari kelas memasak, fotografi, fashion styling, kelas mengaji, menjahit, hinggalah cabaran penurunan berat badan secara sihat. Segalanya tersedia untuk anda sertai secara PERCUMA!

Jom isi Ramadan ini dengan aktiviti menarik dan bermanfaat di NADI berdekatan anda! Layari nadi.my/lokasi untuk ketahui lokasi NADI berdekatan anda sekarang.

Address

Wisma JKKR Felda Jenderak Selatan
Temerloh
28050

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Jenderak Selatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Felda Jenderak Selatan:

Share