Kelab Belia Kg. Rantau Panjang

Kelab Belia Kg. Rantau Panjang Kelab Belia Kg. Rantau Panjang

๐ŸŒ™ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ๐ŸŒ™ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽู„ูู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seg...
18/02/2026

๐ŸŒ™ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู ๐ŸŒ™

ุงูŽู„ู„ู‘ูฐู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽู„ูู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita sekali lagi bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramadan Al-Mubarak. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 183:

โ€œูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู ุงู„ุตูู‘ูŠูŽุงู…ู ูƒูŽู…ูŽุง ูƒูุชูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู…ูู† ู‚ูŽุจู’ู„ููƒูู…ู’ ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ูƒูู…ู’ ุชูŽุชูŽู‘ู‚ููˆู†ูŽโ€

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Rantau Panjang bersama Kelab Belia Kg Rantau Panjang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga kampung yang dirahmati Allah.

Marilah kita menyambut Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, memperbanyakkan solat berjemaah, membaca Al-Quran, bersedekah serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bertakwa.

Ramadan Kareem.
ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎ

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kursus Pra-Perkahwinan Islam Belia Daerah Temerloh 2026M telah berjaya dilaksanaka...
29/01/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Kursus Pra-Perkahwinan Islam Belia Daerah Temerloh 2026M telah berjaya dilaksanakan dengan lancar, teratur dan penuh pengisian bermakna pada 25โ€“26 Januari 2026 (Sabtu & Ahad) bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh. Program ini menjadi platform penting dalam memberi pendedahan, kefahaman serta persediaan awal kepada para belia sebelum melangkah ke alam perkahwinan berlandaskan syariat Islam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YAB Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang,Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan serta keprihatinan yang telah diberikan bagi menjayakan program ini. Sokongan ini amat besar nilainya dalam memperkukuh usaha pembangunan belia, memperkasa institusi kekeluargaan serta melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab.

Rakaman setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada YB Datoโ€™ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad , selaku perasmi program merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang , atas kesudian meluangkan masa untuk merasmikan Kursus Pra-Perkahwinan Islam Belia Daerah Temerloh 2026M. Kehadiran serta amanat yang disampaikan amat bermakna dan menjadi suntikan semangat kepada para peserta dan penganjur dalam membina masyarakat berteraskan nilai Islam dan institusi kekeluargaan yang kukuh.

Ucapan terima kasih dan penghargaan juga dirakamkan kepada YH Datoโ€™ Ridzuan Hazimin Ramli,Penyelaras DUN Lanchang, atas sokongan padu, keprihatinan serta komitmen berterusan yang diberikan dalam memastikan program ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Program ini telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama erat dan komitmen tinggi daripada:
โ–ช๏ธ Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
โ–ช๏ธ Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh
โ–ช๏ธ Majlis Belia Daerah Temerloh
โ–ช๏ธ Pejabat Belia Daerah Temerloh
โ–ช๏ธ Majlis Tindakan Sosial Pahang (Parlimen Temerloh)

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua penceramah yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman, para peserta yang menunjukkan komitmen serta disiplin yang amat membanggakan, dan seluruh barisan urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.

Semoga segala ilmu, nasihat dan pengisian yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi bekalan berharga dalam membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah, seterusnya melahirkan keluarga yang harmoni dan masyarakat yang sejahtera.

Ayuh semua! Marilah kita sama-sama hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan meraikan program ini. Kehadiran tuan/puan bu...
28/08/2025

Ayuh semua! Marilah kita sama-sama hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan meraikan program ini. Kehadiran tuan/puan bukan sahaja menambah seri program, malah menjadi tanda sokongan padu demi kebersamaan komuniti kita

Address

Kampung Rantau Panjang
Temerloh
28500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Kg. Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share