Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung atau JPKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JPKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara. Ahli JPKK dilantik oleh Ketua Menteri berdasarkan cadangan dari para ADUN atau Pengerusi Japerun. Cadangan ini kemudiannya di sahk
an oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pegawai Daerah. Tanggungjawab JPKK :
* Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung;
* Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO);
* Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO;
* Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil yang lain;
* Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali;
* Setiausaha perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya. Biro atau Jawatankuasa Kecil JPKK adalah seperti berikut :
* Jawatankuasa Kecil Kebajikan
* Jawatankuasa Keselamatan
* Jawatankuasa Kecil Pendidikan
* Jawatankuasa Kecil Agama
* Jawatankuasa KecilPertanian
* Jawatankuasa Kecil Keusahawanan dan Kejayai
* Jawatankuasa Kecil Belia dan Sukan
* Jawatankuasa Kecil Seranta
Biro atau Jawatankuasa Kecil JPKK di atas di ketuai oleh Pengerusi JPKK dan di bantu oleh AJK Kecil yang dipilih.