Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan

Directions

Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan Selamat Datang Ke Laman Rasmi Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan

KEHADIRAN DALAM PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN SGT FOOD SDN BHDAlhamdulillah, berkesempatan menghadiri program agihan sumbanga...
08/02/2026

KEHADIRAN DALAM PROGRAM AGIHAN SUMBANGAN SGT FOOD SDN BHD

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri program agihan sumbangan anjuran SGT Food Sdn Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan, memberi manfaat kepada hampir 500 keluarga Muslim. Pada sebelah petang, agihan diteruskan ke tiga lokasi utama iaitu Masjid Melayu Teluk Intan, Masjid As-Saadah Kampung Bahagia dan Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9, Labu Kubong.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada SGT Food Sdn Bhd dan Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan atas keprihatinan yang ditunjukkan, para sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu, serta adinda Shahrul Faisal (Medifa Care) atas sokongan dan pengurusan yang sangat baik.

Semoga usaha ini menjadi asbab rahmat, mengeratkan ukhuwwah dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

USAHA JALINAN SUMBANGAN BERSAMA SGT FOOD TELUK INTANAlhamdulillah, pada hari ini kami telah membuat kunjungan bersama pi...
06/02/2026

USAHA JALINAN SUMBANGAN BERSAMA SGT FOOD TELUK INTAN

Alhamdulillah, pada hari ini kami telah membuat kunjungan bersama pihak Medifa Care ke SGT Food. InsyaAllah, esok kita akan menerima sumbangan berupa beras, kotak limau dan biskut daripada SGT Food.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan mereka terhadap komuniti kita.

KELAS MINGGUAN FARDHU AIN BERSAMA WARGA EMAS MEDIFA NURSING HOME TAMAN SRI IDAMANAlhamdulillah, wakil AJK Pertubuhan Bud...
23/10/2025

KELAS MINGGUAN FARDHU AIN BERSAMA WARGA EMAS MEDIFA NURSING HOME TAMAN SRI IDAMAN

Alhamdulillah, wakil AJK Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan telah berpeluang melaksanakan kelas mingguan Fardhu Ain bersama para warga emas di Medifa Nursing Home, Taman Sri Idaman. Program ini diadakan bagi menyantuni serta mengisi jiwa penghuni dengan ilmu dan penghayatan agama dalam suasana penuh kasih sayang dan hormat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan serta staf Medifa Care atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga usaha kecil ini menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat limpahan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

SESI PEMBENTANGAN PERMOHONAN PELAKSANAAN ASD PENJAGAAN WARGA EMASAlhamdulillah, pada 12 September 2025, wakil Pertubuhan...
12/09/2025

SESI PEMBENTANGAN PERMOHONAN PELAKSANAAN ASD PENJAGAAN WARGA EMAS

Alhamdulillah, pada 12 September 2025, wakil Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan telah berpeluang menghadiri Sesi Pembentangan Permohonan Pelaksanaan ASD Penjagaan Warga Emas di Rumah Seri Kenangan (RSK) Seri Iskandar, Perak bagi sesi 2025–2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 11, JKMM Putrajaya.

Program ini merupakan satu platform penting bagi membincangkan hala tuju, pelaksanaan dan penambahbaikan aspek penjagaan warga emas khususnya di Negeri Perak. Ia menjadi bukti kesungguhan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan, untuk terus berganding bahu dalam memperkasa kesejahteraan warga emas yang merupakan sebahagian daripada aset berharga negara.

Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan sentiasa menekankan bahawa warga emas bukan sekadar golongan yang perlu disantuni, bahkan mereka ialah sumber hikmah, pengalaman dan doa yang mendukung keberkatan masyarakat. Justeru, usaha memperkukuh fasiliti, menyediakan persekitaran kondusif serta memastikan kebajikan warga emas terjaga perlu menjadi tanggungjawab bersama.

Semoga melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan, institusi masyarakat dan pertubuhan sukarela, matlamat untuk memberikan penjagaan yang penuh kasih sayang, bermaruah dan berterusan kepada warga emas dapat direalisasikan dengan lebih berkesan.

MESYUARAT PERTUBUHAN SEJAHTERA BUDIMAN TELUK INTANAlhamdulillah, telah berlangsung mesyuarat Pertubuhan Sejahtera Budima...
11/09/2025

MESYUARAT PERTUBUHAN SEJAHTERA BUDIMAN TELUK INTAN

Alhamdulillah, telah berlangsung mesyuarat Pertubuhan Sejahtera Budiman Teluk Intan bagi membincangkan agenda dan perancangan program kebajikan serta sosial masyarakat.

Mesyuarat ini menjadi medan untuk bertukar pandangan, mengukuhkan ukhuwah dan merangka usaha yang lebih tersusun demi manfaat bersama.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dengan penuh komitmen. Semoga segala perancangan dipermudahkan Allah SWT dan memberi kebaikan buat masyarakat.

LAWATAN SOSIAL DI KEDAI KOPI OPAH, KG EMPAI, KG GAJAHAlhamdulillah, Pertubuhan Sejahtera Budiman Teluk Intan berkesempat...
11/09/2025

LAWATAN SOSIAL DI KEDAI KOPI OPAH, KG EMPAI, KG GAJAH

Alhamdulillah, Pertubuhan Sejahtera Budiman Teluk Intan berkesempatan mengadakan lawatan sosial di Kedai Kopi Opah yang terletak di Kampung Empai, Kg Gajah.

Opah yang merupakan seorang warga emas, pemilik asal kedai ini, telah mewariskan perniagaan kopi tradisi tersebut kepada anak dan cucu beliau. Satu contoh warisan keluarga yang bukan sahaja mengekalkan sumber rezeki, bahkan menjadi titik pertemuan masyarakat setempat.

Semoga usaha kecil ini terus diberkati dan menjadi inspirasi buat generasi muda dalam menghargai warisan serta meneruskan legasi keluarga.

PERTUBUHAN SEJAHTERA BUDIMAN TELUK INTAN ZIARAH KASIHAlhamdulillah, Pertubuhan Sejahtera Budiman Teluk Intan berpeluang ...
11/09/2025

PERTUBUHAN SEJAHTERA BUDIMAN TELUK INTAN ZIARAH KASIH

Alhamdulillah, Pertubuhan Sejahtera Budiman Teluk Intan berpeluang menziarahi warga Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar. Kunjungan ini bertujuan untuk menyantuni para penghuni, menghulurkan kasih sayang serta menyemarakkan semangat kekeluargaan agar mereka tidak merasa terpinggir.

Ramai penghuni di sana yang sempat kami temui dan raikan bersama. Senyuman serta sambutan mesra mereka menjadi pengubat hati dan pengingat bahawa setiap insan berhak mendapat perhatian, kasih sayang, serta ruang untuk terus dihargai.

Program ini juga menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli pertubuhan, di samping mendidik diri agar lebih peka terhadap tanggungjawab sosial terhadap warga emas yang memerlukan perhatian.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan ziarah ini. Semoga usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh dan Allah SWT sentiasa merahmati setiap langkah yang kita lakukan.

Address

N0 16, Lorong Perwira 1/38, Jalan Changkat Jong, Taman Nanas
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Budiman Sejahtera Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share