SRS Taman Seri Setia

SRS Taman Seri Setia Skim Rondaan Sukarela Taman Seri Setia

18 Julai 2026 9.30PM*Ronda Mingguan*TAMAN SERI SETIA - Pada jam tepat 9.30 malam, seperti kebiasaan rondaan berkala oleh...
21/07/2026

18 Julai 2026 9.30PM

*Ronda Mingguan*

TAMAN SERI SETIA - Pada jam tepat 9.30 malam, seperti kebiasaan rondaan berkala oleh beberapa ahli SRS dijalankan pada malam minggu bagi memastikan ketenteraman penduduk Taman Seri Setia.

Berkhidmat tanpa erti penat lelah untuk Taman Seri Setia 💪🏻💪🏻💪🏻

20 Julai 2026 6.15 petang*Membantu Golongan Warga Emas*TAMAN SERI SETIA - Pada jam lebih kurang 6.15 petang, seorang ahl...
21/07/2026

20 Julai 2026 6.15 petang

*Membantu Golongan Warga Emas*

TAMAN SERI SETIA - Pada jam lebih kurang 6.15 petang, seorang ahli SRS KRT Taman Seri Setia telah mendapat panggilan dari salah seorang penduduk taman yang menyatakan ayahnya telah jatuh tergelincir di dalam bilik air. Sejurus mendapat berita tersebut, beberapa ahli SRS turut datang ke rumah membantu.

Pada masa yang sama, kami juga telah menghubungi pihak Hospital Teluk Intan untuk dapatkan rawatan lanjut. Kami berharap semua pembaca dan followers page ini mendoakan kesembuhan untuk Hj Hashim 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Nota kaki: Ada hikmah bila salah seorang daripada adik beradik kita yang tinggal bersama ibu bapa kita.

26 April 9.30PM*Mabuk Itu Memudaratkan*TAMAN SERI SETIA - Pada jam tepat 9.30 malam, dua ahli SRS Taman Seri Setia melak...
26/04/2026

26 April 9.30PM

*Mabuk Itu Memudaratkan*

TAMAN SERI SETIA - Pada jam tepat 9.30 malam, dua ahli SRS Taman Seri Setia melakukan rondaan berkala sekitar Jalan Cengal 2 dan ternampak seorang warga cina tempatan terbaring di tepi jalan. Pada masa yang sama, kereta yang dipandu oleh warga cina tempatan yang terbaring tersebut tidak hidup dan terletak di tengah jalan sekali gus menganggu trafik jalan. Oleh itu, kami telah memanggil anggota untuk tindakan lanjut.

Suspek warga cina tempatan yang terbaring tersebut disyaki terlebih ‘minum’ dan disebabkan kesan terlebih minum, dia telah pun tertidur dan tidak sedarkan diri. Tiada kes kemalangan yang berlaku di kawasan sekitar.

Akhirnya, beberapa warga penduduk sekitar telah membuat panggilan kepada ahli keluarga untuk bawa balik dan kes selesai atas bantuan Unit Ronda Bermotosikal IPD Teluk Intan.

Pesanan ringkas, admin berpesan banyakkan minum air kosong untuk kekal hidrat. Majulah SRS Taman Seri Setia

Address

Taman Seri Setia
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRS Taman Seri Setia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share