JKKK Kampung Titingan Tawau

JKKK Kampung Titingan Tawau Komited dalam mengetengahkan segala perkembangan yang berlaku di dalam Kampung Titingan

25/06/2025

Assalamualaikum gaiisssss

13/11/2024

Assalamualaikum...mohon maaf admin lama tidak update page...terlalu sibuk boss ku...banyak event yang tidak sempat di update dalam page ini...tapi jangan risau admin tetap berkerja di belakang tabir menjayakan semua program yang dilaksanakan di dalam kampung titingan..🀣🀣🀣 selepas ini akan banyak lagi event yang akan dilaksanakan di kampung titingan...inshaaAllah akan admin buat laporan di page ini yaa gaisss..gachurrrrrr😎

Alhamdulillah...proses meratakan tempat parking kereta diperkarangan Masjid Babul Khair Kampung Titingan dan proses meny...
10/08/2024

Alhamdulillah...proses meratakan tempat parking kereta diperkarangan Masjid Babul Khair Kampung Titingan dan proses menyimen jalan daripada susur masuk blok 6 darat sehingga ke simpang tiga blok 6 darat...mantappp..πŸ‘πŸ’ͺπŸ’ͺ



Alhamdulillah..sempena program MADANI AFIAT pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau telah mengadakan program la...
06/07/2024

Alhamdulillah..sempena program MADANI AFIAT pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau telah mengadakan program lawatan muhibbah kepada pesakit-pesakit yang berada di Kampung Titingan awal pagi tadi...seramai 3 orang pesakit daripada setiap 13 Blok yang terdapat di Kampung TItingan ini telah menerima kunjungan disamping rawatan percuma dan juga bantuan peralatan-peralatan perubatan yang diperlukan turut diberikan oleh pihak KKM Tawau semasa lawatan...Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Menteri Kesihatan Malaysia YB Dato Seri Dr. Dzulkefli Ahmad bersama isteri kerana sudi turun padang untuk turut serta melawat dan memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang terlibat...Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak KKM berserta rombongan termasuk pada doktor dan nurse yang terlibat..cantik-cantik bahhh nurse tadi..perrgghhhhhh...🀣🀣tidak dilupakan juga YB Lo Su Fui JP Ahli Parlimen P190 Tawau bersama rombongan dan juga pihak UPPM N68 Apas kerana berbesar hati untuk mengadakan program ini bersama-sama dengan pihak KKM Tawau...abam-abam polis yang mengadakan kawalan dan juga pihak media yang semboy2 semua pun terima kasih kami ucapkan...kamu semua memang steadyyy...πŸ₯³πŸ’ͺπŸ’ͺucapan tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Kampung iaitu Tn. Haji Ismail Amoo dan semua barisan Ketua-ketua Blok di Kampung Titingan termasuk barisan ahli JKKK Kampung Titingan kerana berjaya merancang dan membantu pihak KKM dan para VIP melaksanakan program tersebut dengan jayanya...gachurrrrr cuyyyy...πŸ€™πŸ€™πŸ€£πŸ’ͺ

Magsyukulll kamemonnn....🫰🌹




Alhamdulillah..sebentar tadi telah berlangsung satu sesi taklimat dan penerangan ringkas daripada pihak Kementerian Kesi...
29/06/2024

Alhamdulillah..sebentar tadi telah berlangsung satu sesi taklimat dan penerangan ringkas daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau berkenaan satu program yang akan diadakan pada 6hb Julai 2024 nanti di Kampung Titingan...Terima kasih diucapkan kepada wakil daripada pihak Kementerian Kesihatan kerana sudi hadir dalam memberikan taklimat dan penerangan secara ringkas berkenaan dengan tujuan serta matlamat utama program yang bakal dilaksanakan..Terima kasih juga kepada Ketua Kampung Tn. Haji Ismail serta semua ketua-ketua blok dan pihak JKKK Kampung Titingan yang turut hadir ...Semoga program yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada 6hb Julai nanti akan berjalan dengan lancar dan jayanya...πŸ€™πŸ’ͺ🫰




Sekitar suasana majlis ibadah qurban pada tahun ini di Masjid Babul khair Kampung Titingan...Terima kasih diucapkan kepa...
17/06/2024

Sekitar suasana majlis ibadah qurban pada tahun ini di Masjid Babul khair Kampung Titingan...Terima kasih diucapkan kepada semua masyarakat kampung yang terlibat...Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan haiwan qurban pada tahun ini..hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua dan semoga amal ibadah kalian diterima Allah swt dan diganjari dengan pengampunan dosa serta syurga daripada Allah swt...Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada tukang sembelih A.K.A Ketua Kampung Tuan Haji Ismail serta semua AJK Masjid Babul Khair Kampung Titingan yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ibadah qurban pada tahun ini...hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian semua..semoga kesatuan dikalangan kita semua masyarakat Kampung Titingan ini akan terus berkekalan pada tahun2 yang akan datang...Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua...Maaf Zahir dan Batin..πŸ€™πŸ”ͺπŸ‚πŸ©Έ

Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat Kampung Titingan berpeluang menunaikan solat sunat hari raya aidiladha bersama para...
17/06/2024

Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat Kampung Titingan berpeluang menunaikan solat sunat hari raya aidiladha bersama para pemimpin masyarakat...terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Haji Nizam bersama isteri kerana sudi untuk bersama-sama dengan masyarakat kampung ini menunaikan ibadah tersebut...kami JKKK Kampung Titingan bersama-sama dengan seluruh barisan kepimpinan masyarakat dan semua pengelola serta AJK masjid Babul Khair Kampung Titingan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat Kampung Titingan...Maaf Zahir dan Batin...πŸ€πŸ«ΆπŸ•Œ





Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat kampung telah berkerja sama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.68 ...
16/06/2024

Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat kampung telah berkerja sama dengan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.68 APAS (UPPM) bertujuan untuk menghapuskan nyamuk aedes di kawasan blok 5, Kampung Titingan...Terima Kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya pihak pemimpin yang sudi untuk turun padang bersama-sama dengan penduduk kampung..gachurrrrrrrr cuyyy 🫢🫰🀟...




Alhamdulillah..kerja-kerja membuat penutup laluan air (parit) di bahu jalan sedang giat dijalankan oleh penduduk kampung...
06/06/2024

Alhamdulillah..kerja-kerja membuat penutup laluan air (parit) di bahu jalan sedang giat dijalankan oleh penduduk kampung sejak 3hb jun lepas...bertujuan bagi memudahkan air mengalir ke kawasan yang sepatutnya apabila berlakunya hujan disamping mengurangkan bilangan sampah sarap yang sering dibuang kedalam parit tersebut...semoga usaha ini dipermudahkan mengikut perancangan sehingga selesai...

gachuurrrrrr cuyy...πŸ€™πŸ˜ŽπŸ€™




Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat kampung bergotong royong membersihkan sampah sarap di sepanjang parit di kawasan be...
02/06/2024

Alhamdulillah...pagi tadi masyarakat kampung bergotong royong membersihkan sampah sarap di sepanjang parit di kawasan berhampiran Balairaya dan Masjid Babul Khair Kampung Titingan..πŸ‘πŸ’ͺπŸ’ͺ Mantap lahh...Gachurrrrrrrr cuyyy...πŸ€™
πŸ€™ Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat...



Alhamdulillah...pagi tadi telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran di Pondok Kafa Arnawati cawangan blok 5 laut, Kampung...
01/06/2024

Alhamdulillah...pagi tadi telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran di Pondok Kafa Arnawati cawangan blok 5 laut, Kampung Titingan..Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Haji Nizam bersama isteri kerana sudi untuk hadir bersama-sama dengan masyarakat kampung untuk menjayakan majlis tersebut..Tidak dilupakan juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran Pondok Kafa Arnawati Blok 5 Laut kerana telah berjaya melahirkan genarasi muda khususnya yang celik Al-quran...Semoga segala usaha anda akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT...Diharapkan pondok kafa ini dapat melahirkan lebih ramai lagi penghafal dan penghafaz Al-Quran pada masa yang akan datang...Terima kasih juga ditujukan kepada semua yang hadir dan membantu dalam menjayakan majlis pagi tadi tersebut samada anda yang terlibat secara langsung ataupun tidak..Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian..dan mudah-mudahan dengan adanya usaha serta majlis-majlis seperti ini akan menjadi asbab seluruh penduduk di Kampung Titingan ini akan mendapat pengampunan dan keredhaan Allah SWT....Ameennn..



Address

Kampung Titingan
Tawau
91007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Kampung Titingan Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKK Kampung Titingan Tawau:

Share