KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI

Directions

KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI, Community Organization, Jalan Sijangkang 5, Telok Panglima Garang.

Peranan utama KRT TSI adalah menggalakkan penganjuran seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan, pendidikan dan keselamatan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi di kawasan kejiranan Taman Sijangkang Indah.

25 September 2026 (Jumaat)Selepas maghrib.Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat bg anak2 ahli yg akan mengambil p...
03/10/2026

25 September 2026 (Jumaat)
Selepas maghrib.

Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat bg anak2 ahli yg akan mengambil peperiksaan.

28 Jun 2026 ( Ahad)13 Muharam 1448HProgram goyong royong masak bubur Asyura oleh KRT TSI.Mula jam 8.30 pg - 3.30 ptg sel...
03/10/2026

28 Jun 2026 ( Ahad)
13 Muharam 1448H

Program goyong royong masak bubur Asyura oleh KRT TSI.
Mula jam 8.30 pg - 3.30 ptg selesai edar bubur.
Masak makan tengahari dan potong kek hari lahir ahli bulan Jan - Jun. Sempat juga buat tahlil ringkas untuk arwah ahli keluarga.

1 Jun 2026'Briskwalk' gang KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI .Done 2.6 km. Ada yang buat 5.2km. Terbaik semua.Moga sa...
01/06/2026

1 Jun 2026

'Briskwalk' gang KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI .
Done 2.6 km. Ada yang buat 5.2km. Terbaik semua.
Moga sama2 cergas dan sihat.

Majlis Gotong‑Royong Program Ibadah Korban Taman Sijangkang Indah 2026 / 1447H || Sabtu, 30 Mei 2026.Syukur Alhamdulilla...
30/05/2026

Majlis Gotong‑Royong Program Ibadah Korban Taman Sijangkang Indah 2026 / 1447H || Sabtu, 30 Mei 2026.

Syukur Alhamdulillah, program ibadah korban tahun ini berjalan lancar dengan suasana penuh semangat dan ukhuwah.

Suasana pagi tadi sungguh meriah dengan semangat perpaduan dan kerjasama daripada semua yang hadir dari proses menyembelih, melapah, memotong daging, pengagihan daging dan rewang memasak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para peserta korban serta semua penduduk taman yang meluangkan masa dan tenaga menjayakan program ini.

Program diakhiri dengan sesi jamuan makan beramai-ramai. Rezeki makan bersama ini membuatkan hubungan kejiranan kita semakin erat.

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing." Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ibadah korban kita semua diterima oleh Allah SWT dan diberkati-Nya dan segala usaha kita menjadi asbab keberkatan dan perpaduan dalam masyarakat.

TELOK PANGLIMA GARANG, 9 MEI 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan KRT Taman Sijangkang Indah dan Pemilihan AJK KRT Sesi 2026-2...
13/05/2026

TELOK PANGLIMA GARANG, 9 MEI 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan KRT Taman Sijangkang Indah dan Pemilihan AJK KRT Sesi 2026-2029 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Kabin KRT TSI. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dengan komitmen dan sokongan ahli-ahli KRT TSI dalam memastikan pengurusan KRT TSI sentiasa berada di tahap terbaik.

Mesyuarat telah disempurnakan dan disaksikan oleh Tuan Khairul Anzar bin Kamarudin selaku Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan pembubaran AJK Utama Sesi 2024/2025 dan pemilihan serta pelantikan baru AJK Utama Sesi 2026/2029. Beliau juga menyeru agar KRT TSI terus mengekalkan komitmen dan momentum tadbir urus yang baik seterusnya bergerak aktif demi komuniti setempat.

Tahniah kepada semua barisan jawatankuasa baharu yang telah dilantik. Semoga KRT TSI terus cemerlang demi perpaduan dan kebajikan penduduk Taman Sijangkang Indah.



✨ Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Sijangkang Indah 2026 ✨- 17 April 2026 (Jumaat)Alhamdulillah, malam terakhi...
18/04/2026

✨ Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Sijangkang Indah 2026 ✨
- 17 April 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, malam terakhir Aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh kemeriahan melalui Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri TSI 2026. Kehadiran yang begitu ramai daripada penduduk TSI dan Kariah Surau Hj Mansur serta jiran setempat Lorong Sentosa telah menyerikan lagi suasana, membuktikan kuatnya semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Gelak tawa, juadah yang pelbagai, serta suasana harmoni jelas mencerminkan nilai ukhuwah dan kemuafakatan yang kita bina bersama. Inilah keindahan sebenar Aidilfitri—bukan sekadar perayaan, tetapi medan mengeratkan silaturahim sesama jiran.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan turut menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun di belakang tabir. Semoga kenangan indah ini terus kekal dalam ingatan kita semua.

Inshaa Allah, kita bertemu lagi di Syawal yang akan datang dengan kemeriahan yang lebih bermakna. 🌙✨

31 Disember 2025 ( Khamis)9.00 malamMalam di ambang Tahun Baru 2026, KRT TSI menganjurkan Majlis Yassin dan Tahlil yang ...
01/01/2026

31 Disember 2025 ( Khamis)
9.00 malam

Malam di ambang Tahun Baru 2026, KRT TSI menganjurkan Majlis Yassin dan Tahlil yang diketuai oleh Tuan Zahid. T kasih buat semua yang hadir. Moga pada tahun 2026, ikatan ukhwah ahli KRT TSI akan bertambah erat lg dan semua saling bekerjasama demi menjayakan aktiviti KRT.

22/12/2025

14 Dis 2025 (Ahad) - (Video Version)
Program Keluarga KRT TSI Sihat Cergas Bahagia
Bermula seawal jam 7.30 pg aktiviti 'briskwalk' dijalankan. Bertempat di Jalan Taliair Pusat Rekreasi Paya Bakau , Kg Sijangkang.

Makan dan rehat sebentar di kabin KRT TSI.

9.00 pg - Aktiviti 'Scavenger hunt'. Aktiviti keluarga.
9.20 pg - Sukaneka kanak- kanak 'outdoor' dan 'indoor' games (3 - 12 tahun)
10.20 pg - Acara mewarna kanak- kanak 2 kategori:
3-6 tahun
7-12 tahun
10.40 pg - Sukaneka dewasa. 4 kumpulan (4 org)
11.00 pg - Teka teki (Terbuka)
12.00 tghri - Penyampaian hadiah kpd pemenang
12.30 tghri - Program tamat

Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia dan seluruh ahli KRT TSI dan keluarga yg telah memberikan kerjasama bg program ini. Moga ukhwah terus terjalin antara ahli dan kita semua sentiasa sihat, cergas dan bahagia.

14 Dis 2025 (Ahad)Program Keluarga KRT TSI Sihat Cergas BahagiaBermula seawal jam 7.30 pg aktiviti 'briskwalk' dijalanka...
20/12/2025

14 Dis 2025 (Ahad)
Program Keluarga KRT TSI Sihat Cergas Bahagia

Bermula seawal jam 7.30 pg aktiviti 'briskwalk' dijalankan. Bertempat di Jalan Taliair Pusat Rekreasi Paya Bakau , Kg Sijangkang.

Makan dan rehat sebentar di kabin KRT TSI.

9.00 pg - Aktiviti 'Scavenger hunt'. Aktiviti keluarga.
9.20 pg - Sukaneka kanak- kanak 'outdoor' dan 'indoor' games (3 - 12 tahun)
10.20 pg - Acara mewarna kanak- kanak 2 kategori:
3-6 tahun
7-12 tahun
10.40 pg - Sukaneka dewasa. 4 kumpulan (4 org)
11.00 pg - Teka teki (Terbuka)
12.00 tghri - Penyampaian hadiah kpd pemenang
12.30 tghri - Program tamat

Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia dan seluruh ahli KRT TSI dan keluarga yg telah memberikan kerjasama bg program ini. Moga ukhwah terus terjalin antara ahli dan kita semua sentiasa sihat, cergas dan bahagia.

Address

Jalan Sijangkang 5
Telok Panglima Garang
42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Sijangkang Indah - KRT TSI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share