Persatuan Pembangunan Pelancongan Dan Rekreasi Kampung Bahagia Teluk Intan

Persatuan Pembangunan Pelancongan Dan Rekreasi Kampung Bahagia Teluk Intan Memacu perubahan, menceriakan dan mengharmonikan Kampung Bahagia Teluk Intan

19/12/2025
07/10/2025
02/10/2025

Beberapa kapal delegasi Global Sumud Flotila telahpun dipintas oleh rejim zionis buat masa sekarang. Pada masa yang sama 12 aktivis dan delegasi Malaysia dilaporkan telah ditahan, manakala 5 orang lagi terputus hubungan.

Kekuatan dan semangat para aktivis yang membawa nama Malaysia dalam misi kemanusiaan ke bumi Gaza ini amatlah dipuji dan dikagumi kerana pada saya, ia memang salah satu misi gila bagi membuktikan betapa kejam dan jijiknya Zionis Israel di mata dunia.

Konvoi Flotila ini bertujuan menembusi tembok Gaza yang dicipta secara haram oleh Zionis Israel, bagi menyalurkan bantuan serta keperluan asas yang telah disekat bertahun-tahun oleh Zionis Israel yang dengan jelas terbukti tiada sifat manusiawi.

Kalau dahulu, pandangan kita mengenai situasi di Gaza barangkali agak terbatas. Namun kini dengan capaian internet yang semakin baik serta penggunaan media sosial yang semakin meluas, banyak kejahatan telah terbongkar dan terkini, sekatan yang dibuat terhadap misi kemanusiaan Sumud Flotila membuktikan lagi betapa dahsyat kekejaman yang dilakukan Zionis Israel kepada penduduk Gaza.

Setakat Ogos 2025 di Gaza, 97% isi rumah tidak makan satu hingga dua hidangan sehari. 70% wanita hamil dan menyusu badan hanya menerima satu kumpulan makanan dalam tempoh 24 jam dan 85% penduduk di Gaza kekurangan zat makanan yang amat parah.

Oleh kerana realiti inilah, para aktivis dan delegasi dari seluruh dunia berpayung di bawah Global Sumud Flotila bagi menyalurkan keperluan asas berbentuk makanan, susu dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza, disamping membuktikan kepada dunia kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel bukan kerana Hamas semata-mata tetapi mereka sememangnya mahu melakukan pemusnahan penduduk Gaza secara beramai-ramai.

Sempena Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa hari ini, semoga para aktivis dan delegasi Global Sumud Flotila yang kini dalam tahanan segera dibebaskan tanpa sebarang kekacauan atau penindasan. Semoga usaha berani mati yang ditunjukkan oleh mereka membuka mata masyarakat terutamanya pemimpin-pemimpin dunia agar memberi tekanan lebih kuat kepada Zionis Israel dan sekutunya agar menghentikan dengan segera penindasan serta kekejaman yang dibuat kepada penduduk Gaza!

Free Free Palestine!

Syaheera Ghafar
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan




02/08/2025

Address

Lorong Majsid Kampung Bahagia
Teluk Intan
36000

Telephone

+60175221267

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pembangunan Pelancongan Dan Rekreasi Kampung Bahagia Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pembangunan Pelancongan Dan Rekreasi Kampung Bahagia Teluk Intan:

Share