Pengiran Sabah Wins

Pengiran Sabah Wins Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengiran Sabah Wins, Non-Governmental Organization (NGO), Tawau.

Saya telah mencapai 100 pengikut! Terima kasih semua atas sokongan berterusan anda. Saya tidak akan berjaya tanpa anda s...
05/12/2024

Saya telah mencapai 100 pengikut! Terima kasih semua atas sokongan berterusan anda. Saya tidak akan berjaya tanpa anda semua. ๐Ÿ™๐Ÿค—๐ŸŽ‰

03/10/2024
18/05/2024

Kurasakan saat ini adalah saat terindah dalam hidupku kerana bisa menikahkan anakku sendiri kepada lelaki pilihan hatinya.

Dalam perasaan yang bercampur baur ini aku sedikit gugup, sedikit gementar saat berjabat tangan dengan bakal menantuku. Aku tatapi wajahnya. Polos, tidak berperasaan, aku perkirakan dia sedang menghafal bait-bait lafaz terima nikah. Dia juga gementar, tapi terselindung dengan kesibukannya menghafal kalimah itu.

Aku yakinkan diri, aku percaya sosok di depanku ini bisa membahagiakan puteriku. Mampu membuat puteriku ceria menghadapi hari-harinya. Gagah untuk melindungi. Sempurna imannya untuk menjadi imam kepada puteriku.

Nazmi Sofian, aku telah nikahkan kamu kepada puteri kesayanganku. Jagalah dia sebaiknya.

17 Mei 2024
SICC Kota Kinabalu

ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูู‰ ุนูŽู…ู’ุฑูŒูˆ ุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ูุฏู ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏูŽ ุงู„ุฒู‘ูุจูŽูŠู’ุฑูู‰ู‘ู ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุนูŽู†ู’ ...
18/05/2024

ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูู‰ ุนูŽู…ู’ุฑูŒูˆ ุงู„ู†ู‘ูŽุงู‚ูุฏู ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ุฃูŽุจููˆ ุฃูŽุญู’ู…ูŽุฏูŽ ุงู„ุฒู‘ูุจูŽูŠู’ุฑูู‰ู‘ู ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุจู’ู†ู ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุนูŽู†ู’ ุนูุจูŽูŠู’ุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจูู‰ ุจูŽูƒู’ุฑู ุจู’ู†ู ุฃูŽู†ูŽุณู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ยซ ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุงู„ูŽ ุฌูŽุงุฑููŠูŽุชูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽุจู’ู„ูุบูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽู‡ููˆูŽ ยป. ูˆูŽุถูŽู…ู‘ูŽ ุฃูŽุตูŽุงุจูุนูŽู‡ู.

โ€œBarangsiapa yang merawat dua anak perempuan hingga masa dewasanya maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku โ€œ Anas bin Malik berkata: nabi menggabungkan jari jemari beliau (Shohih Muslim 6864)

Terima kasih & tahniah kepada mamanya Gee Ab Titingan kerana dengan tekun dan sabar mendidik mereka hingga dewasa.

Kepada menantu ku, cintailah anakku melebihi cintaku padanya. Jagalah anakku melebihi usaha kami menjaganya. Sayangilah anakku seperti janjimu saat menjabat tanganku. Dan jangan pernah kau sakiti puteriku, kerana aku tidak pernah membuatkan dia menitiskan air mata.

17 May 2024
Akad Nikah
DK Hanis Batrisya Pg Sabdin

SELAMAT HARI GURUGuru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madaniart by: eyfarr
16/05/2024

SELAMAT HARI GURU
Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

art by: eyfarr

Menulusuri kawasan Glodok. Merupakan kawasan China Town di Jakarta ini. Kelihatan ramai warga Tionghua sedang menikmati ...
14/05/2024

Menulusuri kawasan Glodok. Merupakan kawasan China Town di Jakarta ini. Kelihatan ramai warga Tionghua sedang menikmati angin malam sambil menjamu selera. Mereka asyik berbicara sesama mereka dalam bahasa Indonesia yang jelas dan mudah untuk aku fahami.

Di satu sudut terdapat sebuah pentas kecil dengan seorang wanita agak berusia berbusanakan pakaian tradisi Tionghua sedang mengalunkan lagu klasik Cina berbahasa Mandarin. Dekorasi dan suasana di kawasan ini jelas beridentitikan kaum Cina. Namun yang uniknya bahasa pertuturan sesama kaum ini kekal dengan bahasa Indonesia. Moment begini tidak kita rasai di negara kita. Satu kesatuan yang menyatukan warga di sini.

Maka hilanglah rasa perkauman sesama mereka walaupun identiti bangsa itu masih tetap dikekalkan.

Menikmati kuliner malam secara santai bersama Dr. Sayid Irwan dan puteranya, Iman. Dr. Sayid Irwan adalah Pengerusi Majl...
13/05/2024

Menikmati kuliner malam secara santai bersama Dr. Sayid Irwan dan puteranya, Iman. Dr. Sayid Irwan adalah Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC). Beliau menggantikan Pengiran Dr Haris Pengiran Duraman dari Brunei yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Mac lepas.

Dalam bicara santai kami berdua sempat menghasilkan satu deklarasi tidak rasmi, kerjasama antara MIETCO dan BEBC. Satu lagi tugasan untuk saya merealisasikan deklarasi tidak rasmi ini menjadi realiti. Mohon doa kalian agar semua urusan ini dipermudahkan. Amin yarabbal alamin.

Begegas ke Jakarta semalam. Hari ini ada tugas yang belum beres. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Ada jalan yang perlu...
13/05/2024

Begegas ke Jakarta semalam. Hari ini ada tugas yang belum beres. Ada kerja yang perlu diselesaikan. Ada jalan yang perlu diterangi.

Negara tetangga kita ini mempunyai potensi yang sangat besar. Berdasarkan kajian McKinsey & Co, menjelang tahun 2030 Indonesia diramalkan menjadi negara ekonomi ke 7 terbesar di dunia mengatasi negara seperti Jerman dan United Kingdom.

Sebagai negara tetangga yang paling akrab dengan kita di Tawau dari segi georafi dan kebudayaan pastinya kita boleh merasai tempias limpahan ekonomi ini. Asal saja kita bijak mengambil peluang dan terus gigih berusaha.

Bulan lepas saya telah berkunjung ke pejabat Encik Haizar Razif Hisham, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO. Perbincangan berk...
12/05/2024

Bulan lepas saya telah berkunjung ke pejabat Encik Haizar Razif Hisham, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO.

Perbincangan berkisar peluang pembangunan ekonomi daerah Tawau. Kedudukan Tawau sebagai bandar sempadan dan pintu masuk sebelah timur Sabah pastinya mempunyai potensi yang besar. Pembangunan Ibukota Nusantara yang tengah rancak di negara jiran pastinya sedikit sebanyak memberi impak ekonomi kepada Tawau. Tinggal saja prospek ini diterjemahkan menjadi realiti dengan inisiatif kerajaan negeri.

Sabah Maju Jaya.

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ู‚ุงู„ ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ุฑูุถูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูู‰ ุฑูุถูŽู‰ ุงู„ูˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆ ุณ...
12/05/2024

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ ุจู† ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ู‚ุงู„ ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ุฑูุถูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูู‰ ุฑูุถูŽู‰ ุงู„ูˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆ ุณูŽุฎูŽุทู ุงู„ู„ู‡ ูู‰ ุณูŽุฎูŽุทู ุงู„ูˆูŽุงู„ูุฏูŽูŠู’ู†ู

Daripada Abdullah bin โ€˜Amrin RA. dia berkata, Nabi ๏ทบ telah bersabda:

โ€œKeredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa.โ€(HR al-Tirmidzi No: 1821)

SELAMAT HARI IBU

Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengiran Sabah Wins posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share