Pertubuhan PDK Rumah SayangKu

Pertubuhan PDK Rumah SayangKu PERTUBUHAN PDK RUMAH SAYANGKU
NO 139 JALAN PANDAN 16, TAMAN DATO’ HORMAT, 42500 TELOK PANGLIMA GARANG. KUALA LANGAT.

PUSAT LATIHAN HARIAN ANAK-ANAK ISTIMEWA

PPDKRS Sebelum ini adalah bernama PDK Rumah SayangKu atau PDK Telok Panglima Garang

Selamat Hari Guru buat insan hebat pilihan Allah!Bukan mudah mendidik anak-anak istimewa , namun kesabaran dan kasih say...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat insan hebat pilihan Allah!

Bukan mudah mendidik anak-anak istimewa , namun kesabaran dan kasih sayang cikgu yang tanpa batas telah membuka dunia buat mereka.

Terima kasih kerana melihat keistimewaan di sebalik setiap kekurangan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa murni cikgu.
Terima kasih cikgu😘

SELAMAT HARI GURU πŸ’πŸ’•πŸ˜

Buat Ibu/Mama/Umi/Mak/Mummy/Bonda πŸ’ Mungkin mereka berbeza di mata dunia, tapi di matamu mereka tetap istimewa. Terima k...
09/05/2026

Buat Ibu/Mama/Umi/Mak/Mummy/Bonda πŸ’

Mungkin mereka berbeza di mata dunia, tapi di matamu mereka tetap istimewa.
Terima kasih kerana sabar mendidik anak syurga ini..
Semoga setiap titis air mata dan penat lelahmu dibalas dengan istana di syurga nanti..🀲

Terima kasih kerana tidak pernah menyerah kalah dengan setiap cabaran mereka. Cintamu yang tanpa syarat adalah kekuatan terbesar yang membuatkan mereka terus tersenyum setiap hari..πŸ’•

Terima kasih kerana meraikan setiap kemajuan kecil mereka seolah-olah ia adalah kemenangan dunia😍

Sesungguhnya kasih Ibu/Mama/Umi/Mak/Mummy/Bonda membawa ke syurga😘

⭐ SAMBUTAN HARI RAYA Pertubuhan PDK Rumah SayangKu  ⭐Alhamdulillah selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Ma...
11/04/2026

⭐ SAMBUTAN HARI RAYA Pertubuhan PDK Rumah SayangKu ⭐

Alhamdulillah selesai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026. Majlis dihadiri oleh Penyelaras Dun Sijangkang Datuk Zurihan Bin Hj Yusop, Penghulu Kanan Mukim Telok Panglima Garang En Mohammad Samsudin Bin Hj Satar, Ketua Kampung Telok Panglima Garang En Mohd Nazrie Bin Mohd Saad, Pengerusi Pertubuhan PDK Rumah SayangKu Telok Panglima Garang En Azizi Bin Masnan, Barisan AJK, Ibu dan Bapa serta Ahli Keluarga Pelatih.

πŸŒ™πŸŒŸ Pemenang Sedondon RayaπŸŒŸπŸŒ™

Tempat Ke 1-Keluarga Ibnu Yusuf
Tempat Ke 2-Keluarga Syaqeef
Tempat Ke 3-Keluarga Adam Aliff

Alhamdulillah, Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 telah berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan.
Semoga sambutan ini dapat mengeratkan ukhuwah dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga PPDK kita..

✨✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN✨✨

Bunga melur di tepi halaman,Harum mewangi di pagi hari,Hari raya eratkan hubungan,Silaturahim kekal abadiπ’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐑𝐀...
20/03/2026

Bunga melur di tepi halaman,
Harum mewangi di pagi hari,
Hari raya eratkan hubungan,
Silaturahim kekal abadi

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ
πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 ππ€π“πˆππŸŒŸ

Alhamdulillah Keluarga besar PPDK Rumah SayangKu Telok Panglima Garang berkumpul dalam Majlis IFTAR di Damai Steamboat &...
14/03/2026

Alhamdulillah
Keluarga besar PPDK Rumah SayangKu Telok Panglima Garang berkumpul dalam Majlis IFTAR di Damai Steamboat & Ikan Bakar

Melihat senyuman anak-anak,
melihat ibu bapa yang hadir bersama penuh rasa syukur..itulah kebahagiaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. ❀️

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyumbang dan sentiasa menyokong perjalanan anak-anak istimewa di PPDK..
Setiap sumbangan, setiap doa dan setiap kehadiran amat bermakna buat kami.

Semoga kebaikan yang dititipkan pada hari ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, dan semoga Ramadan ini membawa keberkatan buat kita semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada kami buatMatrix Flavours and Fragrances Sdn Bhd Dalam program CSR ...
14/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada kami buat
Matrix Flavours and Fragrances Sdn Bhd

Dalam program CSR tahun ini kami telah menerima peralatan kembali ke sekolah😍

Harapan kami agar jalinan kerjasama dan sokongan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada kami buatπŸ“ŒMalaysian Rubber Products Manufacturers AssociationπŸ“Œ Mal...
14/02/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada kami buat
πŸ“ŒMalaysian Rubber Products Manufacturers Association
πŸ“Œ Malaysia Rubber Glove Manufacturers Association

Dalam program CSR tahun ini kami telah menerima Mini Set Taman Permainan dan Dekorasi Taman Refleksologi..

Selain dari itu,kami juga telah di jemput untuk menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Pejabat Baru serta Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2025.

Harapan kami agar jalinan kerjasama dan sokongan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

JAWATAN KOSONG PERTUBUHAN PDK RUMAH SAYANGKU(PETUGAS PPDK /Pemulihan OKU)- Waktu Bekerja Isnin - Jumaat- Tempat kerja di...
14/01/2026

JAWATAN KOSONG PERTUBUHAN PDK RUMAH SAYANGKU

(PETUGAS PPDK /Pemulihan OKU)

- Waktu Bekerja Isnin - Jumaat
- Tempat kerja di Pertubuhan PDK Rumah SayangKu, Telok Panglima Garang
- EPF & SOCSO disediakan
- Elaun / Gaji RM1,200.00

1. PETUGAS PPDK (Guru)

Syarat-syarat :
- Minimum SPM
- Lelaki / Perempuan
- Sihat tubuh badan dan akal
- Umur 18 - 40 tahun
- Boleh ke kursus yang diarahkan Jabatan (JKM)
- Sayang anak-anak OKU
- Sabar dalam tugasan
- Mampu berkerjasama di luar waktu bekerja untuk pencarian dana
- Keutamaan bagi pemohon yang tinggal di sekitar Sijangkang & Mukim Telok Panglima Garang
- Mempunyai pengetahuan asas komputer (Word, Excel, PowerPoint)

Sekiranya berminat dan memenuhi syarat2 boleh dapatkan borang permohonan di Pejabat Penyelia Pertubuhan PDK Rumah SayangKu. Sila bawa resume dan sekeping gambar ukuran passport. Sebelum 27/01/2026.

Untuk Keterangan lanjut
Sila hubungi pihak Pertubuhan PDK Rumah SayangKu di talian +6019 - 790 0641

Terapi Pantai & Air (Sand Buried Therapy & Hydrotherapy) serta Jamuan Akhir Tahun Kelas A (Fisioterapi). Terapi ini digu...
05/11/2025

Terapi Pantai & Air (Sand Buried Therapy & Hydrotherapy) serta Jamuan Akhir Tahun Kelas A (Fisioterapi).

Terapi ini digunakan untuk:

* Merangsang sistem sensori (sentuhan & tekanan)

* Meningkatkan koordinasi dan kawalan tubuh

* Menenangkan emosi & mengurangkan stres

* Meningkatkan kepercayaan diri dan hubungan sosial

Manfaat Terapi Tanam Pasir

Sensori : Tekanan lembut dari pasir memberi rangsangan proprioseptif dan sentuhan, membantu kawalan tubuh dan kesedaran posisi badan.
Motor Kasar : Anak belajar menggerakkan badan sambil separuh tertanam, membantu kekuatan otot dan kawalan pergerakan.
Motor Halus : Menggali atau mengeluarkan diri dari pasir melatih kekuatan jari dan genggaman.
Emosi : Tekanan lembut dari pasir memberi kesan menenangkan (mirip pelukan), bantu kawal keresahan atau tingkah laku hiperaktif.
Sosial & Komunikasi : Bila dilakukan berpasangan atau berkumpulan, ia galakkan interaksi dan permainan sosial.

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS REMAJA 2025✨Alhamdulillah selesai sudah jamuan akhir tahun 2025 kita 😘 Terima kasih semua untuk...
17/10/2025

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAS REMAJA 2025✨

Alhamdulillah selesai sudah jamuan akhir tahun 2025 kita 😘

Terima kasih semua untuk sepanjang tahun ini didalam kelas kerana memberi komitmen masing-masing. Semoga ukhwah kita terus terjalin dan berkekalan. Mohon maaf seandainya ada terkurang terlebih dari kami.

Semoga tahun 2026 kita dapat bertemu lagi πŸ₯³βœŒπŸ»

Address

No. 139, Jalan Pandan 16, Taman Dato' Hormat
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00

Telephone

+60331228145

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan PDK Rumah SayangKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan PDK Rumah SayangKu:

Share