Kelab Veteran Tentera Rukun Tetangga - RT Lanchang Pahang

Call Directions Contact the organization

Kelab Veteran Tentera Rukun Tetangga - RT Lanchang Pahang MEMBINA SOSIO EKONOMI KOMUNITI VETERAN SETEMPAT DAN KESELAMATAN KOMUNITI

06/07/2026

🎁 Door Gift Beras Wangi adalah pilihan terbaik untuk menjadikan majlis anda lebih bermakna. Bukan sekadar cantik dipandang, malah boleh terus digunakan oleh setiap penerima.

Sesuai untuk:
💍 Majlis Perkahwinan
🏡 Kenduri Kesyukuran
👶 Majlis Aqiqah & Cukur Jambul
👨‍👩‍👧 Hari Keluarga
🏢 Program Korporat & Komuniti

✅ Tempahan mengikut kuantiti diperlukan
✅ Rekaan label boleh disesuaikan mengikut tema majlis
✅ Sticker PERCUMA bagi setiap pembelian

💰 Harga Tempahan
🌾 1 – 300 unit : RM6.00 seunit
🌾 301 – 600 unit : RM5.50 seunit
🌾 601 – 1000 unit : RM5.00 seunit

📍 Diedarkan oleh: KOPERASI GAGAH MALAYSIA BERHAD Lot 6275, Jalan Intan Kanan, Bukit Changgang, 42500 Banting, Selangor.

📞 Tempahan & Pertanyaan: 011-1091 3460
📲 Tempah awal untuk mendapatkan harga terbaik dan pastikan door gift majlis anda tampil eksklusif serta meninggalkan kenangan manis kepada setiap tetamu.








31/05/2026
KENALI WAJAH DI SEBALIK KEBANGKITAN SEMULA 26 RAMD - TIM NUKLEUS🫡🇲🇾Ramai hari ini kenal 26 RAMD sebagai “The Hornet” - u...
06/04/2026

KENALI WAJAH DI SEBALIK KEBANGKITAN SEMULA 26 RAMD - TIM NUKLEUS🫡🇲🇾

Ramai hari ini kenal 26 RAMD sebagai “The Hornet” - unit yang berbisa, pantas dan sentiasa bersedia di barisan hadapan...

Tapi tak ramai yang tahu…
Di sebalik kebangkitan semula 26 RAMD pada tahun 2014 - ada sekumpulan kecil anggota yang menjadi asas kepada segalanya...

Mereka bukan sekadar nama dalam sejarah.
Mereka adalah Tim Nukleus - tulang belakang yang menghidupkan semula satu batalion yang pernah “hilang dari peta”...

Gambar ini dirakam pada: 26 Mei 2014 - Wisma Bintara, Rejimen 515 AW.
Seramai 22 orang anggota terpilih memulakan langkah pertama...

Bukan dengan kekuatan besar…
Tapi dengan semangat, disiplin dan tanggungjawab yang berat di bahu.
Mereka datang bukan untuk nama.
Bukan untuk kemasyhuran.

Tapi untuk satu tujuan...
Menghidupkan semula roh 26 RAMD.
Dari kelompok kecil inilah...

Struktur dibina...
Identiti dibentuk...
Semangat lama disemai kembali
Mereka berlatih, menyusun, membina…
Dalam diam, tanpa sorotan…
Sehinggalah akhirnya…
26 RAMD kembali berdiri megah pada tahun 2021 di Kem Kukusan, Tawau...

Hari ini, ramai daripada mereka dalam gambar ini telah pun bersara…
Namun jasa mereka - tidak pernah bersara.
Mereka adalah generasi yang menghidupkan semula bara...
Perintis kepada kebangkitan
Saksi kepada lahirnya semula “The Hornet”...

Kalau hari ini kita bangga dengan 26 RAMD…
Jangan lupa semuanya bermula dari 22 orang ini...

Respect bukan diminta… tapi memang layak diberikan...

🫡 “Once a soldier, forever a warrior.”
26 RAMD – SEDIA BERJUANG! 🔥🇲🇾

Assalamualaikum dan salam hormat sahabat-sahabat Veteran Tentera.Sebenarnya peranan Veteran Tentera dalam komuniti seper...
09/03/2026

Assalamualaikum dan salam hormat sahabat-sahabat Veteran Tentera.

Sebenarnya peranan Veteran Tentera dalam komuniti seperti KRT bukan sesuatu yang asing. Malah, veteran memang sinonim dengan tanggungjawab menjaga keselamatan, disiplin dan kesejahteraan masyarakat.

Semasa kita berkhidmat dahulu, kita dilatih untuk mempertahankan negara, menjaga keamanan dan melindungi rakyat. Hari ini, walaupun kita tidak lagi berada dalam uniform, nilai-nilai itu tetap ada dalam diri kita.

Penubuhan KRT Komuniti Lanchang - Veteran Tentera dan Penduduk ini bukan sekadar satu organisasi komuniti, tetapi satu platform untuk kita terus menyumbang pengalaman, kepimpinan dan semangat berkhidmat kepada masyarakat.

Veteran mempunyai kelebihan dari segi disiplin, pengalaman operasi, semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan. Semua ini adalah kekuatan besar untuk membantu komuniti kita menjadi lebih selamat dan bersatu.

Inilah peluang untuk kita membuktikan bahawa walaupun telah bersara dari perkhidmatan, semangat seorang perajurit tidak pernah berhenti berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Sekali Tentera, Selamanya Berjiwa Perajurit.”

Assalamualaikum dan salam hormat sahabat-sahabat Veteran Tentera.Sebagai langkah awal penubuhan KRT Komuniti Lanchang - ...
09/03/2026

Assalamualaikum dan salam hormat sahabat-sahabat Veteran Tentera.

Sebagai langkah awal penubuhan KRT Komuniti Lanchang - Veteran Tentera dan Penduduk, kita bercadang untuk menggerakkan Skuad Sukarelawan Rondaan Komuniti (SRS) di kawasan sekitar Lanchang.

Pengalaman, disiplin dan semangat yang kita miliki sebagai bekas anggota tentera adalah satu kekuatan besar untuk membantu menjaga keselamatan komuniti.

Walaupun ini bukan lagi operasi ketenteraan, tetapi semangat tanggungjawab kita terhadap keselamatan masyarakat tetap sama.

Justeru itu, saya menjemput sahabat-sahabat veteran yang berminat untuk menjadi sukarelawan rondaan komuniti supaya dapat bersama-sama dalam pasukan ini.

InsyaAllah usaha kecil ini bukan sahaja dapat membantu menjaga keamanan kawasan, tetapi juga mengeratkan kembali ukhwah antara sahabat-sahabat veteran.

Jika berminat, boleh pm/maklumkan kepada admin.

“Semangat Perajurit Tidak Pernah Bersara.”

🔥 Panggilan Kepada Semua Veteran Tentera FELDA Bukit Damar dan Zon Lanchang Pahang!.🔥Kami nak kumpulkan semua veteran ya...
07/03/2026

🔥 Panggilan Kepada Semua Veteran Tentera FELDA Bukit Damar dan Zon Lanchang Pahang!.🔥

Kami nak kumpulkan semua veteran yang tinggal atau pernah menetap di FELDA Bukit Damar dan Zon Lanchang.

Peluang untuk:
Berkenalan sesama veteran
Berkongsi pengalaman dan network.

Bincang aktiviti komuniti dan peluang projek veteran.

💪 Tak kira usia, rank atau latar belakang, semua Veteran Tentera Berpencen atau Tidak Berpencen dijemput hadir.

📩 PM, komen atau WhatsApp 017-9414116 (En. Amin) untuk daftar diri dan susun pertemuan rasmi pertama.

⚡ Jadi sebahagian daripada network Veteran Tentera FELDA Bukit Damar dan Zon Lanchang yang akan buka pintu projek dan aktiviti komuniti.
Sekian Terima Kasih.

Address

No 26, Blok 2, Felda Bukit Damar
Temerloh
28500

Telephone

+60179414116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Veteran Tentera Rukun Tetangga - RT Lanchang Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Veteran Tentera Rukun Tetangga - RT Lanchang Pahang:

Shortcuts

Share