15/05/2024
"Apa itu WEJANA?"
Program Penjanaan Pendapatan Wanita adalah bertujuan membimbing wanita kumpulan sasar untuk menjana dan meningkatkan pendapatan kendiri, memberi latihan yang sistematik dalam melaksanakan perniagaan dan membina jaringan di antara kumpulan sasar wanita supaya dapat menyokong antara satu sama lain.
"Apa latihan yang akan diberikan?"
Konsep latihan adalah Pembentangan Produk & Semakan Realiti, Teknikal Sebagai Usahawan, Nilai Tambah Sebagai Seorang Usahawan dan Bimbingan.
Dengan kerjasama Tinta Tular, akan ada satu slot latihan bertajuk 7 Rahsia Penulisan Tular di Media Sosial yang akan diajar oleh Tuan Harris Nasril, pempengaruh media sosial.
"Bila program ini akan diadakan?"
Ia akan diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2024. Dalam tempoh 3 hari 2 malam, peserta akan menjalani latihan dan perlu menginap di tempat yang disediakan. Program bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 10 malam.
"Apa syarat-syarat penyertaan?"
1. Wanita warganegara Malaysia (keutamaan kepada ibu tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita)
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Menjalankan perniagaan kurang daripada 3 tahun
4. Belum pernah menyertai Program WEJANA sebelum ini
5. Keutamaan bidang perniagaan makanan dan minuman, perkhidmatan dan kraf kreatif
"Bila tarikh tutup penyertaan?"
31 Mei 2024 sebelum jam 4.00 petang
"Bagaimana untuk saya mendaftar program ini?"
Pautan borang pendaftaran ada di ruang komen.