Abdul Halim Suleiman

Directions

Abdul Halim Suleiman •AHLI DEWAN NEGARA
•ADUN N40 TIRAM
•KETUA UMNO BAHAGIAN TEBRAU
(1)

JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR | AHLI MAJLIS ZON CAHAYA BARU / TANJUNG LANGSATAlhamdulillah, malam ini saya berkes...
16/10/2026

JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR | AHLI MAJLIS ZON CAHAYA BARU / TANJUNG LANGSAT

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir bersama masyarakat setempat dalam Program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor bagi Zon Cahaya Baru / Tanjung Langsat.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ahli Majlis Zon, Hj Malik bin Mahmood, sebelum saya turut menyampaikan ucapan dengan menzahirkan komitmen untuk membawa perubahan dan pembangunan yang lebih baik demi masa depan Kampung Cahaya Baru.

Insya-Allah, segala usaha dan perancangan akan terus diperkasakan bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, di samping mendengar suara serta memahami keperluan masyarakat setempat.

Turut hadir Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Penghulu Mukim Plentong, ketua-ketua kampung, Ketua Wanita UMNO Tebrau, Ketua Penerangan UMNO Tebrau, Bendahari UMNO Tebrau, barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta ketua-ketua cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga jalinan silaturahim dan kerjasama erat antara pemimpin dengan masyarakat terus diperkukuh demi kemajuan dan kesejahteraan Bangsa Johor.

Bersama kita membawa perubahan, membina harapan dan menghebatkan Cahaya Baru!

SOLAT JUMAAT & INFAQ JUMAAT JOHOR | MASJID AL-FIRDAUS, TAMAN PASIR PUTIHAlhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menun...
16/10/2026

SOLAT JUMAAT & INFAQ JUMAAT JOHOR | MASJID AL-FIRDAUS, TAMAN PASIR PUTIH

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Firdaus, Taman Pasir Putih, di samping menyertai inisiatif Infaq Jumaat Johor.

Semoga inisiatif ini menjadi salah satu usaha untuk menyemarakkan budaya bersedekah, menyuburkan semangat keprihatinan dan membantu mereka yang memerlukan, khususnya dalam kalangan masyarakat setempat.

Sesungguhnya, setiap infaq dan sedekah yang dihulurkan dengan ikhlas merupakan amalan mulia yang membawa keberkatan serta manfaat kepada ummah.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah dan infaq kita, melimpahkan rezeki yang berkat serta mempermudahkan segala urusan kita semua.

Jumaat yang penuh keberkatan, berkongsi rezeki demi kesejahteraan bersama. 🤲🏻

JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR | PPR SUNGAI TIRAMAlhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir memeriahkan pro...
15/10/2026

JALINAN KASIH SEKAMPUNG BANGSA JOHOR | PPR SUNGAI TIRAM

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir memeriahkan program Jalinan Kasih Sekampung Bangsa Johor yang berlangsung di PPR Sungai Tiram.

Majlis berlangsung dengan cukup meriah, diserikan dengan kehadiran masyarakat setempat yang bersama-sama memeriahkan program ini. Program seumpama ini amat bermakna dalam mengeratkan hubungan silaturahim, menyemai semangat kebersamaan serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan komuniti.

Turut bersama saya ialah Yang Dipertua JUITA Negeri Johor, Ahli Majlis Zon Sungai Tiram, Ketua Kampung Sungai Tiram serta barisan pemimpin setempat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ) atas penganjuran program yang cukup baik ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.

Bersama kita eratkan silaturahim, perkukuh perpaduan dan terus menyemarakkan semangat Bangsa Johor!

LAWATAN KE LOKASI KEBAKARAN TEMPAT PENYIMPANAN FOAM, KG. PASIR PUTIHTengah hari ini, saya turun padang meninjau lokasi t...
15/10/2026

LAWATAN KE LOKASI KEBAKARAN TEMPAT PENYIMPANAN FOAM, KG. PASIR PUTIH

Tengah hari ini, saya turun padang meninjau lokasi tempat penyimpanan foam di Kampung Pasir Putih yang terlibat dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Dimaklumkan bahawa pihak bomba telah berada di lokasi sejak jam 10.00 malam tadi dan masih meneruskan operasi sehingga tengah hari ini bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

Dalam lawatan tersebut, saya turut menerima taklimat daripada Tuan Azhar, wakil pihak bomba yang berada di lokasi, berhubung situasi semasa serta tindakan yang sedang dilaksanakan.

Pihak bomba turut menerima bantuan daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), khususnya dari segi penyediaan jentera jengkaut bagi membantu melancarkan operasi di kawasan kebakaran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak bomba serta MBPG atas segala usaha, komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menangani kejadian ini.

Terima kasih juga kepada Ahli Majlis Zon Tg Puteri Saudara Haziq Zakaria, serta Ketua Kampung Pasir Putih Tok Jazlan, yang turut bersama-sama turun padang dan membantu dalam urusan berkaitan.

Semoga segala urusan pasukan penyelamat dipermudahkan dan operasi dapat dilaksanakan dengan lancar. Sama-sama kita mendoakan agar keadaan kembali terkawal serta keselamatan semua pihak sentiasa terpelihara.

Prihatin, cakna dan sentiasa bersama masyarakat.

SEMARAK MAGHRIB DAN ISYAK | SURAU AR RAUDAH, TAMAN BUKIT TIRAMAlhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir bersama-...
14/10/2026

SEMARAK MAGHRIB DAN ISYAK | SURAU AR RAUDAH, TAMAN BUKIT TIRAM

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir bersama-sama jemaah dalam program Semarak Maghrib dan Isyak di Surau Ar Raudah, Taman Bukit Tiram.

Program dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti kuliah ringkas sebagai pengisian rohani, seterusnya solat Isyak berjemaah dan jamuan makan bersama-sama para jemaah.

Turut bersama ialah Penggerak Masjid dan Surau DUN Tiram, Ketua Kampung Oren, barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau serta ketua-ketua cawangan berdekatan.

Semoga program seumpama ini terus menyemarakkan rumah Allah, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk setempat.

Insya-Allah, semoga setiap usaha mengimarahkan masjid dan surau mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT.

Alhamdulillah, pagi ini saya hadir sebagai Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor bagi Program Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fa...
13/10/2026

Alhamdulillah, pagi ini saya hadir sebagai Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Johor bagi Program Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 (Rayuan) bagi DUN Puteri Wangsa yang berlangsung di Dewan Taman Pelangi Indah.

Seramai 1,925 orang penerima terlibat dalam program ini yang merangkumi beberapa kategori, iaitu warga emas berumur 60 tahun ke atas, penerima e-Kasih dan ketua keluarga miskin serta penerima Bantuan Am.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan bagi meringankan beban kehidupan seharian.

Turut hadir bersama ialah Penghulu-Penghulu Mukim Tebrau, Plentong dan Sungai Tiram, Ahli-Ahli Majlis MBJB dan MBPG, ALPA YBJB, Ketua-Ketua Kampung, barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau serta Ketua-Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memberikan manfaat kepada para penerima dan keluarga, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

Rakyat Didahulukan, Kebajikan Diutamakan.






SEMARAK MAGHRIB & ISYAK DI SURAU NUR HIDAYAH, KG BUKIT DAGANGAlhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir bersama-s...
12/10/2026

SEMARAK MAGHRIB & ISYAK DI SURAU NUR HIDAYAH, KG BUKIT DAGANG

Alhamdulillah, malam ini saya berkesempatan hadir bersama-sama jemaah dalam program Semarak Maghrib dan Isyak di Surau Nur Hidayah, Kampung Bukit Dagang.

Program ini dimulakan dengan solat fardu Maghrib secara berjemaah, diikuti kuliah agama, seterusnya solat fardu Isyak berjemaah dan jamuan bersama-sama para jemaah.

Turut bersama dalam program ini ialah Penggerak Masjid dan Surau DUN Tiram, Ahli Majlis Zon Sungai Tiram, serta ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan yang berdekatan.

Semoga program seumpama ini terus menyemarakkan pengimarahan masjid dan surau, mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat serta menjadi wadah untuk kita bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Insya-Allah, semoga setiap usaha mengimarahkan rumah Allah mendapat keberkatan dan ganjaran daripada-Nya.

Alhamdulillah, pagi ini saya hadir ke Program Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 bagi DUN Tiram yang berlangsung di Dewan ...
12/10/2026

Alhamdulillah, pagi ini saya hadir ke Program Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 bagi DUN Tiram yang berlangsung di Dewan Cahaya Masai.

Program hari ini melibatkan penerima daripada kategori Warga Emas berusia 60 tahun ke atas, penerima eKasih / Ketua Keluarga Miskin serta Penerima Bantuan Am.

Bagi DUN Tiram, seramai 4,465 orang penerima terlibat dalam inisiatif ini. Semoga bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban, membantu keperluan harian serta membawa manfaat kepada penerima dan keluarga masing-masing.

Turut hadir bersama ialah Penolong Pegawai Daerah JB, Penghulu Tertinggi Daerah JB, Penghulu-Penghulu Mukim Tebrau, Sungai Tiram dan Plentong, Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Majlis MBPG dan MBJB, penggerak masjid dan surau DUN Tiram serta Ketua-Ketua Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan program ini demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan.

PERINGATAN MESRA: BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) – DUN PUTERI WANGSAJangan lupa! Kepada semua penerima Bantuan Kasih Johor (B...
11/10/2026

PERINGATAN MESRA: BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) – DUN PUTERI WANGSA

Jangan lupa! Kepada semua penerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi DUN N41 Puteri Wangsa, sila hadir mengikut ketetapan berikut.

📅 Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Dewan Taman Pelangi Indah

Kategori penerima:
✅ Warga Emas berumur 60 tahun ke atas
✅ E-Kasih / Ketua Keluarga Miskin
✅ Penerima Bantuan Am

📌 PERINGATAN PENTING!

Penerima diminta membawa 1 salinan Kad Pengenalan (IC) masing-masing.

Bagi wakil penerima, sila bawa dokumen berikut:
📄 1 salinan Kad Pengenalan (IC) wakil
📄 1 salinan surat beranak atau salinan sijil nikah
📄 1 salinan Kad Pengenalan (IC) penerima

Mohon semua penerima memastikan dokumen yang diperlukan dibawa bagi melancarkan urusan penyerahan bantuan.

Semoga inisiatif Bantuan Kasih Johor ini terus memberi manfaat dan meringankan beban rakyat, selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk menjaga kebajikan rakyat.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua. 🤝

MAJLIS SANTUNI PELAJAR KELAS TUISYEN SPMAlhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Santuni Pelajar K...
11/10/2026

MAJLIS SANTUNI PELAJAR KELAS TUISYEN SPM

Alhamdulillah, petang ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Santuni Pelajar Kelas Tuisyen SPM yang diadakan di Pusat Komuniti Jalan Dukong, dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang, Rukun Tetangga, JPKZ Kota Masai 3 dan Jabatan Perpaduan Negara.

Program ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam menyantuni para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, di samping memberikan sokongan, dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Turut bersama ialah Ahli Majlis Kawasan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau serta ketua-ketua cawangan.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan mampu menjadi kebanggaan keluarga serta masyarakat.

Semoga semua calon SPM dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Address

Tebrau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abdul Halim Suleiman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share