Community Elephant Ranger Team Telupid

Directions

Community Elephant Ranger Team Telupid Community Elephant Ranger Team Telupid

“Community Elephant Ranger Team Telupid adalah pasukan komuniti di bawah Projek Harmoni Manusia-Gajah, inisiatif Forever Sabah dalam menjaga keharmonian manusia & gajah serta kelestarian hutan.”

10/10/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Entilibon atas peluang dan ruang yang diberikan kepada kami untuk turut serta dalam pameran sempena Program Makmal Aktif Lestari (MAL) 2026.

Semoga perkongsian kami dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Terima kasih atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. 🌿🐘

KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH ZON TELUPID 2026Pameran Human Elephant Harmony - Community Elephant Ranger Team Telupid.02 ...
07/10/2026

KARNIVAL USAHAWAN PMKS SABAH ZON TELUPID 2026

Pameran Human Elephant Harmony - Community Elephant Ranger Team Telupid.

02 - 05 Oktober 2026

06/10/2026

02 - 04 Oktober 2026 - Bukan sekadar pameran tetapi sebuah ruang untuk memahami 🐘🐘

Melalui pameran Human Elephant Harmony Project (HEH) sempena Karnival Usahawan PMKS Sabah Zon Telupid 2026, kami berkongsi hasil citizen science, kisah di lapangan dan pengalaman tentang kehidupan gajah di Telupid.

Di sebalik gambar yang indah, tersimpan cerita tentang cabaran yang perlu dilalui gajah untuk terus hidup di habitat mereka.

Kami berharap setiap pengunjung pulang bukan sekadar membawa gambar dan informasi tetapi juga kesedaran bahawa keharmonian manusia dan gajah bermula dengan memahami, menghargai dan mengambil peduli.

05/10/2026

“KOUPUSAN” — SEBUAH NYAWA YANG DISELAMATKAN 🐘❤️

Pada 24 September 2026, seekor anak gajah yang ditemui dalam keadaan cedera berjaya diselamatkan dan diberi nama Koupusan.

Jutaan terima kasih kepada seluruh komuniti dan insan dari serata dunia yang terus mengikuti perkembangan Koupusan serta tidak putus-putus mendoakan keselamatannya.

Penghargaan setinggi-tingginya kepada Pan Borneo WP31 (Jutaya), CERT Tambalut Di Aki, Restoran Sri Pelangi, serta seluruh Rescue Team yang terdiri daripada Community Elephant Ranger Team Telupid (Forever Sabah), Jabatan Hidupan Liar Sandakan, JHL PPOUS, The 7 Team, CHWW Telupid dan Ranger Community atas usaha membuka jerat, merawat luka dan menyelamatkan nyawa Koupusan. Terima kasih juga kepada Pejabat Perhutanan Telupid atas sokongan yang diberikan.

Kisah Koupusan mengingatkan kita bahawa jerat bukan sekadar seutas tali. Ia boleh menjadi tali yang mengikat hidupan liar kepada maut.

Satu jerat mungkin dipasang dalam beberapa minit tetapi untuk menyelamatkan satu nyawa daripadanya, manusia mungkin perlu berjuang berhari-hari.

Jangan memerangkap. Jangan biarkan hutan menjadi perangkap maut. Pilih untuk melindungi bukan mencederakan.

Koupusan terselamat kerana masih ada manusia yang memilih untuk peduli. ❤️

Terus kuat, Koupusan. 🐘❤️

ProtectWildlife WildlifeConservation Telupid Sabah ForeverSabah

PAMERAN FOREVER SABAH – COMMUNITY ELEPHANT RANGER TEAM TELUPIDJom singgah ke booth kami sempena Karnival Usahawan PMKS T...
30/09/2026

PAMERAN FOREVER SABAH – COMMUNITY ELEPHANT RANGER TEAM TELUPID

Jom singgah ke booth kami sempena Karnival Usahawan PMKS Telupid Sabah 2026
📅 2 – 4 Oktober 2026
📍 Dataran Terbuka Tapak Tamu, Telupid, Sabah

Kenali gajah Borneo, citizen science dan usaha pemantauan komuniti sejak 2018. 🌳🐘
Datang ke booth kami — Kenali, Belajar & Bersama Melindungi Gajah Borneo Telupid.

28/09/2026

“ KOUPUSAN “ SEBUAH NYAWA YANG DISELAMATKAN

Pada 24 September 2026, seekor anak gajah yang ditemukan dalam keadaan cedera telah berjaya diselamatkan. Anak gajah ini kemudiannya diberi nama “Koupusan”.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada seluruh komuniti dan semua insan dari serata dunia yang begitu menyayangi Koupusan dan sentiasa mengikuti perkembangannya serta tidak putus-putus mendoakan keselamatannya.

Dalam usaha menyelamatkan Koupusan, Rescue Team berdepan dengan pelbagai cabaran. Namun, setiap kesukaran tidak pernah mematahkan semangat kami. Di hadapan kami bukan sekadar seekor anak gajah tetapi sebuah nyawa yang sedang berjuang untuk terus hidup.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pan Borneo WP31 (Jutaya) yang membuat aduan dan memberikan perkembangan dari semasa ke semasa, Komuniti Sukarelawan CERT (Tambalut Di Aki) dan Restoran Sri Pelangi yang menyediakan sokongan makanan dan minuman kepada pasukan penyelamat.

Terima kasih juga kepada seluruh Rescue Team yang terdiri daripada Community Elephant Ranger Team Telupid (Forever Sabah), Jabatan Hidupan Liar Sandakan, JHL PPOUS, The 7 Team, CHWW Telupid dan Ranger Community yang telah membuka jerat tali yang masih terikat pada kaki Koupusan dan telah merawat luka tersebut. Tidak lupa kepada Pejabat Perhutanan Telupid atas sokongan yang diberikan.

Namun, kisah Koupusan meninggalkan satu pesan yang lebih besar. Jerat mungkin hanya seutas tali tetapi bagi hidupan liar, ia boleh menjadi tali yang mengikat mereka kepada maut.

Koupusan masih kecil. Dia belum mengerti mengapa kakinya terluka, mengapa dia tidak dapat berjalan seperti biasa dan mengapa manusia sanggup meninggalkan perangkap yang boleh meragut nyawanya.

Seekor anak gajah sepatutnya membesar di bawah lindungan ibunya, bukan membesar dengan luka yang ditinggalkan oleh tangan manusia. Jangan biarkan hutan menjadi tempat perangkap maut. Memasang jerat bukan perkara kecil. Ia boleh mencederakan, menyeksa dan membunuh hidupan liar serta boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang.

Semoga luka Koupusan menjadi peringatan kepada kita semua. Satu jerat mungkin dipasang dalam beberapa minit tetapi untuk menyelamatkan satu nyawa daripadanya, manusia mungkin perlu berjuang berhari-hari.

Koupusan terselamat kerana masih ada manusia yang memilih untuk peduli. Semoga selepas ini, semakin ramai memilih untuk melindungi bukannya memerangkap.

Terus kuat, Koupusan ❤️🐘

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG TERUS BERDIRI BERSAMA KAMI 🐘❤️Community Elephant Ranger Team (CERT) Telupid...
24/09/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT MEREKA YANG TERUS BERDIRI BERSAMA KAMI 🐘❤️

Community Elephant Ranger Team (CERT) Telupid, mewakili pasukan gabungan Jabatan Hidupan Liar Sandakan, JHL PPOUS, 7Team, CHWW dan Ranger Community ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Team Sukarelawan CERT (Tambalut Di Aki) yang merangkumi komuniti Telupid dan seluruh Sabah, serta Restoran Sri Pelangi Telupid atas sokongan doa, semangat, makanan dan bantuan yang telah diberikan kepada pasukan kami.

Dalam perjuangan menyelamatkan dan melindungi hidupan liar, kami sedar bahawa kami tidak mampu berjalan seorang diri. Setiap doa, setiap makanan yang disumbangkan dan setiap kata semangat adalah seperti cahaya kecil di tengah perjalanan yang panjang. Ia mungkin sederhana bagi yang memberi tetapi sangat besar maknanya bagi mereka yang sedang berjuang di lapangan.

Kami mungkin tidak mampu membalas segala jasa dan kebaikan yang telah diberikan. Namun, kami akan membawa setiap sokongan itu sebagai kekuatan untuk terus melangkah.

Usaha menyelamatkan seekor gajah bukan sekadar menyelamatkan seekor haiwan. Ia adalah usaha menjaga sebuah kehidupan, sebuah keluarga dan keseimbangan alam yang turut menjadi warisan kita bersama.

Semoga usaha kecil kita hari ini menjadi jambatan kepada sebuah masa depan di mana manusia dan gajah tidak perlu saling menjauh kerana ketakutan tetapi dapat hidup berdampingan dengan lebih selamat, memahami dan harmoni.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Doa dan sokongan anda adalah kekuatan kami untuk terus menjaga Harmoni Manusia Gajah Telupid.

Bersama kita menjaga kehidupan.
Bersama kita membina harmoni.

SYUKUR & TAHNIAH KEPADA PASUKAN GABUNGAN 💪🏻💪🏻Syukur kepada Tuhan, dan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada s...
24/09/2026

SYUKUR & TAHNIAH KEPADA PASUKAN GABUNGAN 💪🏻💪🏻

Syukur kepada Tuhan, dan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada seluruh pasukan gabungan Community Elephant Ranger Team (CERT) Telupid, Jabatan Hidupan Liar Sandakan, JHL PPOUS, Ranger Community, 7Team dan CHWW Telupid.

Pada pagi 24 September 2026, usaha bersama untuk menyelamatkan seekor anak gajah yang cedera akhirnya berjaya dilaksanakan. Ini bukan sekadar satu operasi menyelamat, tetapi satu usaha kecil daripada ramai pihak yang sama-sama tidak sanggup melihat seekor anak gajah terus menanggung kesakitan.

Hasil pemeriksaan mendapati kecederaan tersebut berpunca daripada jerat kaki jenis tali. Ketika ditemui, jerat tersebut masih berada pada kaki anak gajah dan telah menyebabkan luka yang sangat dalam, hampir mengenai tulang.

Melihat keadaan anak gajah ini benar-benar menyentuh hati. Ia masih terlalu kecil untuk berdepan dengan kesakitan seperti ini, namun hari ini kita bersyukur kerana ia telah diberikan peluang untuk terus hidup dan mendapatkan rawatan.

Namun, tugas kita belum selesai. Beberapa hari akan datang amat penting. Pemantauan susulan akan terus dijalankan bagi melihat perkembangan keadaan anak gajah ini. Pemantauan terhadap kumpulan gajah yang lain juga akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi kecederaan yang boleh membahayakan mereka.

Terima kasih kepada semua yang turun padang untuk membantu, berkongsi maklumat terutama pihak Pan Borneo WP31, memberi sokongan sumbangan makanan dan semangat terutama kepada Team Sukarelawan Komuniti (Tambalut Di Aki ) dan Restoran Sri Pelangi serta mereka yang telah bersama-sama memastikan usaha menyelamat ini dapat dilaksanakan. Tidak lupa kepada pihak Pejabat Perhutanan Telupid yang sentiasa bersedia memberi sokongan untuk memastikan keadaan sekitar Hutan Simpan terkawal.

Seekor anak gajah mungkin kecil di mata kita tetapi nyawanya tetap berharga. Semoga anak gajah ini terus kuat, pulih dan kembali berjalan bersama ibunya dan kumpulannya.

Terima kasih kerana memilih untuk peduli ❤️
Terima kasih kerana memilih untuk menyelamatkan❤️

Alvein Dee Albenus
Penyelaras
Community Elephant Ranger Team (CERT) Telupid

KAMI KONGSIKAN POST DARI TAMBALUT DI AKI (SUKARELAWAN) 👇🏻👇🏻😔 SAKITNYA DIA, ANGKARA MANUSIA…Seekor anak gajah di daerah T...
23/09/2026

KAMI KONGSIKAN POST DARI TAMBALUT DI AKI (SUKARELAWAN) 👇🏻👇🏻

😔 SAKITNYA DIA, ANGKARA MANUSIA…

Seekor anak gajah di daerah Telupid dilihat dalam keadaan cedera parah pada kaki kanannya, dipercayai akibat jerat yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka tidak meminta banyak.

Mereka cuma mahu terus hidup. 🐘💔

Di saat habitat dan laluan pergerakan gajah semakin terjejas akibat pembangunan, kita tidak boleh membiarkan ancaman lain seperti jerat, kemalangan jalan raya dan konflik manusia-gajah terus berlaku.

🌿 Kini, fokus kita ialah MITIGASI.

Antara langkah yang wajar diberi perhatian :

🐘 Pasang papan tanda besar “LALUAN GAJAH” di sepanjang kawasan lintasan apabila jalan raya siap kelak.

🚧 Wujudkan lintasan hidupan liar yang selamat dan berkesan.

🌳 Pulihkan serta kekalkan koridor ekologi gajah.

🚗 Tetapkan had kelajuan dan tingkatkan pemantauan di kawasan laluan gajah.

🚫 Perhebat penguatkuasaan terhadap pemasangan jerat.

⚡ Tolak penggunaan pagar elektrik sebagai penyelesaian mudah di habitat semula jadi gajah.

🤝 Libatkan komuniti setempat dalam pemantauan dan pemuliharaan.

Jika kita lebih bijak berfikir, gajah bukan penghalang pembangunan.

Gajah ialah khazanah.

Usaha membangunkan Taman Hutan Bersepadu untuk Gajah berpotensi bukan sahaja melindungi hidupan liar, malah membuka peluang kepada ekopelancongan, pendidikan, penyelidikan dan ekonomi masyarakat setempat.

Kita boleh hidup bersama.

🐘 Gajah selamat
🌳 Hutan lestari
🤝 Masyarakat sejahtera

Bersuara bukan kerana kita membenci pembangunan.

Kita bersuara kerana pembangunan juga mesti mempunyai ruang untuk alam.


KAMI KONGSIKAN POST DARI TAMBALUT DI AKI (SUKARELAWAN) 👇🏻👇🏻ADAKAH INI CARA TERBAIK UNTUK KITA MAJU? 🐘🌳Lihat gambar ini.S...
23/09/2026

KAMI KONGSIKAN POST DARI TAMBALUT DI AKI (SUKARELAWAN) 👇🏻👇🏻

ADAKAH INI CARA TERBAIK UNTUK KITA MAJU? 🐘🌳

Lihat gambar ini.

Sekumpulan gajah sedang berada di kawasan pembinaan jalan ; di ruang yang selama ini menjadi sebahagian daripada laluan pergerakan dan koridor ekologi mereka.

Kita memahami keperluan pembangunan dan kepentingan jaringan jalan raya.

Namun, apabila pembangunan memasuki habitat hidupan liar, kita juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan hidupan liar tidak diketepikan.

Kita telah menerima hakikat bahawa jalan ini dibina.

Tetapi jangan berhenti di situ.

Pastikan langkah mitigasi benar-benar memberi ruang kepada gajah untuk terus bergerak dengan selamat.

🚧 Kekalkan koridor ekologi

🐘 Sediakan lintasan hidupan liar yang sesuai

🚸 Pasang papan tanda besar “LALUAN GAJAH” di kawasan berisiko

🚗 Kawal kelajuan dan tingkatkan pemantauan

🌳 Pulihkan habitat dan laluan yang terjejas

📹 Pantau pergerakan kumpulan gajah

🤝 Libatkan komuniti dalam pemuliharaan

Dan apabila berbicara tentang pagar elektrik dan parit besar, marilah kita menilai terlebih dahulu kesan jangka panjangnya terhadap pergerakan gajah dan keselamatan hidupan liar.

Jangan sampai penyelesaian untuk satu masalah mencipta halangan baharu kepada koridor kehidupan mereka.

Hutan ialah rumah mereka.

Koridor ekologi ialah laluan kehidupan mereka.

Gajah ialah sebahagian daripada khazanah alam kita.

Kita dianugerahkan akal dan kebijaksanaan untuk menjaga makhluk lain serta alam yang diamanahkan kepada kita.

🌿 Pembangunan dan kelestarian alam tidak seharusnya menjadi dua perkara yang bertentangan.

Kita boleh merancang, membina dan pada masa yang sama melindungi.

🐘 KITA BOLEH HIDUP HARMONI BERSAMA.

Untuk manusia.

Untuk gajah.

Untuk hutan.

Untuk generasi akan datang.

Address

Telupid
89320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Community Elephant Ranger Team Telupid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share