01/09/2025
TB 31HB OGOS 2025 (AHAD) 6:00PAGI
SUBHANALLAH.ALHAMDULILLAH. LAILAHA ILLALLAH. ALLAHUAKBAR!
Terima kasih Allah, atas izinNya, Karnival Merdeka Kg Budaya Pasir Putih (KAPURUNG) 2025 buat julung kali diadakan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun belakang tabir atas usaha menjadikan idea ini terlaksana. Terima kasih YB Datuk Andi Suryady atas sumbangan dan sokongan yang tidak berbelah bagi buat PENGGIAT. Tidak dilupa barisan jawatankuasa UPPM N71 Tanjung Batu & Parlimen P191 Kalabakan. Kami sangat hargai kerjasama anda. Turut menyokong program ini, Jabatan Penerangan Sabah Cawangan Tawau, YBhg Tuan Ts. Ismail Bin Awang , Encik Kasim Muhammad (Guru Besar Sk Pasir Putih,Tawau), Pere Smclassic, Autopart, YB Datuk Rina Hj Jainal, YB Tuan Sarifuddin Hata - Adun N.72 Merotai, YBhg Tuan Samasuddin Yusop , dan semua penyumbang kami yang dermawan. Tanpa anda,program ini pastinya sukar untuk dicapai.
Begitu juga penyumbang masa dan tenaga yang sangat komitmen memastikan kejayaan program kemerdekaan ini. Mereka terdiri daripada barisan AMT PENGGIAT, Ahli PENGGIAT, Team Runners yang semangat, sahabat2 daripada Kg Pasir Putih Blok A, Pasir Putih Empang dan pastinya Sahabat PENGGIAT dalam Kg Budaya Pasir Putih. Tanpa janji manis,mereka bersengkang mata demi menjayakan program KAPURUNG 2025 ini berjalan lancar. ALHAMDULILLAH.
Tidak dilupa barisan jurukamera yang profesional, agensi kerajaan dan swasta yang sudi bekerjasama, peniaga-peniaga makanan dam minuman yang hadir awal menyiapkan jualan, barisan pengamal media massa serta seluruh warga Kg Pasir Putih yang menyokong program ini. TERIMA KASIH.
Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada sebarang khilaf sepanjang karnival ini berlansung. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus terpelihara demi sebuah kemerdekaan yang sebenar. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
"HIDUP BERBAKTI MATI BERBUDI"
Yang menjalankan amanah,
_kassey_
KASRUNIYATY RULLY
Pengerusi PENGGIAT