SBM Cawangan Pahang

Call Directions Website

SBM Cawangan Pahang DITUBUHKAN PADA 1 APRIL 1978. PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) . NO PENDAFTARAN ROS:
PPM/PHG 100/64-6 SBM Cawangan Pahang memulakan operasinya pada 1 April 1978.

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Pahang atau Society of The Blind in Malaysia ( SBM ) Pahang Branch adalah Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) , Pertubuhan Bantu diri (Self -Help Organization) berorentasikan hak dan kebajikan memberi khidmat sokongan kepada individu cacat penglihatan dan bersifat cawangan negeri . Ia merupakan sebuah organisasi Cawangan negeri bagi para individu Cacat penglihatan yang mencakupi semua jaum dan pelbagai lapisan masyarakat yang menetap di Negeri Pahang, bertujuan untuk memperoleh hak- hak dan peluang- peluang yang sama rata untuk mereka yang cacat penglihatan di Negeri ini melalui usaha secara kolektif dan dengan penuh semangat persaudaraan, demi kemajuan sosio ekonomi mereka yang cacat penglihatan, dengan tujuan untuk membolehkan mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab, bermaruah dan produktif. Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Pahang atau Lebih Sinonim dengan akronimnya SBM Cawangan Pahang terletak di Daerah. Temerloh ,
Beralamat di :
G46G, Jalan Mentakab,
Kampung Batu Satu,
28000 Temerloh Pahang. Pertubuhan ini mempunyai keahlian seramai 135 orang Ahli yang terdiri daripada Ahli Biasa iaitu OKU Penglihatan dan juga Ahli Bersekutu yang merupakan mereka yang berpenglihatan. Pertubuhan ini diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa yang keseluruhannya terdiri daripada OKU Penglihatan, yang telah dipilih setiap (2) Dua tahun sekali melalui Mesyuarat Agung Dwi Tahunan. Objektif Pertubuhan ini adalah seperti berikut:

1. Menggalakkan semua orang cacat penglihatan di Malaysia supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam sosio-ekonomi demi untuk kebaikan bersama.

2. Mempertahankan hak-hak orang cacat penglihatan selaku warganegara Malaysia untuk mengambil bahagian serta menyumbang ke arah mempertingkatkan kepentingan bersama.

3. Mempertingkatkan hubungan serta memupuk persefahaman dalam kalangan ahli-ahlinya.

4. Membangunkan bidang sukan dan rekreasi kepada orang cacat penglihatan.

5. Mengawasi dan menilai perkhidmatan yang disediakan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan, serta mengenengahkan pandangan dan saranan mengenai perkara-perkara yang melibatkan mereka yang cacat penglihatan.

6. Bekerjasama dengan organisasi-organisasi lain ke arah mencapai segala matlamat Pertubuhan ini.

7. Berusaha ke arah meningkatkan advokasi bagi mengatasi segala halangan dan seterusnya mempertingkatkan integrasi antara mereka yang tidak berpenglihatan dengan mereka yang berpenglihatan.

8. Melaksanakan kegiatan bercorak ekonomi dan perniagaan dengan tujuan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan Pertubuhan demi mencapai segala matlamatnya. Segala keuntungan yang diperolehi dari kegiatan di atas hendaklah digunakan ke arah mempertingkatkan serta pelaksanaan semua matlamat

Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa pertubuhan ini:

Pengerusi:
CIK SHEREEN AZURA BT ABDUL RAHIM

Timb. Pengerusi:
ENCIK SUDIN BIN MAT YUSOFF

Setiausaha:
ENCIK MUHAMAD ALKUDUS BIN ABDUL MANAH

Bendahari:
ENCIK ABDULLAH BIN NAWANG

AJK1:
ENCIK SAUPI BIN SAFIAL
AJK2:
ENCIK MOHAMED JASMI BIN YACOB
AJK3:
ENCIK OZMAN BIN MUSA
AJK4:
ENCIK MOHD ZAILIE BIN HASAN
AJK5:
ENCIK ISMAIL BIN MAMAD

Pertubuhan ini juga mempunyai seorang pembantu tadbir yang bertugas membantu menguruskan kerja- kerja pentadbiran di SBM Cawangan Pahang


SBM Cawangan Pahang ini memberi khidmat secara langsung kepada ahli-ahlinya melalui aktiviti dan program-program yang dijalankan sepanjang tahun dan tidak kurang Dua (2) Kali sebulan. Program-program yang dijalankan merangkumi pelbagai kategori iaitu Sukan, Ekonomi, Pembangunan Modal Insan, Social , Advokasi dan aksesibiliti selain memberi Public awareness kepada masyarakat luar barkaitan OKU Penglihatan di Negeri Pahang. Selain mengadakan Program- program di peringkat cawangan, SBm Cawangan Pahang juga terlibat dan menyertai program - orogram yang di anjurkan oleh Induk di peringkat Kebangsaan serta menghadiri program- program jemputan dari Agensi lain . Petubuhan ini juga berkerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengadakan program yang bermanfaat khususnya untuk ahli- ahli bersama Pejabat Kesihatan daerah, Pejabat Pertanian daerah Temerloh Majlis perbandaran , Pejabat Hutan Daerah Temerloh , Bomba , Angkatan Pertahanan Awam, JKM, Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKNP , PERKEEO Serta adun dan ahli parlimen yang berkaitan. Pertubuhan ini amat memerlukan dana dan sumbangan dari pelbagai pihak untuk terus aktif menjalankan aktiviti selain mengumpul dana bagi membeli bangunan sendiri. Sumbangan anda bolehlah disalurkan
Ke :
no akaun CIMB Bank 7036177799
atau melalui Cek Atas Nama PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA CAWANGAN PAHANG. Segala Sumbangan yang diperoleh akan digunakan untuk menjalankan program- program dan aktiviti cawangan serta untuk membeli bangunan sendiri. Sumbangan yang melebihi RM1000 akan diberikan resit pengecualian cukai . Sebarang informasi serta program dan aktiviti boleh diakses melalui :-

Official Page SBM Cawangan Pahang
Atau boleh follow kami di
Instagram:
dan
Twitter:

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 k...
30/08/2026

Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita tanpa mengira latar belakang dan keupayaan. Marilah bersama-sama membina Malaysia yang lebih inklusif, prihatin dan harmoni, di mana setiap insan termasuk golongan OKU diberikan peluang, hak dan ruang yang sama untuk maju serta menyumbang kepada negara.

Merdeka bukan sekadar sebuah laungan, tetapi semangat untuk terus berdiri, berusaha dan melangkah ke hadapan bersama.

🇲🇾 Selamat Hari Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada,
Seluruh Barisan Ahli Jawatankuasa
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM)
Cawangan Pahang ❤️🇲🇾

Menerima jemputan mewakili SBM Cawangan Pahang untuk hadir dan turut serta dalam Bengkel Focus Group Discussion ( FGD) D...
08/08/2026

Menerima jemputan mewakili SBM Cawangan Pahang untuk hadir dan turut serta dalam Bengkel Focus Group Discussion ( FGD) DASAR PENDIDIKAN TVET ORANG KURANG UPAYA (OKU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI yang telah di adakan pada 8 Ogos 2026 di Grand DarulMakmur Hotel Kuantan.

Satu pengalaman baru bertemu dan bersama-sama dengan mereka yang pakar dalam bidang pendidikan tinggi serta mereka yang mewakili industri,agensi , persatuan-persatuan dan universiti dalam FGD DASAR PENDIDIKAN TVET ORANG KURANG UPAYA ( OKU) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI.

Semoga idea-idea perbincangan dalam menggubal Dasar Pendidikan TVET akan diterima serta di implement oleh KPT untuk memastikan Pendidikan TVET kepada OKU lebih inklusif serta kebolehpasaran OKU dalam industri dapat dicapai.

07/08/2026
Alhamdulillah Dah ada pembeli untuk hasil tuaian cili untuk projek ini.. semoga lebih banyak lagi hasil tuaian diperoleh...
01/08/2026

Alhamdulillah
Dah ada pembeli untuk hasil tuaian cili untuk projek ini..
semoga lebih banyak lagi hasil tuaian diperolehi dan sekali gus dapat menjana pendapatan SBm Cawangan Pahang.
Kepada yang berminat. Untuk membeli cili hasil tanaman kami boleh hubungi pejabat SBM di talian 08-2964197 atau Penyelaras Projek Sudin Mat Yusoff di talian 013-5143258.
Perlu call dulu supaya boleh prepare kerana tuaian dibuat seminggu sekali ..
Terima kasih


27 JULAI 2027SBM Cawangan Pahang telah menerima sumbangan daripada YB Dato' Hajah Sabariah Binti Saidan ADUN GUAI juga m...
29/07/2026

27 JULAI 2027

SBM Cawangan Pahang telah menerima sumbangan daripada YB Dato' Hajah Sabariah Binti Saidan ADUN GUAI juga merupakan Exco Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YB Dato' Hajah Sabariah dipejabatnya di Pusat Khidmat Masyarakat DUN GUAI. SBM CAWANGAN PAHANG telah di wakili Timbalan Pengerusi Sudin Mat Yusoff dan Bendahari Abdullah Nawang yang mewakili Pengerusi Shereen Azura Ereen bagi menerima sumbangan tersebut.

Bagi pihak SBM Cawangan Pahang, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato' Hajah Sabariah Binti Saidan di atas sumbangan ini.

Sekitar Majlis Mesyuarat Agung Dwitahunan (MADT) SBM Edisi Ke-16 pada 24 hingga 26 Julai 2026(Jumaat hingga Ahad) bertem...
29/07/2026

Sekitar Majlis Mesyuarat Agung Dwitahunan (MADT) SBM Edisi Ke-16 pada 24 hingga 26 Julai 2026(Jumaat hingga Ahad) bertempat di Crystal Crown Hotel, Kepong, Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada barisan Kepimpinan Tertinggi SBM yang baharu dilantik bagi penggal 2026-2028:

👤 Presiden: YBhg. Dato' Haji Mah Hassan bin Haji Omar
👤 Timbalan Presiden: Encik Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh
👤 Setiausaha Agung: Dr. Ahmad Shamsuri bin Muhamad
👤 Bendahari Agung: Encik Rosham bin Sidek

Turut dilantik adalah Lapan orang Ahli Majlis Presiden yang baharu:

• En. Saifuddin Bin Mohamad
• En. Isak Ngau
• En. Maoh Anak Janting
• En. Khairul Azwan Bin Wahab
• Pn. Rosnah Binti Ahmad
• En. Mohammad Abdul Nasir Bin Malek
• En. Hishamudin Bin Wahab
• En. Jasmadin Bin Budin

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli yang hadir serta staf yang terlibat dalam menjayakan MADT edisi Ke-16 ini. Turut diucapkan juga ribuan terima kasih kepada semua ahli bersekutu yang banyak membantu mesyuarat pada kali ini🎉

18/7/2026PROGRAM PERASMIAN PENUTUP DAN PENYERAHAN SIJIL KEPADA PESERTA PROJEK PENANAMAN CILI MELALUI KAEDAH FERTIGASI UN...
29/07/2026

18/7/2026
PROGRAM PERASMIAN PENUTUP DAN PENYERAHAN SIJIL KEPADA PESERTA PROJEK PENANAMAN CILI MELALUI KAEDAH FERTIGASI UNTUK KOMUNITI OKU PENGLIHATAN SBM CAWANGAN PAHANG 2026 BERSAMA NCBM,PEJABAT PERTANIAN DAERAH TEMERLOH, PIHAK KONTRAKTOR DAN ENCIK MOHD MUSTAZA BIN MOHANAD ZIN

Tahniah kepada semua yang terpilih…
29/07/2026

Tahniah kepada semua yang terpilih…

Hasil kutipan cili hari iniSiapa yg berhajat untuk membeli  boleh hubungi pejabat kami di talian 09-2964197 kami jual ik...
27/07/2026

Hasil kutipan cili hari ini
Siapa yg berhajat untuk membeli boleh hubungi pejabat kami di talian 09-2964197 kami jual ikut harga pasaran

Address

G46G, Jalan MENTAKAB, , KG BATU SATU, , TEMERLOH PAHANG, ( Opposite Masjid Ubudiyah), (Beside Angah Thai Tomyam)
Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+6092902797

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SBM Cawangan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share