17/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐?
S: Adakah benar, sesiapa yang ingin melakukan korban diharamkan memotong rambut dan kukunya pada sepuluh hari yang pertama dalam bulan Zul Hijjah?
J: Diriwayatkan daripada Imam Muslim dan selainnya,
ุนููู ุฃูู
ูู ุณูููู
ูุฉู ุฑูุถููู ุงูููู ุนูููููุง ููุงููุชู: ููุงูู ุฑูุณูููู ุงููู ุตููููู ุงููู ุนููููููู ููุณููููู
ูุ ุฅูุฐูุง ุฏูุฎููู ุงูุนูุดูุฑู ููุฃูุฑูุงุฏู ุฃูุญูุฏูููู
ุฃููู ููุถูุญูููู ูููุงู ููุฃูุฎูุฐู ู
ููู ุดูุนูุฑููู ูููุงู ุฃูุธูููุงุฑููู ุดูููุฆูุง ุญูุชููู ููุถูุญูููู.
Yang bermaksud, Daripada Ummu Salamah R.Ah berkata: Sabda Rasulullah saw, apabila masuk sepuluh hari yang pertama bulan Zul Hijjah dan jika di kalangan kamu ada yang ingin melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sedikit pun sehinggalah hari penyembelihan korban.
Di dalam riwayat yang lain p**a, daripada Imam al-Bukhari dan Muslim,
ุนููู ุนูุงุฆูุดูุฉ ุฑูุถููู ุงููู ุนูููููุง ููุงููุชู: ููููุชู ุฃูููุชูููู ูููุงูุฆูุฏู ููุฏููู ุฑูุณูููู ุงููู ุตููููู ุงููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุซูู
ูู ููููููุฏูููุง ุจูููุฏูููุ ุซูู
ูู ููุจูุนูุซู ุจูููุง ูููุงู ููุญูุฑูู
ู ุดูููุกู ุฃูุญูููููู ุงููู ูููู ุญูุชููู ููููุญูุฑ ุงูููุฏููู.
Yang Bermaksud, Daripada Aโishah R.Ah berkata: Aku memintal tali pengikat binatang korban Rasulullah saw dan Baginda mengikat sendiri binatang tersebut. Kemudian Baginda menyerahkannya (untuk disembelih)i. Baginda tidak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah (sepanjang hari tersebut) sehinggalah hari penyembelihan binatang korban tersebut.
Dalam hal ini, Saโid bin al-Musayyib, Rabiโah, Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Daud dan sebahagian ulamak al-Syafโie menyatakan tidak haram memotong rambut dan kuku bagi sesiapa yang ingin melakukan korban sehinggalah hari penyembelihan.
Imam al-Syafโie dan sahabat-sahabatnya p**a berpendapat bahawa memotong rambut dan kuku bagi sesiapa yang ingin melakukan korban adalah MAKRUH TANZIH dan tidaklah sampai keperingkat HARAM. Imam Abu Hanifah berkata, tidak makruh mencukur rambut dan memotong kuku berdasarkan hadith yang kedua. Imam Malik p**a dalam satu pendapatnya, tidak makruh dan pada pendapatnya yang lain ianya haram pada korban sunat tetapi sebaliknya pada korban wajib.
Hikmah larangan memotong rambut dan kuku ini adalah supaya kekal sempurna anggota tubuh badan seseorang itu bagi membebaskan anggota tubuh badannya daripada api neraka. Sebahagian ulamak berpendapat bahawa ia bertujuan supaya kita menyerupai dengan orang yang sedang berihram sebagaimana disebut oleh Imam al-Nawawi. Pendapat kedua ini ditolak oleh sebahagian ulamak al-Syafโie kerana orang yang ingin melakukan korban masih boleh meniduri isterinya, memakai bau-bauan dan memakai pakaian berjahit, tidak sepertimana yang dilakukan oleh orang yang sedang berihram.
Hukum ini adalah terpakai bagi mereka yang ingin melakukan korban, bagi orang yang tidak melakukan korban maka tidak tertakluk pada hukum ini. Inilah pendapat para ulama: tentang perkara ini, masing-masing dengan pendapatnya. Justeru bolehlah kita memilih untuk mengikut salah satu daripadanya.
________________________________________