JPP IPG Kampus TAWAU

JPP IPG Kampus TAWAU Selamat Datang ke page rasmi facebook JawatanKuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

*[22 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**HEBAHAN SEMULA: GOTONG-ROYONG PERDANA ๐Ÿงน*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabar...
30/07/2026

*[22 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*HEBAHAN SEMULA: GOTONG-ROYONG PERDANA ๐Ÿงน*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Untuk pengetahuan siswa guru, *Gotong-royong Perdana* akan diadakan pada ketetapan yang berikut:

๐Ÿ“Tarikh : 24 Julai 2026
๐Ÿ“Hari : Jumaat
๐Ÿ“Tempat : Kolej kediaman pelajar masing-masing.

๐Ÿ“Œ Oleh itu, setiap siswa guru diminta untuk menjalankan tanggungjawab dan memberikan kerjasama yang baik untuk membersihkan *bilik sendiri* dan *bilik-bilik khas* seperti *bilik gosok, pantri dan sebagainya.*

๐Ÿ“Œ Penglibatan penghuni kolej kediaman adalah *wajib*.

๐Ÿ“Œ Kebenaran untuk *pulang bermalam* hanya akan diluluskan untuk pulang *selepas gotong-royong selesai.*

Sekian, terima kasih.

_*PRIHATIN, AKTIF DAN PROGRESIF*_

```SINERGI TRANSFORMASI LEGASI```
*BIRO KOLEJ KEDIAMAN*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU*
*SESI 2026/2027*

*[26 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**APRESIASI PENCAPAIAN SISWA GURU ๐Ÿ†*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
30/07/2026

*[26 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*APRESIASI PENCAPAIAN SISWA GURU ๐Ÿ†*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Tawau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada *Muhammad Aqil Farhan bin Mahadi* atas kejayaan meraih gelaran *Naib Johan* dalam acara *Bola Tampar* di *Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2026*.

*Tarikh:* 25 Julai 2026
*Lokasi:* Kompleks Sukan Panji, Kelantan.

๐Ÿ“Œ Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan mencerminkan semangat juang, dedikasi serta komitmen tinggi dalam mengharumkan nama IPG Kampus Tawau.

๐Ÿ“Œ Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan pelbagai bidang yang lain.

_Sekian, terima kasih._

*_CERGAS BERAKSI, UNGGUL BERPRESTASI_*

`"SINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€`
*BIRO SUKAN DAN REKREASI*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[25 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**PRAY FOR TAWAU๐Ÿคฒ๐Ÿป*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejaht...
30/07/2026

*[25 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*PRAY FOR TAWAU๐Ÿคฒ๐Ÿป*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Beberapa kawasan di Daerah Tawau kini dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan.

๐Ÿ“Œ Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar semua mangsa banjir dipermudah segala urusan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

_Sekian, terima kasih._

*_TRANSFORMASI HATI, MELAKAR PRESTASI_*

```"SINERGI TRANSFORMASI LEGASI"```
*BIRO KEROHANIAN, MORAL DAN DISIPLIN*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[25 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*  *PERINGATAN PENGISIAN SOAL SELIDIK CDL (EXIT SURVEY DAN IPPK)*Assalamualaik...
30/07/2026

*[25 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*PERINGATAN PENGISIAN SOAL SELIDIK CDL (EXIT SURVEY DAN IPPK)*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Siswa guru diingatkan untuk mengisi soal selidik CDL (Exit Survey dan IPPK) *DENGAN SEGERA*.

๐Ÿ“Œ Kegagalan berbuat demikian menyebabkan siswa guru tidak disenaraikan dalam slip keputusan peperiksaan dan akan dikenakan tindakan.

๐Ÿ“Œ Pihak JPP berharap semua siswa guru dapat *memberikan kerjasama supaya isu terlewat mengisi tidak berlaku lagi.*

_Sekian, terima kasih._

_*MENJULANG KEILMUAN, MEMBINA PERADABAN*_

```โ โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO AKADEMIK*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[24 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**SERAMBI BUDSEN ๐Ÿ“–**PAKAIAN TRADISIONAL*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarak...
30/07/2026

*[24 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*SERAMBI BUDSEN ๐Ÿ“–*
*PAKAIAN TRADISIONAL*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Suku kaum *Rungus* merupakan antara etnik pribumi di *Sabah* yang terkenal dengan pakaian tradisional berasaskan *kain tenun tangan* berwarna hitam serta *hiasan manik-manik yang unik*.

๐Ÿ“Œ Pakaian wanita terdiri daripada *Banat dan Tapi'*, manakala lelaki memakai *Badu (Bhadhu) dan Soval*. Busana ini turut dilengkapi *pelbagai aksesori tradisional* yang mencerminkan identiti serta warisan budaya masyarakat Rungus.

๐Ÿ“Œ Keunikan pakaian tradisional Rungus bukan sahaja terserlah pada *reka bentuknya*, malah pada *seni tenunan* dan *manik* yang masih dipelihara sebagai warisan secara turun-temurun.

_Sekian, terima kasih._

_*TRADISI DISANTUNI, BUDAYA DILINDUNGI*_

```โ โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[23 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**SYABAS DAN TAHNIAH: PELANTIKAN DALAM PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK S...
30/07/2026

*[23 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*SYABAS DAN TAHNIAH: PELANTIKAN DALAM PERSATUAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SABAH (PERKAS)*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Tahniah dan syabas diucapkan kepada saudari *Edlyne Clerissa Iddy*, pelajar unit *PISMP BNK Ambilan Ogos 2024/2028* atas pelantikan sebagai *Bendahari Kehormat* dalam *Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sabah (PERKAS)* dan *Nurul Ain binti Haris*, pelajar unit *PISMP BNK Ambilan Ogos 2024/2028* atas pelantikan sebagai *Setiausaha Kehormat* dalam *Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sabah (PERKAS).*

๐Ÿ“Œ Pelantikan mereka mencerminkan *kepercayaan, komitmen serta kepimpinan* dalam menyumbang kepada *pembangunan pendidikan awal kanak-kanak* melalui penglibatan aktif dalam organisasi profesional di peringkat negeri.

๐Ÿ“Œ Semoga saudari *Edlyne Clerissa Iddy* dan *Nurul Ain binti Haris* terus *maju, cemerlang dan menjadi inspirasi* kepada warga siswa guru IPG Kampus Tawau untuk *terus aktif* dalam bidang *kepimpinan* dan *pendidikan awal kanak-kanak.*

_Sekian, terima kasih._

_*TELUS DI HATI, PINTAR DI JARI*_

```โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN*
*PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[20 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**PEPERIKSAAN SEMESTER II BAGI PDPP (SEPENUH MASA) AMBILAN NOVEMBER 2025*Assal...
30/07/2026

*[20 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*PEPERIKSAAN SEMESTER II BAGI PDPP (SEPENUH MASA) AMBILAN NOVEMBER 2025*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Berikut merupakan makluman berkenaan Peperiksaan Semester II bagi PDPP (Sepenuh Masa) Ambilan November 2025 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

๐Ÿ“ Tempoh Peperiksaan:
๐Ÿ—“๏ธ 20 Julai 2026 โ€“ 21 Julai 2026

๐Ÿ“Œ Diharapkan siswa guru *cakna terhadap jadual peperiksaan serta hadir mengikut masa yang telah ditetapkan* bagi memastikan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selamat Maju Jaya!

_Sekian, terima kasih._

*_MENJULANG KEILMUAN, MEMBINA PERADABAN_*

```โ โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO AKADEMIK*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[19 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**SELAMAT MAJU JAYA KEPADA YANG DI-PERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI...
30/07/2026

*[19 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*SELAMAT MAJU JAYA KEPADA YANG DI-PERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2026/2027 KE PERSIDANGAN DEWAN SISWA GURU 2026*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Selamat maju jaya diucapkan kepada *Siti Mash*tah Binti Maisin, YDP JPP IPG Kampus Tawau Sesi 2026/2027* yang akan menyertai *Persidangan Dewan Siswa Guru 2026*

๐Ÿ“Œ Acara tersebut akan berlangsung pada ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh : *19-21 Julai 2026*
๐Ÿซ Tempat : *IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan*

๐Ÿ“Œ Persidangan ini merupakan salah satu platform kepimpinan dalam kalangan siswa guru untuk membahaskan pelbagai usul yang relevan berkaitan profesionalisme keguruan.

๐Ÿ“Œ Semoga penyertaan beliau dapat memperkukuh jati diri dan memberi manfaat dalam kepimpinan organisasi. Seterusnya, dapat berbakti kepada warga IPG Kampus Tawau.

_Sekian, terima kasih._

_*TELUS DI HATI PINTAR DI JARI*_

```SINERGI TRANSFORMASI LEGASI```
*BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENERBITAN*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[19 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**TATACARA PEMBERIAN BAUCAR BUKU*Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh da...
30/07/2026

*[19 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*TATACARA PEMBERIAN BAUCAR BUKU*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ Seluruh siswa dan siswi IPG Kampus Tawau, dimohon untuk mengambil maklum berkenaan Tatacara Pemberian Baucar Buku Madani 2026.

๐Ÿ“Œ Penebusan Baucar Buku Madani 2026 akan bermula pada:

๐Ÿ—“ 19 Julai 2026

๐Ÿ“Œ Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berikut:

1. Melayari Portal Book Capital melalui laman utama DELIMa.

2. Mendaftar akaun menggunakan ID DELIMa dan menekan butang Tebus.

3. Menyemak kredit baucar sebanyak RM100 di Dashboard akaun.

4. Membuat penebusan buku melalui Portal Book Capital daripada senarai buku yang layak.

๐Ÿ“Œ Penerima perlu klik pautan TEBUS BAUCAR BUKU MADANI 2026 di laman utama DELIMa bagi memulakan proses penebusan di Portal Book Capital.

๐Ÿ“Œ Diharapkan semua pelajar yang layak dapat mengikuti tatacara yang ditetapkan dan memanfaatkan kemudahan baucar ini dengan sebaiknya.

_Sekian, terima kasih._

*_MENJULANG KEILMUAN, MEMBINA PERADABAN_*

```โ โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO AKADEMIK*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

*[17 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]**TARIAN TRADISIONAL: TARIAN MAGUNATIP* Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarak...
30/07/2026

*[17 JULAI 2026: JPP IPGKT SESI 2026/2027]*

*TARIAN TRADISIONAL: TARIAN MAGUNATIP*

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

๐Ÿ“Œ *Tarian Magunatip* ialah tarian tradisional masyarakat Murut di Sabah yang menggunakan dua batang buluh yang diketuk mengikut rentak.

๐Ÿ“Œ Penari akan melompat dan bergerak di antara buluh dengan lincah. Tarian ini melambangkan keberanian, ketangkasan dan semangat kerjasama masyarakat Murut.

๐Ÿ“Œ Ia turut menggambarkan warisan serta identiti budaya kaum Murut yang diwarisi dan dipelihara dari generasi ke generasi.

_Sekian, terima kasih._

*_TRADISI DISANTUNI, BUDAYA DILINDUNGI_*

```โ€œSINERGI TRANSFORMASI LEGASIโ€```
*BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN*
*JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR*
*IPG KAMPUS TAWAU SESI 2026/2027*

Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPP IPG Kampus TAWAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share