NADI Felda Bukit Damar

Directions Website

NADI Felda Bukit Damar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Damar, Pahang.

18/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod β€œLargest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
πŸ† 60,379 PESERTA
πŸ“ 1,099 NADI
πŸ‡²πŸ‡Ύ Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

16/09/2026

Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, setiap komuniti membawa cerita, budaya dan keunikan yang membentuk Malaysia yang kita cintai.

Walau berbeza latar dan tempat, kita tetap terhubung sebagai satu Malaysia.

Sempena Hari Malaysia 2026, marilah kita terus menghargai kepelbagaian, mengeratkan hubungan dan melangkah maju bersama.

Selamat Hari Malaysia daripada NADI. πŸ‡²πŸ‡Ύ


PERKHIDMATAN EPOS DI NADINak bayar bil? Jom ke NADI Felda Bukit Damar
06/09/2026

PERKHIDMATAN EPOS DI NADI
Nak bayar bil? Jom ke NADI Felda Bukit Damar

Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
28/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

πŸ—“οΈ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ


19/08/2026
12/08/2026

Kelas Bijak ICT untuk warga GPW Felda Bukit Damar
Terbaik mak-mak kita✌️

Kelas Komputer - Microsoft WordKategori warga emasTarikh : 12 Ogos 2026Masa : 3.00 pm - 4.30 pm
12/08/2026

Kelas Komputer - Microsoft Word
Kategori warga emas
Tarikh : 12 Ogos 2026
Masa : 3.00 pm - 4.30 pm

*Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia* sentiasa komited memperkasa masa...
12/08/2026

*Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia* sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ“š *Program Tuisyen Rakyat*
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara *PERCUMA* kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

πŸ‘• *Program Pakaian Sekolah NADI*
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok


Address

Balairaya Felda Bukit Damar
Temerloh
28500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Bukit Damar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share