Komuniti Dakwah Tarbiah

Komuniti Dakwah Tarbiah Kami menggerakkan projek Dakwah Remaja, Pendidikan Qurani dan Bantuan Kemanusiaan pada masyarakat.
(1)

17/12/2025
17/12/2025
Ayuh ke Anugerah IKIM!
17/12/2025

Ayuh ke Anugerah IKIM!

PANGGILAN AKHIR!! 📣 📣

Nak dapatkan pas masuk PERCUMA ke ACI’25?✨

Imbas Kod QR ini, selepas itu daftar dan dapatkan pas masuk PERCUMA ke ACI'25.

Pas masuk PERCUMA ke ACI'25 dah tinggal sikit je..

Anugerah Carta IKIMfm 2025 diperkasakan oleh Komuniti Dakwah Tarbiah serta dijayakan oleh Insaf Insani dan Mardhiyyah Hotel & Suites

16/12/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Hadiah Untuk Asnaf baru-baru ini dengan kerjasama erat Mydin Subang Jaya, Masjid Al Falah USJ 9 & Masjid Al Irsyad USJ 1 🌙💛

Lebih ramai keluarga asnaf diraikan dengan pembelian barangan keperluan, senyuman anak-anak yang lama tak merasa “shopping” seperti orang lain, dan rasa dihargai sebagai tetamu istimewa, bukan sekadar penerima bantuan.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran istimewa Dato’ Amer Mydin dan Duta KDT, Saiful Apek, yang turun sendiri menyantuni para penerima dan memberikan kata-kata semangat.

Moga setiap infaq, tenaga dan sokongan anda menjadi asbab Allah lapangkan rezeki dan rahmat buat semua yang terlibat.
Teruskan bersama kami dalam menjayakan lebih banyak projek kasih untuk asnaf pada masa akan datang. 💛

Kita selalu salah anggap hijrah tu untuk orang kuat.Padahal kebanyakannya bermula sebab penat jadi diri yang lama.Ramada...
15/12/2025

Kita selalu salah anggap hijrah tu untuk orang kuat.
Padahal kebanyakannya bermula sebab penat jadi diri yang lama.
Ramadan ni bukan nak ubah semua. kita mula dengan selangkah dulu
setelah sekian lama, mari berhenti sekejap… dan kembali kepada-Nya




ACEH–SUMATERA LUMPUH.JIRAN KITA SEDANG SAKIT.Banjir besar yang melanda Aceh–Sumatera meragut ratusan nyawa, memusnahkan ...
15/12/2025

ACEH–SUMATERA LUMPUH.
JIRAN KITA SEDANG SAKIT.

Banjir besar yang melanda Aceh–Sumatera meragut ratusan nyawa, memusnahkan rumah, jalan dan kampung. Ramai keluarga tersadai tanpa tempat tinggal, makanan dan bekalan asas yang mencukupi.

Dengan izin Allah, melalui kempen Bantuan Kecemasan Aceh–Sumatera, KDT bersama rakan lapangan di Indonesia telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa yang terkesan.

📊 Berikut adalah rumusan bantuan yang telah kami sampaikan

Namun, keperluan masih banyak dan tempoh pemulihan masih panjang.
🤲 Jemput anda menyumbang agar lebih banyak keluarga dapat dibantu, lebih banyak harapan dapat dihidupkan.

🔗 Jom infaq: https://komunitidakwahtarbiah.org/order/form/webbencanasumatera/TeleMain

🕊️ Kecil di tangan kita, besar di sisi Allah dan sangat bererti untuk mereka di sana.

Laju! Daftar sekarang! ⚡⚡⚡
14/12/2025

Laju! Daftar sekarang! ⚡⚡⚡

Nah Kod QR untuk dapatkan pas masuk PERCUMA ke ACI’25?✨

Imbas Kod QR ini, selepas itu daftar dan dapat pas masuk PERCUMA ke ACI'25.

Mudah je, siapa cepat dia dapat. Pas masuk TERHAD ya!

Anugerah Carta IKIMfm 2025 diperkasakan oleh Komuniti Dakwah Tarbiah serta dijayakan oleh Insaf Insani dan Mardhiyyah Hotel & Suites

KDT & Bumi Mikraj menghantar 2 orang wakil bagi menghadiri Program Sidang Pemerkasaan Pengurusan Anak Yatim Nusantara & ...
12/12/2025

KDT & Bumi Mikraj menghantar 2 orang wakil bagi menghadiri Program Sidang Pemerkasaan Pengurusan Anak Yatim Nusantara & Solidariti Anak Yatim Gaza.

10 Disember merupakan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia dan melihat pada realiti hari ini, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi membantu saudara-saudara kita yang dizalimi.

Dianggarkan sebanyak 50,000 anak yatim di Gaza dan 140,000 anak yatim di sekitar Nusantara yang menjadi amanah buat kita semua dalam menguruskan mereka dengan cara yang terbaik.

Anak yatim adalah amanah buat kita sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi ﷺ mengisyaratkan dengan dua jari baginda ﷺ) di syurga”.
Riwayat Muslim, 2983

Moga kerjasama KDT, Ihsanku dan pihak-pihak yang hadir pada hari ini akan memberi ruang pembangunan anak yatim yang lebih komprehensif dan bakal melahirkan pemimpin masa hadapan yang lebih gemilang.



70 Hari Menuju Ramadan 2026/1447HRAMADAN DALAM AMALAN PARA SAHABATPersediaan menyambut Ramadan bukan sahaja disebut dala...
09/12/2025

70 Hari Menuju Ramadan 2026/1447H

RAMADAN DALAM AMALAN PARA SAHABAT

Persediaan menyambut Ramadan bukan sahaja disebut dalam hadis Nabi SAW, tetapi juga tergambar melalui amalan para sahabat.

Sebagai contoh, Saidina Umar Al-Khattab mengimarahkan suasana masjid dengan menghidupkan lampu-lampu dan memperbanyakkan bacaan al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Perbuatan beliau ini mendapat pujian daripada Saidina Ali yang berkata:

نَوّرَ الله لَكَ يَا ابْنَ الخَطَّاب فِي قَبْرِكَ كَمَا نَوَّرتَ مَسَاجِدَ الله بِالقُرآنِ

“Mudah-mudahan Allah menerangi kuburmu, wahai Umar Ibn al-Khattab, seperti mana engkau menerangi masjid-masjid Allah dengan al-Quran.”
(Kanz al-ʿUmmāl, no: 23477)

cc: Dr Ahmad Sanusi

Mari kita mula persediaan menyambut Ramadan dengan memperbanyakkan taubat, meningkatkan amalan harian, dan merancang ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Selagi hidup, manusia berada dalam medan ujian: diuji dengan rasa takut dan harapan, susah dan senang, rezeki dan kesemp...
06/12/2025

Selagi hidup, manusia berada dalam medan ujian: diuji dengan rasa takut dan harapan, susah dan senang, rezeki dan kesempitan, serta pilihan harian yang menentukan jalan hidupnya. Tanggungjawab sebagai anak, pasangan, ibu bapa, pekerja, dan hamba Allah.

Namun apabila ajal tiba, semuanya berhenti. Tiada lagi beban dunia, kerisauan, atau urusan yang perlu diselesaikan. Pada saat yang sama, pintu amal juga tertutup. Yang tinggal hanyalah bekal yang pernah dikumpul dan rahmat Allah yang diharap.

Sebab itu, kematian adalah peringatan yang real untuk orang yang masih bernyawa. Kita yang melihat kematian perlu beringat: giliran kita pasti tiba, namun tidak tahu bila. Maka jangan jadikan hidup sekadar rutin dan alasan. Jadikan ia peluang untuk memperbaiki solat, menjaga lidah, melunaskan amanah, memohon maaf, memberi kebaikan, dan kembali kepada Allah dengan hati yang lebih tunduk.

Moga kita sempat membuat persiapan sebelum ujian ini berakhir.

05/12/2025

Address

50-1, Jalan Aman Sinaria 4, Bandar Tropicana Aman
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601156751448

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Dakwah Tarbiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti Dakwah Tarbiah:

Share