‘Doktor Masuk Kampung’ merupakan salah satu program kemasyarakatan dimana ianya dikelolai oleh Persatuan Pembelajaran Pasca Siswazah Perubatan dan Kesihatan (PGMHES) HOSHAS yang diketuai oleh Dr. Ahmad Mahyuddin bin Dato’ Mohamed. Justeru tulang belakang program ini merupakan anggota-anggota yang berkhidmat dalam bidang kesihatan. Seperti mana yang kita sedia maklum, antara masalah-masalah lazim k
esihatan dalam masyarakat umumnya di negara kita merupakan meraka yang menghidapi masalah kencing manis (Diabetes Mellitus), tekanan darah tinggi (Hypertension) dan paras kolesterol yang tinggi dalam badan (Hypercholesterolaemia). Oleh itu, input utama bagi program ini adalah saringan kesihatan secara am (general health screening) bagi penduduk – penduduk kampung di mana mereka boleh mengetahui status kesihatan secara am. Antara saringan yang ditawarkan bagi program ini termasuk paras gula dalam badan, tekanan darah, bacaan kolesterol, Indeks J***m Badan (BMI - body mass Index), kaunseling kencing manis dan ceramah kesihatan. Penduduk kampung khususnya boleh mendapatkan saringan ini di tempat yang disediakan secara percuma yang dilakukan serta dipantau oleh pegawai-pegawai kesihatan yang berkelayakan dan berpengalaman. Secara umumnya, objektif program ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada mereka yang tidak cakna tentang status kesihatan secara am. Bagi yang menghidapi masalah kesihatan, program ini membantu mereka dalam mendapatkan nasihat atau kaunseling dalam penjagaan kesihatan untuk masa akan datang serta mendapatkan ubat-ubatan asas. Selain itu juga pelbagai mesej kesihatan juga dapat disampaikan melalui ceramah- ceramah kesihatan oleh para doktor. Bagi input kedua iaitu Program Lawatan ke Rumah Pesakit Terlantar (Home Visit) merupakan satu aktiviti dimana aktiviti ini cuba untuk mendekati para penduduk secara lebih dekat. Keluarga yang tidak berkemampuan dalam keperluan asas kesihatan khususnya dikenal pasti bagi membolehkan mereka dibantu secara berperingkat. Permasalahan keperluan bagi mereka yang tidak berkemampuan mungkin sahaja terlepas pandang dan ini merupakan salah satu usaha bagi menghulurkan bantuan yang terdaya. Objektif utama dalam aktiviti ini adalah untuk berkongsi kepayahan yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Ini juga akan memberi kesedaran kepada kita yang berkemampuan bahawa ada keluarga yang memerlukan perhatian dan pertolongan, melalui usaha ini mereka yang kurang bernasib baik tidak akan berasa tertinggal mahupun dipinggirkan. Tujuan page ini diwujudkan sebagai media propaganda untuk menyebarkan kebaikkan kepada semua. Mudah-mudahan semua peringkat masyarakat sudi membantu golongan-golongan yang memerlukan tanpa didahului dengan kepentingan diri dan perkara ini menjadi satu budaya yang sihat dalam kalangan rakyat malaysia.