01/11/2025
π’ HEBAHAN DARI BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA
Assalamualaikum WBT,
Pihak Biro Kebajikan & Sosial (BKS) Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya kini menyediakan kemudahan katil pesakit, kerusi roda, mesin oksigen dan tongkat untuk kegunaan ahli kariah dan komuniti yang memerlukan bantuan.
Sekiranya tuan/puan atau mana-mana ahli kariah memerlukan pinjaman kelengkapan ini, bolehlah menghubungi:
π En. Ab Manaff bin Safien
Pengerusi BKS
019-9880175
InsyaAllah, pihak masjid akan berusaha membantu sebaik mungkin.
Kami juga menggalakkan rakan komuniti yang mengetahui tentang jiran atau ahli keluarga yang uzur agar memaklumkan kepada pihak BKS supaya mereka dapat disantuni bersama.
Di samping itu, pihak masjid turut membuka ruang wakaf dan sumbangan kepada individu yang ingin berinfak β sama ada dalam bentuk peralatan pesakit atau sumbangan kewangan. Semoga menjadi amal jariah yang berpanjangan, insyaAllah.
π Dari komuniti untuk komuniti β bersama kita membina ummah yang prihatin.
π Sumbangan Wakaf & Infak
Nama Akaun: Masjid Taman Temerloh Jaya
No. Akaun: 06040000085715
Bank: Bank Muamalat