Usahanita Negeri Perak

Directions

Usahanita Negeri Perak 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 - Persatuan usahawan wanita bumiputera Malaysia , Cawangan Negeri Perak - 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐑𝐎𝐒) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.9 okt 2026 , ...
09/10/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐑𝐎𝐒) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤.

9 okt 2026 , Jumaat , bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari. Pelaksanaan secara atas talian ( Google Meet )

Kepimpinan Usahanita Negeri Perak yang terdiri daripada Ketua-ketua Daerah dan Setiausaha (SU) Daerah telah menghadiri sesi taklimat secara dalam talian anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak
• (ROS) Negeri Perak.

Banyak pendedahan dan maklumat berguna yang diperoleh terutamanya mengenai Tadbir Urus Pertubuhan serta pengurusan Sistem eROSES dan Penyata Tahunan demi memastikan pengurusan pertubuhan sentiasa mantap , berkualiti dan mematuhi pendaftaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada JPPM/ROS Negeri Perak atas penganjuran Program secara atas talian ini.

Usaha ini amat memudahkan urusan semua pihak untuk menimba ilmu dan mengemas kini maklumat pertubuhan tanpa mengabaikan tugasan serta tanggungjawab hakiki.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat disebarkan dan dimanfaatkan bersama demi kemajuan USAHANITA.








•
•
•
P.N Puan Yanie Yusuf

Hebahan rasmi dari Majlis Perbandaran Teluk Intan.
08/10/2026

Hebahan rasmi dari Majlis Perbandaran Teluk Intan.

📢 MAKLUMAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

PERHATIAN WARGA TELUK INTAN

Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) ingin memaklumkan bahawa program “Running Teluk Intan” yang tertera dalam poster ini BUKAN merupakan program anjuran atau anjuran bersama Majlis Perbandaran Teluk Intan.

MPTI juga ingin menegaskan bahawa logo yang dipaparkan pada poster tersebut bukan logo rasmi milik Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang anggapan bahawa program tersebut adalah program rasmi MPTI berdasarkan maklumat atau logo yang terdapat pada poster berkenaan.

📌 MPTI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang urusan pendaftaran, bayaran, penyertaan atau perkara lain yang berkaitan dengan program tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa menyemak dan mendapatkan pengesahan daripada saluran rasmi MPTI terlebih dahulu sekiranya menerima hebahan berkaitan sesuatu program yang menggunakan nama atau identiti MPTI.

Jangan mudah terpedaya dengan poster atau hebahan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Semak dahulu. Sahkan dahulu. Baru bertindak.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Bahagian Komuniti dan Perhubungan Awam
Majlis Perbandaran Teluk Intan

Program anjuran Usahanita Daerah Bagan Datuk. Moh join.
08/10/2026

Program anjuran Usahanita Daerah Bagan Datuk. Moh join.

🌸 JOM SERTAI KELAS PENJAGAAN KUKU! 🌸
Manicure & Pedicure 💅✨

📢 PENTING UNTUK WANITA !

Kemahiran penjagaan kuku bukan sekadar untuk kecantikan, tetapi boleh menjadi ilmu dan kemahiran yang menjana pendapatan. Peserta berpeluang mempelajari asas penjagaan kuku dengan teknik yang betul dan boleh dipraktikkan sendiri atau dijadikan kemahiran sampingan untuk berniaga.

👩🏻‍🏫 Tenaga Pengajar: NUR FAHIMAH
🤝 Kolaborasi bersama Usahanita Daerah Bagan Datuk

📅 28 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 3.00 petang – 6.00 petang
📍 Dewan Parit 23, Tanjung Bayan
💰 Yuran: RM30 / seorang

✨ Kenapa perlu sertai?
💅 Belajar teknik asas manicure & pedicure
🧴 Kenali cara penjagaan kuku yang betul
💼 Boleh dijadikan kemahiran untuk jana pendapatan
🌷 Sesuai untuk wanita yang ingin menambah ilmu & kemahiran
🤝 Ruang belajar, berkongsi ilmu dan membina jaringan bersama komuniti

“Belajar hari ini, mungkin menjadi peluang pendapatan anda esok.” 🌟

📢 Jangan lepaskan peluang! Ajak rakan-rakan dan ahli komuniti untuk bersama-sama menimba kemahiran ini. 💖

Bengkel anjuran Usahanita Daerah Larut Matang & Selama - LMS , moh semua turut serta ✌️.
08/10/2026

Bengkel anjuran Usahanita Daerah Larut Matang & Selama - LMS , moh semua turut serta ✌️.

🌾𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐊𝐔 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐓𝐎𝐏 & 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐈𝐇 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐀𝐑 𝐖𝐀𝐃𝐀𝐈 𝐊𝐈𝐏𝐄𝐍𝐆 🌾

Jom kita luangkan masa belajar buat makanan tradisi sambil mengimbau suasana “Orang Kampung Dolu-Dolu” 😍

📅 Tarikh: 22 November 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi
📍 Tempat:
Bengkel Maruku Meletop
Kg. Parit 3, Jalan Gula, Simpang 4, Semanggol

https://share.google/FOOF7Vfzz5Tam68Fe

👗 Tema: Orang Kampung Dolu-Dolu
👚 Dress code: Baju Kurung Kedah
👥 Sasaran: 30 orang sahaja

💰 Yuran Penyertaan :-
• RM25 - Ahli Usahanita
• RM45 – Bukan Ahli

🍚 Nasi: Tuan Rumah Sediakan

🥤 Air: Disediakan

🍱 Makan: Potluck masing-masing bawa satu hidangan untuk dikongsi bersama.

✨ Apa yang kita akan belajar?
• Cara membuat Maruku Meletop
• Belajar membuat Wadai Kipeng, kuih tradisi Banjar
• Sambil belajar, kita makan-makan dan meriahkan suasana macam orang kampung dolu-dolu ❤️

Tempat terhad kepada 30 orang sahaja.
Yang berminat, boleh bagi nama untuk penyertaan. 🌸

Segala pertanyaan hubungi :
Noor - 016 520 7887

💚 J𝐎M P𝐀K𝐀I B𝐀J𝐔 𝐇I𝐉A𝐔 💚𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔USAHANITA NEGERI PERAK (UNP) menyeru seluruh ahli-ahli...
08/10/2026

💚 J𝐎M P𝐀K𝐀I B𝐀J𝐔 𝐇I𝐉A𝐔 💚
𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

USAHANITA NEGERI PERAK (UNP) menyeru seluruh ahli-ahli UNP untuk bersama-sama memakai baju berwarna hijau pada 9 - 10 Oktober 2026 sebagai tanda sokongan kepada
Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2026 ,“Hentikan Stigma • Kesihatan Mental Milik Semua".

Hari Kesihatan Mental Sedunia menjadi ruang untuk kita meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan mental , mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental serta menggalakkan setiap individu untuk mendapatkan sokongan dan bantuan lebih awal.

🌿 Hijau tanda sokongan.
🌿 Hijau tanda kita peduli.
🌿 Hijau tanda kita bersama.

Ayuh seluruh warga USAHANITA NEGERI PERAK , kita zahirkan sokongan dengan satu warna yang membawa mesej besar , KESIHATAN MENTAL PENTING. 💚

9 - 10 OKTOBER 2026 | PAKAI HIJAU 🌿
• TANDA SOKONGAN
• TANDA KEPEDULIAN

Muat naik gambar di Facebook masing-masing letak









•
•
•
•
P.N Puan Yanie Yusuf

Terbaik Puan Mariyaton Kaftiah Kaklong Kwsn , ahli Usahanita Daerah Perak Tengah.
07/10/2026

Terbaik Puan Mariyaton Kaftiah Kaklong Kwsn , ahli Usahanita Daerah Perak Tengah.

*Dari Desa ke Pasaran Antarabangsa*
Bermula dengan modal sekitar *RM500*, seorang usahawan bimbingan FELCRA di Nasaruddin Belia kini mampu menjana jualan sekitar *RM6,500 sebulan* dan membawa produknya menembusi pasaran *Brunei, Singapura dan Dubai*.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui FELCRA Berhad terus memperkasa usahawan luar bandar melalui ekosistem sokongan yang merangkumi bimbingan, penyediaan premis, sokongan mesin, pensijilan serta akses pembiayaan.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa pembangunan usahawan bukan sekadar memberi bantuan untuk memulakan perniagaan. Ia adalah usaha membina keupayaan supaya usahawan desa dapat berkembang, meningkatkan nilai produk dan bergerak ke pasaran yang lebih luas.

Kejayaan ini juga menjadi gambaran bagaimana intervensi yang tersusun mampu menterjemahkan potensi tempatan kepada hasil ekonomi yang lebih nyata.

*Dari desa, menuju pasaran dunia.*

Liputan penuh BERNAMA: https://www.bernama.com/radio//news.php?id=2593832


"𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋𝐍𝐘𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 , 𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊𝐋𝐀𝐇 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊𝐍𝐘𝐀 - 𝐒𝐔𝐃 𝐋𝐌𝐒 • 𝐢𝐓𝐀.Buat semua usahawan wanita...
07/10/2026

"𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋𝐍𝐘𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐈𝐓𝐀 , 𝐍𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊𝐋𝐀𝐇 𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊𝐍𝐘𝐀 - 𝐒𝐔𝐃 𝐋𝐌𝐒 • 𝐢𝐓𝐀.

Buat semua usahawan wanita terus kekal bersemangat menjalani hari-hari mendatang.

•
•
•
•
P.N Puan Yanie Yusuf

Tahniah Puan Syarifah Hasliza Syed Harun , penerima Geran GERAK 2026. Semoga terus maju jaya.
06/10/2026

Tahniah Puan Syarifah Hasliza Syed Harun , penerima Geran GERAK 2026. Semoga terus maju jaya.

Tahniah diucapkan kepada Puan Sharifah Hasliza Syed Harun , salah seorang ahli Usahanita Daerah Muallim - UDM yang terpilih sebagai penerima Geran Gerak Step Daerah Muallim bagi tahun 2026. 👏❤️

Semoga geran ini dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan, tambah semangat dan buka lebih banyak peluang untuk Puan Sharifah terus maju.

Tahniah sekali lagi! Rezeki yang patut disyukuri. Semoga terus melangkah dan berkembang bersama Usahanita. 💪🌷

🌿 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄 𝐁𝐘 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑Kenali • Berkongsi • BerkembangAda sesuatu yang istimewa apabila wanita-wa...
06/10/2026

🌿 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄 𝐁𝐘 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑
Kenali • Berkongsi • Berkembang

Ada sesuatu yang istimewa apabila wanita-wanita usahawan berkumpul untuk saling mengenali, membuka ruang perkongsian dan membina kekuatan bersama.

Hari ini 6 Oktober 2026 , suasana kampung di Homestay Labu Kubong, Kuala Kangsar menjadi saksi satu lagi langkah bermakna Program USAHANITA Negeri Perak , THE CIRCLE by Usahanita Daerah Kuala Kangsar.

Dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang, suasana cukup meriah dan santai. Di sebalik gelak tawa dan kemesraan yang terjalin, tersimpan satu misi yang besar. KENALI • BERKONGSI dan BERKEMBANG.

✅ Kenali siapa kita.
✅ Berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran.
✅ Berkembang bersama dalam dunia perniagaan.

Dan hari ini, misi itu bukan sekadar slogan.
Ia berlaku di depan mata.

Naib Ketua Daerah Kuala Kangsar, Puan Norazizah Amri , menyifatkan THE CIRCLE sebagai satu inisiatif yang sangat baik daripada Pengerusi Negeri kerana memberi peluang kepada ahli untuk mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain, membina networking, berkongsi kepakaran dan seterusnya berkembang bersama dalam perniagaan.

Lebih menarik hasil daripada perkongsian kepakaran ahli-ahli pada hari ini, telah tercetus satu lagi program susulan yang bakal dianjurkan bersama.

Inilah kekuatan sebenar sebuah organisasi.

Bukan hanya hadir dalam program, tetapi mencipta peluang daripada pertemuan.
Bukan hanya berkenalan, tetapi membina jaringan.

Bukan hanya berkongsi cerita, tetapi membuka jalan untuk sama-sama berkembang.

Pengerusi Negeri Perak, Puan Yanie Yusuf , turut menzahirkan rasa gembira dan syukur melihat kesepakatan serta semangat ahli-ahli Usahanita Daerah Kuala Kangsar dalam menjayakan THE CIRCLE.

Turut bersama dalam program ini ialah Naib Pengerusi Negeri Puan Sharina dan Setiausaha Negeri Puan Syahfarina , yang sama-sama menyantuni ahli dalam suasana yang cukup dekat, santai dan penuh kekeluargaan.

🌾 Bukan sekadar program tetapi sebuah pengalaman.

Peserta turut dibawa berjalan menyusuri sekitar kampung, menikmati keindahan dan ketenangan suasana desa serta singgah di premis perniagaan usahawan RISDA.

Kemudian dijamu p**a dengan hidangan ala-ala kampung yang begitu menggamit nostalgia seolah-olah membawa kita kembali ke zaman menikmati juadah bersama Atuk dan Nenek di kampung halaman.

Ada makanan yang mengenyangkan.
Tetapi ada juga makanan yang mengenyangkan hati. ❤️ inilah keistimewaan 𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄.

Ia tidak memerlukan suasana yang mewah untuk mencipta kenangan.

Cukup dengan sebuah kampung, sekump**an wanita yang punya impian, ruang untuk berbicara dan hati yang terbuka untuk saling menyokong.

Kerana apabila wanita bertemu dengan wanita lain yang mahu melihat dirinya berjaya, maka lahirlah sisterhood yang menguatkan.

✅Apabila ilmu dikongsi, peluang semakin terbuka.
✅Apabila jaringan dibina, langkah menjadi lebih luas.

Dan apabila kita memilih untuk berkembang bersama-sama, kejayaan itu tidak lagi dirasai seorang diri.

𝐓𝐇𝐄 𝐂𝐈𝐑𝐂𝐋𝐄 | 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 • 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 • 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠.

Tahniah dan syabas buat Team Usahanita Daerah Kuala Kangsar, khususnya Ketua Daerah Puan Mazura Adiqma Bima serta seluruh barisan kepimpinan dan ahli yang telah menjayakan program ini.

💜Teruskan mencipta ruang.

💜Teruskan membuka peluang.

💜Teruskan menguatkan jaringan.

Kerana wanita yang hebat bukan hanya berjaya untuk dirinya sendiri tetapi turut membuka jalan supaya wanita lain boleh berjaya bersamanya.

USAHANITA NEGERI PERAK
Perjuangan tanpa sempadan ,
Kasih Sayang Tanpa batasan.

Dari wanita, untuk wanita.








Address

Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahanita Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share