16/07/2025
*copypaste*
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN SERIAN TAHUN 2025
Disediakan Oleh : MNN, JBSN Sarawak
SERIAN, 15 JULAI 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Serian dan telah melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Serian Tahun 2025 bertempat di Tingkat 5, Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Serian. Majlis tersebut dipengerusikan oleh Tuan Abdul Khalid Bin Manap, Timbalan Residen Bahagian Serian mewakili Residen Bahagian Serian. Turut hadir bersama Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Sarawak. Majlis Perundingan Belia Negara ini juga dihadiri jemputan daripada ketua jabatan kerajaan, saberkas cawangan,dan persatuan/kelab belia bahagian Serian.
Majlis Perundingan Belia Negara yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), merupakan sesi libat urus dan persidangan intelektual yang menghubungkan pemimpin pertubuhan belia negeri dan kebangsaan dengan wakil-wakil Kementerian dan Agensi Persekutuan. Majlis Perundingan Belia Negara juga berfungsi sebagai platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia serta mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi Kerajaan.
Pelbagai usul dan isu dibentangkan oleh wakil dari Persatuan/Kelab Belia yang ada di Bahagian Serian berserta maklum balas daripada pihak kerajaan semasa persidangan tersebut bagi mencapai satu kata sepakat untuk menjadikan suara belia sebagai satu input penting dalam memangkinkan pembangunan negara dan masyarakat secara holistik selari dengan matlamat Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030. Akhir kata, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Serian Tahun 2025