26/09/2026
*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*.
Salam Sejahtera / Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani.
YS Dato’/YH Tok Muda/Tuan/Puan.
Jenis Kecemasan / Insiden:
Kecemasan Pokok Tumbang
Tarikh / Masa Panggilan:
25.09.2026 / Jam : 20:48:12
Alamat lokasi kejadian:
jalan Temerloh - Triang, Kg, Pangsenam Temerloh Pahang
Jarak ke Tempat Kejadian (6KM)
Keanggotaan:
BBP Bukit Angin
Maklumat Keanggotaan Dan Logistik:
Jumlah Anggota: 5 Anggota
FRT – 1
Komander Operasi:
PBK I 14707 Qharull Al Amin Bin Reduan (014-****)
Safety Officer:
PBK I 14707 Qharull Al Amin Bin Reduan
Komander Operasi Kanan:
Tiada
Catatan:
Komander Operasi melaporkan bahawa benar berlaku kejadian sebatang pokok tumbang yang telah menimpa tiga (3) buah kenderaan seperti berikut:
1. Proton Exora, No. Pendaftaran CDA *** – melibatkan empat (4) orang mangsa.
2. Proton Saga BLM, No. Pendaftaran CCL *** – tiada mangsa kerana kenderaan berada dalam keadaan parking.
3. Perodua Myvi, No. Pendaftaran TBK *** – tiada mangsa kerana kenderaan berada dalam keadaan parking.
Status mangsa yang berada di dalam Proton Exora adalah seperti berikut:
1. 1 x LD – mangsa tersepit dan mengalami kecederaan ringan.
2. 1 x WD – mangsa tersepit serta mengalami kecederaan pada bahagian leher dan pinggang.
3. 2 x KKP – mangsa tidak tersepit dan mengalami kecederaan ringan.
Tindakan Operasi:
Setibanya PKO Bukit Angin di lokasi kejadian, tindakan operasi dimulakan dengan kerja-kerja memotong dan mengalihkan dahan-dahan pokok yang menghalang akses ke kenderaan terlibat. Seterusnya, PKO menggunakan peralatan Rescue Cutter bagi melaksanakan kaedah pemotongan bumbung (rooftop) pada Proton Exora untuk membuka ruang akses dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk Tindakan selanjutnya.
Sekian, Terima Kasih
"CEPAT DAN MESRA"