Pertubuhan Komuniti & Masyarakat Sejahtera Temerloh

Pertubuhan Komuniti & Masyarakat Sejahtera Temerloh PERTUBUHAN KOMUNITI DAN MASYARAKAT SEJAHTERA TEMERLOH
(PPM-014-06-27082020). No.

Akaun Rasmi: 1101632589 (Bank Rakyat) - Pertubuhan Komuniti Dan Masyarakat Sejahtera, Temerloh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan Program Daurah Pengajian Kitab Siri 1.0 s...
01/09/2025

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mempermudahkan perjalanan Program Daurah Pengajian Kitab Siri 1.0 selama dua hari ini di Masjid Al-Hasan, Kg. Berhala Gantang.

Sesungguhnya, kejayaan program ini bukanlah milik seorang, tetapi hasil kesatuan hati dan tenaga semua sahabat yang berganding bahu menjayakannya. Terima kasih buat ahli Jawatankuasa Masjid Al Hasan, Kg Berhala Gantang Dan buat semua penyumbang diatas sokongan Dan kerjasama yang Diberikan sepanjang program berlangsung.

Moga setiap titik peluh, masa, dan tenaga yang dicurahkan menjadi saksi amal soleh di hadapan Allah kelak. Semoga juga ilmu yang dikongsikan sepanjang daurah ini bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menyuburkan iman dan menyinari amal dalam kehidupan seharian kita.

Insya-Allah, kita bertemu lagi dalam Daurah Siri 2.0, dengan semangat yang lebih membara, tekad yang lebih kukuh, dan harapan yang lebih besar untuk melahirkan generasi yang celik ilmu, subur akhlak, dan teguh iman.

Teruskan berjuang bersama ilmu, kerana dengan ilmu Allah mengangkat darjat hamba-Nya.

Pengerusi
NGO Pertubuhan Komuniti & Masyarakat Sejahtera Temerloh..

Bayangkan kalau Zara itu anak kita, adik kita, darah daging kita…Kita tidak boleh biarkan kezaliman ini berlalu begitu s...
30/08/2025

Bayangkan kalau Zara itu anak kita, adik kita, darah daging kita…

Kita tidak boleh biarkan kezaliman ini berlalu begitu sahaja.
Suara kita mungkin kecil, tapi bila kita bersatu, ia akan menjadi gelombang yang besar menuntut keadilan buat Zara Qairina.

Padang Awam Temerloh Jaya
Sabtu, 30 Ogos
9.00 malam
Tema: HITAM (bawa alas duduk & payung)

Mari kita hadir beramai-ramai.
Tunjukkan bahawa Temerloh tidak diam.
Bahawa masyarakat tidak rela seorang pun anak kecil dizalimi tanpa pembelaan.

Datanglah… Demi keadilan buat Zara. Datanglah menunjukkan kita benci kepada buli.

Sebarkan, ajak keluarga & sahabat.

((( PEMBETULAN TEMPAT )))Pihak kami memohon maaf atas sedikit 'kekhilafan' sebelum ini...Atas perbincangan dan persetuju...
28/08/2025

((( PEMBETULAN TEMPAT )))
Pihak kami memohon maaf atas sedikit 'kekhilafan' sebelum ini...

Atas perbincangan dan persetujuan bersama... Maka tapak Himpunan peringkat daerah Temerloh akan di adakan Padang Awam, Taman Temerloh Jaya pada 30 OGOS 2025 (Sabtu) bermula jam 9.00 - 11.00 Malam...

kepada peserta himpunan ❗❗❗

Sila patuhi perkara di bawah!!! :
1. Tidak boleh mencetuskan sebarang provokasi.
2. Tidak dibenarkan membawa 'kayu' sepanduk. (sepanduk sahaja dibenarkan).
3. Tidak di benarkan membawa dan mengibarkan sebarang bendera Parti Politik.
4. Tidak dibenarkan membakar mercun & seumpamanya.
5. Tidak parking di hadapan rumah orang tanpa kebenaran tuan rumah.

TEMA BAJU: HITAM

Keperluan :
1. Air Mineral
2. Alas duduk / kerusi kecil
3. Bendera Malaysia / Pahang
4. Payung / baju hujan
5. Handphone

Parking Utama:
Hadapan Masjid Temerloh Jaya & Sekitarnya.

Jangkaan Tamat:
11.00 Malam

Semoga kita ber dengan AMAN dan TENTERAM!

SIIRU A'LA BAARAKATILLAH...

27/08/2025

KITA BANGKIT DEMI KEBENARAN NYATA!!!


Jom Bersama!

HIMPUNAN AMAN DARI TITIK TENGAH SEMENANJUNG (TEMERLOH)

30 OGOS 2025
9.00 - 11.00 MALAM
PADANG AWAM, TAMAN TEMERLOH JAYA

((( SEBARKAN!!! )))

Moh Rodong2 !!!!!  Kita tidak boleh hanya menjadi pemerhati, sedangkan air mata seorang anak kecil tumpah tanpa pembelaa...
26/08/2025

Moh Rodong2 !!!!!


Kita tidak boleh hanya menjadi pemerhati, sedangkan air mata seorang anak kecil tumpah tanpa pembelaan. Arwah Adik Zara bukan sekadar nama, dia adalah anak kita semua, darah daging bangsa kita, insan kecil yang sepatutnya dilindungi.

Hari ini kita diuji adakah kita berani bangkit, atau kita terus berdiam diri?

Jangan biarkan keadilan hanya menjadi slogan kosong.

Insyaallah...Padang Awam Taman Temerloh Jaya akan menjadi saksi, bahawa kita rakyat yang masih punya hati, masih punya jiwa, masih punya nurani.

Marilah kita semua BERSATU hati, berganding bahu, dengan doa dan tekad...
bahawa suara rakyat tidak akan dipadam,
bahawa Justice For Zara bukan sekadar laungan, tetapi tuntutan keadilan yang wajib dipenuhi.

Demi arwah Adik Zara, demi seluruh anak-anak kita, demi masa depan yang lebih aman

Rakyat Temerloh juga bersuara..
bersolidariti buat Arwah Adik Zara!
Keadilan mesti ditegakkan!

Jumpa kita di Padang Awam Temerloh Jaya.
Kita hadir bukan sekadar untuk Zara,
tetapi untuk seluruh anak-anak kecil yang perlu dilindungi...

SEBARKAN!!!!

RM37 untuk Daurah + Kitab + Makan.
23/08/2025

RM37 untuk Daurah + Kitab + Makan.

!!! ((( PENDAFTARAN DAURAH )))
KITAB = MENELUSURI TELAPAK SUCI BAGINDA NABI

TARIKH: 30 & 31 OGOS 2025
HARI: SABTU & AHAD
MASA: 8.00 AM - 5.00 PM
PENCERAMAH : AL-FADHIL USTAZ KHAIRUL NIZAM BIN MAT HUSAIN (Syeikh Ruwaq Jawi / Penulis Kitab)
YURAN:
RM 37 (UNTUK 150 PENYERTAAN TERAWAL)
RM 77 (UNTUK PENYERTAAN ke-151 DAN SETERUSNYA)
*Yuran termasuk kitab dan makan (pagi, tengahari & minum petang)
Link Pendaftran:
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab

 !!! ((( PENDAFTARAN DAURAH )))KITAB = MENELUSURI TELAPAK SUCI BAGINDA NABITARIKH: 30 & 31 OGOS 2025HARI: SABTU & AHADMA...
21/08/2025

!!! ((( PENDAFTARAN DAURAH )))
KITAB = MENELUSURI TELAPAK SUCI BAGINDA NABI

TARIKH: 30 & 31 OGOS 2025
HARI: SABTU & AHAD
MASA: 8.00 AM - 5.00 PM

YURAN:
RM 37 (UNTUK 150 PENYERTAAN TERAWAL)
RM 77 (UNTUK PENYERTAAN ke-151 DAN SETERUSNYA)

*Yuran termasuk kitab dan makan (pagi, tengahari & minum petang)

Link Pendaftran:
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab
https://khalifahgroup.onpay.my/order/form/daurahkitab

=======================================

Kitab "Menelusuri Telapak Kaki Baginda Nabi" adalah sebuah karya yang mengkaji perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, serta menelusuri jejak-jejak penting dalam sejarah Islam. Berikut adalah rumusan dari isi kitab tersebut:

1. Biografi Nabi Muhammad SAW:
Buku ini menjelaskan masa kecil Nabi, latar belakang keluarga, dan lingkungan di mana beliau dibesarkan. Ini termasuk kisah-kisah yang menggambarkan sifat dan karakter Nabi.

2. Penerimaan Wahyu:
Penjelasan tentang pengalaman spiritual pertama Nabi saat menerima wahyu dan bagaimana hal itu mengubah arah kehidupan beliau dan umat manusia.

3. Perjuangan dan Dakwah:
Uraian tentang tantangan yang dihadapi Nabi dalam menyebarkan ajaran Islam, termasuk penentangan dari kaumnya dan strategi dakwah yang dilakukan.

4. Hijrah:
Pembahasan tentang peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah, yang merupakan titik penting dalam sejarah Islam dan pembentukan masyarakat Muslim pertama.

5. Perang dan Perjanjian:
Penjelasan mengenai sejumlah perang yang dihadapi, seperti Perang Badar, Uhud, dan Khandak, serta perjanjian-perjanjian penting yang dibentuk selama masa Nabi.

6. Akhlaq dan Teladan:
Kajiannya tentang akhlak Nabi Muhammad yang ideal, serta bagaimana umat Islam dapat menerapkan teladan beliau dalam kehidupan sehari-hari.

7. Peninggalan dan Warisan:
Diskusi mengenai pengaruh dan warisan yang ditinggalkan Nabi dalam perkembangan agama Islam serta nilai-nilai yang dipegang oleh umat Muslim hingga saat ini.

Secara keseluruhan, kitab ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW dan pentingnya ajaran beliau dalam konteks kehidupan umat Islam masa lalu dan sekarang.

Address

No. 9, Tingkat 1&2, Jalan Sudirman
Temerloh
28000

Telephone

+60199045631

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Komuniti & Masyarakat Sejahtera Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Komuniti & Masyarakat Sejahtera Temerloh:

Share