08/05/2026
Min faham beliau tidak bermaksud ingin mempertikaikan keadilan Tuhan, tetapi ia nada kepenatan dan kekecewaan yang teramat dalam bila realiti yang dilihat seolah-olah tidak selari dengan apa yang hati jangka akan berlaku (expectation).
Dari sudut akal, kita sering terikat dengan โhasil yang tampak di duniaโ, sedangkan dunia ini sendiri tidak memiliki nilai yang mutlak di sisi Allah. Hikmah yang Allah susun jauh lebih luas daripada kemampuan akal kita untuk benar-benar memahami keseluruhannya.
Dan satu hal penting min nak tegaskan, menjaga ibadah fardhu dan memperbanyak amal bukan bermaksud seseorang itu akan terlepas daripada ujian. Bahkan, ia tidak pernah menjadi jaminan hidup mudah di dunia. Allah tetap menguji siapa yang Dia kehendaki, dengan bentuk ujian yang berbeza-beza sesuai dengan hikmah-Nya.
Kalau kita lihat sejarah, para Nabi, insan yang paling hampir dengan Allah, merekalah yang menerima ujian paling berat, jauh melampaui apa yang kita lalui. Itu sendiri menjadi bukti bahawa ujian bukan tanda jauh atau dekatnya seseorang dengan Allah, tetapi tanda perjalanan seorang hamba menuju darjat yang Allah kehendaki untuknya.
Min teringat satu hadis sahih tentang seorang lelaki yang paling berat ujiannya di dunia, kemudian apabila dia dimasukkan ke dalam syurga walau hanya dengan satu celupan, dia terus lupa segala penderitaan hidupnya di dunia dahulu.
Dan dibawakan p**a seorang lelaki daripada ahli neraka yang paling banyak menikmati kesenangan ketika di dunia. Namun apabila dia dicelup ke dalam neraka walau seketika cuma, dia terus lupa seluruh nikmat dan kelapangan yang pernah dia rasa di dunia dahulu.
Hal ini menggambarkan betapa realiti akhirat itu benar-benar mengubah seluruh persepsi manusia terhadap hidupnya sendiri. Apa yang selama ini kita anggap besar di dunia, sama ada nikmat atau derita, semuanya akan menjadi terlalu kecil apabila dibandingkan dengan hakikat balasan di sisi Allah.
Moga hadis ini menjadi motivasi kita bersama agar tidak tertipu dengan kilauan dunia yang sementara, dan tidak tergesa-gesa menilai keadaan diri atau orang lain hanya berdasarkan apa yang terlihat di permukaan.
Sebaliknya, kita belajar untuk terus istiqamah walau diuji, yakin bahawa setiap sabar yang tersembunyi, setiap air mata yang tidak dilihat manusia, dan setiap usaha kecil menjaga ketaatan, semuanya tidak pernah sia-sia di sisi Allah.
-Admin UN-