20/12/2023
Pada tanggal 17 Disember 2023 bersamaan 5 Jamadilakhir 1445, suatu sejarah telah dilakar yang mana buat julung kalinya melalui Permas Perhubungan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Selempang dan Watikah. Tujuan penganugerahan ini membawa kepada gelaran Tok Ayah, Paduka Tok Ayah, Ayahanda Kehormat, Paduka Kekanda, dan Abang Long. Tidak dilupakan penganugerahan ini juga diberikan kepada srikandi dalam pertubuhan ini yang membawa kepada gelaran Bonda dan Kak Long. Seramai 48 orang ahli daripada Permas Perhubungan Negeri Perak telah menerima pemakaian selempang dan penerimaan watikah pelantikan.
Semoga dengan penganugerahan dan penyampaian watikah dapat menyuntik motivasi kepada setiap penerima untuk terus bersemangat berkorban menabur bakti dalam menyemarakkan pembangunan pertubuhan. Ini selari juga untuk memantapkan lagi semangat cintakan agama, bangsa, tanah air serta mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu.