AITEM-Alumni Integrasi Temerloh

AITEM-Alumni Integrasi Temerloh Facebook rasmi bekas pelajar SBP Integrasi Temerloh

πŸŽ“ TAHNIAH CALON SPM 2025 SBPI TEMERLOHπŸŽ‰Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua adik-adik Calon SPM...
31/03/2026

πŸŽ“ TAHNIAH CALON SPM 2025 SBPI TEMERLOHπŸŽ‰

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua adik-adik Calon SPM 2025 (Evolution 08) atas segala usaha, pengorbanan dan pencapaian yang telah diraih.

Setiap titik peluh, setiap malam berjaga, semuanya kini terbayar.Semoga kejayaan hari ini menjadi permulaan kepada langkah yang lebih besar di masa hadapan.

Teruskan melangkah, jangan berhenti di sini.
Dunia sedang menanti kejayaan kalian! ✨

Terima kasih jugakepada pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa yang tak pernah jemu mendidik, membimbing dan mendoakan anak-anak ini hingga berjaya hari ini. Jasa kalian besar, hanya Allah mampu membalasnya 🀍

β˜• ISTIMEWA UNTUK ANDA!
Sebagai tanda penghargaan,
Persatuan Alumni SBP Integrasi Temerloh (AITEM)
bersama Kopi Bawah Tangga

ingin belanja kopi kepada anda semua!

πŸ‘‰ Tunjukkan slip keputusan SPM anda
πŸ‘‰ Redeem di kedai

Syarat Claim:
β€’ Straight A = 2 cup FREE
β€’ 5A ke atas = 1 cup FREE
β€’ 5A ke bawah = 1 cup non-coffee

⏰ Sah sehingga: Rabu, 1 April 2026 sahaja

Teruskan melakar kejayaan, kami di AITEM sentiasa bangga dengan anda ❀️

𝑨𝑰𝑻𝑬𝑴 π‘ͺ𝑨𝑲𝑡𝑨 🀲Alhamdulillah, hari ini wakil AITEM berkesempatan bertemu Puan Fatimatul, isteri kepada Allahyarham Mohamad...
10/03/2026

𝑨𝑰𝑻𝑬𝑴 π‘ͺ𝑨𝑲𝑡𝑨 🀲

Alhamdulillah, hari ini wakil AITEM berkesempatan bertemu Puan Fatimatul, isteri kepada Allahyarham Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi, di kediamannya di Bandar Pusat Jengka, bagi menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,500 yang telah dikutip melalui Tabung AITEM Cakna.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah ayahanda kepada Allahyarham, Pakcik Mohamad Anuar Ridi.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga arwah. Pihak AITEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang.

Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran pahala dan keberkatan oleh Allah SWT.

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447HNuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa di bulan Ramadan inilah Allah SWT menurunkan Al-Quran ...
06/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H

Nuzul Al-Quran mengingatkan kita bahawa di bulan Ramadan inilah Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk, rahmat dan cahaya kehidupan buat seluruh umat manusia.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.

Marilah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran iaitu memperbanyakkan bacaan, mentadabbur ayat-ayatnya serta mendidik diri dan keluarga agar sentiasa hidup di bawah bimbingan wahyu Allah SWT.

Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya yang menerangi hati, membentuk akhlak dan memandu kehidupan kita menuju keredhaan Allah.

β€œBulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

06/03/2026

Makluman Kutipan Sumbangan

Alhamdulillah. Dimaklumkan bahawa kutipan sumbangan bagi keluarga Allahyarham Saudara Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi kini telah ditutup, dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM1,500.

Pihak AITEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang.

Insya-Allah dalam masa terdekat, wakil AITEM akan menziarahi keluarga arwah di Bandar Pusat Jengka bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Semoga segala sumbangan yang diberikan dibalas dengan ganjaran pahala dan keberkatan oleh Allah SWT.

[KUTIPAN SUMBANGAN KHAS Allahyarham Saudara Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi(Batch SPM 2007 – Imtiaz327) ]Allahyarha...
26/02/2026

[KUTIPAN SUMBANGAN KHAS Allahyarham Saudara Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi(Batch SPM 2007 – Imtiaz327) ]

Allahyarham Saudara Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi(Batch SPM 2007 – Imtiaz327) telah kembali ke rahmatullah pada
25 Februari 2026 bersamaan 7 Ramadan 1447H.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta dua orang anak yang masih kecil.

Sehubungan itu, pihak AITEM akan membuka kutipan sumbangan khas bagi membantu meringankan beban isteri dan keluarga arwah.

Dimaklumkan bahawa keseluruhan sumbangan yang diterima akan diserahkan sepenuhnya kepada isteri Allahyarham, tanpa sebarang potongan.

Kutipan akan dilaksanakan bermula
26 Februari 2026 sehingga 1 Mac 2026.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi:
Maybank
Persatuan Alumni SBP Integrasi Temerloh
5560 5751 9793
Rujukan : AITEM.Cakna

Serahan sumbangan akan dilakukan pada minggu hadapan dan wakil AITEM akan hadir menziarahi keluarga arwah bagi menyampaikan sumbangan tersebut secara terus.

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang bersedekah, semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah berpanjangan buat para penyumbang dan pahala yang terus mengalir buat Allahyarham.

SALAM TAKZIAHSeluruh warga AITEM merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergianSaudara Mohamad Arief bin Moham...
25/02/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga AITEM merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian

Saudara Mohamad Arief bin Mohamad Anuar Ridi(Batch SPM 2007 – Imtiaz327)yang telah kembali ke rahmatullah.

Dimaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan Tanah Perkuburan di Bandar Pusat Jengka selepas solat tarawih pada hari ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal kebaikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Kami turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽ

Jemput semua warga AITEM dan sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk sama-sama memeriahkan IFTAR AITEM πŸ½πŸŒ™πŸ“ Lokasi: Polp...
22/02/2026

Jemput semua warga AITEM dan sahabat-sahabat yang berkelapangan untuk sama-sama memeriahkan IFTAR AITEM πŸ½πŸŒ™

πŸ“ Lokasi: Polperro, Sri Gombak
πŸ—“ Tarikh: 1 Mac 2026
🍴 Menu: Western

Inilah peluang kita untuk berkumpul, eratkan ukhuwah dan berbuka puasa dalam suasana santai dan penuh keberkatan Ramadan.

Berminat untuk join?
Hubungi:
πŸ“ž Izzu – 0179254992

πŸ›‘ Tarikh akhir respon: 24 Februari 2026 (Selasa)

Jom ramai-ramai kita meriahkan iftar kali ini! 🀝✨

Salam Ramadan Al-Mubarak πŸŒ™Bulan penuh rahmat kembali lagi. Semoga setiap detik Ramadan ini menyuburkan keikhlasan, mengu...
18/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak πŸŒ™

Bulan penuh rahmat kembali lagi. Semoga setiap detik Ramadan ini menyuburkan keikhlasan, menguatkan kesabaran dan mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.

Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan amal ibadah, doa dan sedekah.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua warga Alumni dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh_Official 🀍

Ikhlas daripada AITEM.

SALAM TAKZIAHSeluruh warga AITEM merakamkan ucapan takziah atas pemergian Saudara Amir Naim(Batch SPM 2017 – Proficient ...
03/02/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga AITEM merakamkan ucapan takziah atas pemergian Saudara Amir Naim
(Batch SPM 2017 – Proficient TTZ)
yang telah kembali ke rahmatullah.

Dimaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Paya Rajin,Jerantut pada hari ini.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal kebaikannya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Kami turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†ΩŽ

Alhamdulillah 🫑AITEM telah menyerahkan sumbangan kepada Pasukan Ragbi SBPIT yang sedang berjuang di Kejohanan Ragbi SBP ...
30/01/2026

Alhamdulillah 🫑

AITEM telah menyerahkan sumbangan kepada Pasukan Ragbi SBPIT yang sedang berjuang di Kejohanan Ragbi SBP 7s di STAR Ipoh, bermula hari ini sehingga Ahad.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada abang-abang & uncle-uncle AITEM yang sentiasa padu memberi sokongan kecil tetapi tetap bermakna.Inilah bukti bahawa walau berbeza generasi, semangat AITEM & ragbi sekolah tak pernah pudar πŸ’ͺπŸ‰

Semoga sumbangan ini membantu melancarkan urusan pasukan dan menjadi pembakar semangat buat anak-anak SBPIT untuk berikan yang terbaik di padang. Nantikan kebangkitan Kerbau Kerdau. Perjalanan kita masih jauh πŸƒ

πŸ“£ Seruan khas buat alumni pemain ragbi sekolah, jika masih sayang dan peduli dengan pasukan ragbi sekolah, jom sertai Group WhatsApp AITEM RUGGERS untuk kita kumpulkan kembali bekas-bekas player dan teruskan sokongan padu kepada pasukan.

AITEM sentiasa di belakang kalian.

πŸ‘‹ CALLING ALL ALUMNI AITEM!Kami tengah kumpul volunteer alumni untuk bantu satu inisiatif best πŸ‘‰πŸ“Έ Wall of Fame Alumni AI...
27/01/2026

πŸ‘‹ CALLING ALL ALUMNI AITEM!

Kami tengah kumpul volunteer alumni untuk bantu satu inisiatif best πŸ‘‰
πŸ“Έ Wall of Fame Alumni AITEM

Fokus utama kita kali ini ialah Alumni SPM Batch 2004 – 2014.

Tujuan kita simple je:
nak angkat & raikan alumni AITEM yang dah berjaya dalam pelbagai bidang, supaya jadi inspirasi untuk adik-adik kita πŸ’ͺ

πŸ”Ž Kami cari alumni yang:
β€’ Sudi bantu kumpul maklumat alumni
β€’ Tolong cadang / kenal pasti alumni yang layak
β€’ Nak sama-sama jayakan projek Wall of Fame ni

πŸ“Œ Antara kategori alumni:
Doktor | Jurutera | Cikgu | Pensyarah | Bisnes | Ahli Politik | Penguatkuasa (Polis/Askar/Bomba) | NGO/Kemanusiaan | Jawatan tinggi | Alumni inspirasi

πŸ“² Berminat? Terus WhatsApp :
πŸ‘‰ 017-925 4992 (Izzu)

InsyaAllah, usaha kecil kita boleh jadi inspirasi besar untuk generasi AITEM seterusnya.

Terima kasih semua ❀️

Address

Temerloh
28010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AITEM-Alumni Integrasi Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AITEM-Alumni Integrasi Temerloh:

Share