Hospital Mesra Ibadah_ Hoshas

Directions

Hospital Mesra Ibadah_ Hoshas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Mesra Ibadah_ Hoshas, Community Service, Temerloh.

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 | 𝟭𝟲 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲Kita datang daripada pelbagai latar, bangsa dan budaya. Berbeza tu...
16/09/2026

🇲🇾 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 | 𝟭𝟲 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟲

Kita datang daripada pelbagai latar, bangsa dan budaya. Berbeza tugas dan tanggungjawab, namun sebagai warga KKM, kita disatukan oleh satu amanah — berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Dalam mendepani pelbagai cabaran semasa, ada waktunya perjalanan ini terasa sukar dan meletihkan. Namun kita terus mencuba, saling membantu dan melakukan yang terbaik dengan ikhlas, sambil tidak pernah putus berdoa agar setiap usaha kecil kita membawa kebaikan. 🤍

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan, menguatkan hati kita dalam menjalankan amanah, serta mengurniakan Malaysia keamanan, kemakmuran dan keharmonian untuk semua.

Selamat Hari Malaysia. 🇲🇾
Terus berkhidmat, dan memberi dengan tekun ikhlas dan amanah.

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Semoga kemerdekaan yang kita kecapi terus menjadikan kita rakyat Malaysia y...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Semoga kemerdekaan yang kita kecapi terus menjadikan kita rakyat Malaysia yang lebih bersyukur, bersatu hati, saling menghormati dan prihatin antara satu sama lain.

Mari kita terus melangkah bersama, menyemai semangat perpaduan dan memberikan yang terbaik demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. ❤️🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan!
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni

Ikhlas daripada,
Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang ...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ﷺ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.”
— Surah al-Ahzab, 33:56

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, tetapi menjadi ruang untuk kita menghidupkan kembali sunnah, akhlak dan kasih sayang Baginda dalam kehidupan seharian.

Di Hospital Mesra Ibadah (HMI) HoSHAS, semangat ini diterjemahkan melalui usaha memastikan setiap pesakit bukan sahaja mendapat rawatan fizikal, malah turut dibimbing dan disantuni dalam melaksanakan ibadah ketika sakit.

🤲 Semoga setiap senyuman kepada pesakit menjadi sedekah.
🤲 Setiap bantuan kepada mereka menjadi amal.
🤲 Setiap selawat yang dilafazkan menjadi tanda cinta kepada Rasulullah ﷺ.

Marilah kita memperbanyakkan selawat:

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ*

“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad.”

Semoga dengan memperbanyakkan selawat, hati kita semakin dekat dengan Rasulullah ﷺ dan akhlak Baginda terus menjadi pedoman dalam memberikan perkhidmatan dengan ihsan, kasih sayang dan penuh kemanusiaan.

🌹 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
-25 Ogos 2026-

Ikhlas daripada:
Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh









24/08/2026
Teruslah membuat kebaikan kerana setiap perbuatan baik akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah... =) Hospital Sult...
11/08/2026

Teruslah membuat kebaikan kerana setiap perbuatan baik akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah... =)

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh



27/07/2026
Kursus Training of Trainer(TOT) Spiritual Provider Ibadah Pesakit, Hospital JengkaTarikh: 29-30 Jun 2026Tempat: Dewan As...
01/07/2026

Kursus Training of Trainer(TOT) Spiritual Provider Ibadah Pesakit, Hospital Jengka

Tarikh: 29-30 Jun 2026
Tempat: Dewan Asrama Jururawat, Hospital Jengka

Alhamdulillah, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dan mencapat matlamat. Seramai 28 peserta mengambil bahagian yang rata-ratanya terdiri daripada kakitangan kesihatan, 26 orang dari Hospital Jengka, dan 2 orang peserta lagi dari Hospital Bentong. Kursus ini dianjurkan oleh ahli jawatankuasa HMI Hospital Jengka dengan kerjasama AJK HMI dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh yang terlibat sebagai fasilitator.

Pada hari pertama, peserta akan didedahkan dengan topik-topik pembentangan berkaitan Pengenalan Asas Spiritual Provider Ibadah Pesakit dan Komunikasi Berkesan, Pengenalan Bersuci, Berwuduk dan Tayamum ketika sakit, Solat Ketika Sakit. Topik-topik ini disampaikan oleh Ustaz Ku Mohd Fikridin bin Ku Yakub, Pegawai Agama HoSHAS. Topik Asas Fiqh Wanita juga turut dibentangkan dan disampaikan oleh Pegawai PAID Maran, Ustaz Wan Mohd Nasrullah bin Wan Mohd Zawawi, Timbalan Qadhi Daerah Maran . Di sebelah petang, sesi latihan praktikal dalam kump**an dan ziarah pesakit di wad.

Pada hari kedua p**a, peserta akan mengambil bahagian dalam ujian teori dan praktikal. Alhamdulillah semua peserta lulus dengan cemerlang. Syabas dan tahniah diucapkan.

Majlis penyampaian cenderahati dan hadiah kepada peserta terbaik telah disampaikan oleh Dr Nur Azlina binti Mohammad Hashim, memangku tugas Pengarah Hospital Jengka.

Semoga dengan adanya kursus-kursus seperti ini, dapat meningkatkan lagi keyakinan dan menambah pengetahuan kakitangan kesihatan dalam membantu pesakit dan sesiapa sahaja untuk beribadah.

Sudah solat?Kami sedia membantu!

Amalan bulan Muharram 🌙Salam Maal Hijrah 1448H.
17/06/2026

Amalan bulan Muharram 🌙

Salam Maal Hijrah 1448H.

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATISetiap tahun baharu membawa harapan baharu. Setiap hijrah mem...
17/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙
MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI

Setiap tahun baharu membawa harapan baharu. Setiap hijrah membawa peluang untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448H, marilah kita memperbaharui azam, memperkukuh keimanan, memperelokkan akhlak serta memperbanyakkan amal kebajikan dalam kehidupan seharian.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan rahmat Allah SWT buat kita semua.

✨ Hijrah Jiwa, Memperkukuh Ibadah, Menyebar Rahmah ✨

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H
1 Muharram 1448H | 17 Jun 2026

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
JK Hospital Mesra Ibadah

Address

Temerloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Mesra Ibadah_ Hoshas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share