31/07/2026
PERWATIN menziarahi seorang ibu muda yang sedang diuji dengan kehilangan anak tercinta akibat kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk.
Tiada kata yang mampu menghapuskan kesedihan yang dirasai, namun semoga kunjungan kecil ini dapat membawa sedikit kekuatan, kasih sayang dan tanda bahawa beliau tidak bersendirian menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran yang indah, mengangkat darjat anak syurga itu, serta memberikan ketabahan dan kekuatan buat seluruh ahli keluarga. Aamiin. 🤲
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah: 6)