Kelana Udara A Balung

Kelana Udara A Balung Scouting For Life.. .

31/07/2025
05/05/2024
Assalamualaikum dan salam pengakap.⚜️🇲🇾Segulung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Cik Sakinah Diyana atas Pentauliah...
05/05/2024

Assalamualaikum dan salam pengakap.⚜️🇲🇾

Segulung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Cik Sakinah Diyana atas Pentauliahan Wood Begder (Manik Kayu) yang baru sahaja berlangsung semalam pada tarikh 4 Mei 2024 bertempat di Raia Hotel Kota Kinabalu Sabah.

Penglibatan kursus ini, melibatkan ramai pasukan pengakap daripada pelosok di Sabah. Dalam program tersebut, ianya telah melahirkan pemimpin profesional dan berkebolehan tinggi. Majlis yang penuh gilang gemilang tersebut telah di rasmikan oleh Dato Ellron Alfred Angin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan.

Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Cik Sakinah Diyana kerana atas komitmen yang diberikan.

Semoga dengan itu ia dapat dicontohi oleh generasi yang bakal menerajui kumpulan Pengakap Kelada Udara A Balung untuk terus bergiat aktif sekali gus memberikan impak positif bukan sahaja daripada diri sendiri malah dalam kalangan ahli kumpulan juga.

05/05/2024

Assalamualaikum dan salam pengakap.⚜️🇲🇾

Segulung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Cik Sakinah Diyana atas Pwntauliahan Wood Begder (Manik Kayu) yang baru sahaja berlangsung semalam pada tarikh 4 Mei 2024 bertempat di Raia Hotel Kota Kinabalu Sabah.

Penglibatan kursus ini, melibatkan ramai pasukan pengakap daripada pelosok di Sabah. Dalam program tersebut, ianya telah melahirkan ramai pelatih profesional dan berkebolehan tinggi. Majlis yang penuh gilang gemilang tersebut telah di rasmikan oleh Dato Ellron Alfred Angin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan.

Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Cik Sakinah Diyana kerana atas komitmen yang diberikan.

Semoga dengan itu ia dapat dicontohi oleh generasi yang bakal menerajui kumpulan Pengakap Kelada Udara A Balung untuk terus bergiat aktif sekali gus memberikan impak positif bukan sahaja daripada diri sendiri malah dalam kalangan ahli kumpulan juga.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya...
31/03/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Program Ihya Ramadan 2.0 yang dianjurkan oleh Kelana Udara A Balung, PPMCS Daerah Balung dan Jawatankuasa Masjid Nurul Awal Kampung Sungai Apas telah berakhir dengan hasil yang cukup memuaskan.

Pada 30 Mac 2024 lalu, sebanyak 250 tapau bubur lambuk telah pun diagihkan kepada masyarakat kampung Sungai Apas khususnya kepada golongan asnaf. Keberjayaan program ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu sokongan penuh Pesuruhjaya Daerah Balung, Skip Muliyadi Mustapa dan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Awal serta partisipasi orang kampung Kg Sungai Apas.

Selain itu, kami juga turut melimpahkan rasa terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi nikmat untuk diberikan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami daripada keluarga Kelana Udara A Balung akan memastikan segala dana yang diperoleh akan diuruskan dengan telus dan saksama.

Akhir kata, kami memohon keampunan jika ada kesilapan atau ketidakpuasan yang terjadi sepanjang berjalannya program ini. Sebarang kesilapan dan penambahbaikan bolehlah disalurkan terus kepada kami melalui aplikasi Messenger untuk disuarakan pada sesi post-mortem yang akan diadakan kelak. Terima Kasih!





Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GABE...
13/03/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!

Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau (GABETA) telah memulakan langkah mereka di bulan ramadan ini dengan menyalurkan bantuan kepada masyarakat di bahagian Tawau bermula di Kampung Kongsi 8.

Gerakan bantuan yang bertarikh 13 Mac 2024 ini dibantu oleh Persatuan Belia Kampung Kongsi 8 dan Pengakap Kelana Udara A Balung. Keprihatinan pihak GABETA pada bulan yang mulia ini amatlah memberi kesan kepada masyarakat yang memerlukan dan seharusnya diberikan pujian.

Gerakan yang bertajuk Kasih GABETA Edisi Ramadan 2024 ini bermula pada hari ini dan berakhir pada 16 Mac 2024 dan akan dibantu oleh belia kampung yang terlibat. Terima Kasih GABETA atas usaha tidak terbalaskan ini.




Assalamualaikum, Salam Pengakap, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!Ramadhan adalah merupakan bulan suci dalam aga...
12/03/2024

Assalamualaikum, Salam Pengakap, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!

Ramadhan adalah merupakan bulan suci dalam agama Islam. Ini adalah bulan kesembilan dalam kalender Islam.

Selamat menyambut bulan suci Ramadhan daripada keluarga Kelana Udara A Balung. Semoga kita semua diberkahi dengan keberkahan dan rahmat-Nya. Marhaban Ya Ramadhan.

Marilah kita jadikan Ramadan ini titik awal dalam hidup untuk memulai yang baru. Dengan segala kerendahan hati, mohon maaf lahir dan batin. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa 2024.

11/03/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pengakap!

Kami kongsikan dalam bentuk video sedikit cuplikan kronologi menarik sepanjang perkhemahan berlangsung.

Persetiaan didalam air yang dapat dilihat melalui video tersebut menjadikan persetiaan pengakap ini lebih bersifat sakral dan keramat. Memandangkan ianya dilakukan secara spontan, kami juga terkejut dengan efek meremang setelah melihat video ini.

Apapun tahniah kepada semua urusetia dan peserta Perkhemahan Mengenal Diri bagi sesi 2024.

Address

Tawau

Telephone

+601140094038

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelana Udara A Balung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelana Udara A Balung:

Share