Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau ditubuhkan pada tahun 1999. Assalamualaikum & Salam Satu Suara Satu Hati!

Pusat Latihan Pertama di Tawau seramai 9 orang pelatih dengan 6 lelaki 3 perempuan yang bertempat di Pejabat Belia Jalan Utara, Tawau. Page ini dilaksanakan untuk merapatkan hubungan antara ahli seni mempertahankan diri yang lain serta ahli-ahli Facebook yang lain di samping memperkenalkan Persekutuan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia khususnya Zon Tawau Sabah kepada orang ramai. Sebarang P

ertanyaan & Penambahbaikan Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Zon Tawau Sabah bolehlah terus menghubungi penyelia-penyelia Pusat Latihan Tawau seperti yang tertera di bawah. :)

1) Encik Sariman Bin Somijo (Penyelia Zon Tawau & Penyelia Kelas Madrasah Addiniyah Al Furqoniah Kampung Cina, Ranggu) : 0195837233 & 0195337877

2) Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin (Timbalan Penyelia-1 Zon Tawau & Penyelia Kelas Kolej Vokasional Tawau) : 0138850656

3) Encik Mohd Sahak Bin Jabar (Timbalan Penyelia-2 Zon Tawau & Penyelia Kelas Sekolah Agama Rakyat Al Falah Tanjung Batu Darat) : 0195872121

4) Encik Mohd Fazlani Bin Mohd Yazit (Penyelia Kelas Masjid Al Kauthar) : 0138872296

5) Haji Johan Bin Buah (Penyelia Kelas Rumah Anak-anak Yatim Ar Roudhah Batu 4) : 0198999005

6) Encik Marlan Bin Haji Sahrun (Penyelia Kelas Masjid Babbus Sa'adah Kampung Muhibbah Raya) : 0135483877

7) Dr. Amir Hamzah Bin Hamid Hamzah (Penyelia Kelas Lembaga Hasil Dalam Negeri Tawau) : 0128100533

8) Encik Muhammad Al-Amin Kadil (Penyelia Kelas Taman Ranggu Saujana, Ranggu) : 0145579234

9) Encik Aspar Bin Haji Suku (Penyelia Kelas Masjid Az Zaeemah Bandar Sri Indah) : 0198438799

10) Encik Amirudin Bin Samsudin (Penyelia Kelas Masjid Al Muhajirin Felda Gugusan Umas Tawau) : 0198001819

11) Cikgu Ahmad Syazwan Bin Rosli (Penyelia Kelas SMK Madai Kunak) : 0135571221

12) Cikgu Syamsul Bahri Bin Amiruddin (Penyelia Kelas SMK Desa Kencana Felda Sahabat, & Penyelia Kelas Kolej Vokasional Lahad Datu) : 0138802464

𝐏𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍 π‚πˆππ“π€π€π 𝐘𝐌 π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π€π‡πŒπ€πƒ, ππ„πŒπˆπŒππˆππ† 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠYM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bi...
10/06/2026

𝐏𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍 π‚πˆππ“π€π€π 𝐘𝐌 π€π‹πŒπ€π‘π‡π”πŒ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π€π‡πŒπ€πƒ, ππ„πŒπˆπŒππˆππ† 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Pemimpin Agung Silat Cekak memberi gambaran kepada penuntut-penuntut Silat Cekak bahawa Silat Cekak lebih menekankan kepada pendidikan rohani dan jasmani yang tidak terkeluar dari landasan Islam.

Lahirnya Cekak kerana kesedaran,
Bukan bermusuh sebagai tujuan,
Untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan.

Silat Cekak benar-benar asli,
Tidak bercampur hak luar negeri,
Hendaklah belajar bersungguh hati,
Untuk menjaga diri sendiri.

Silat Cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Insya-Allah mendapat faedah.

Silat Cekak pada lahirnya,
Pengertian gerak pada batinnya,
Hendaklah mahir seluruh anggota,
Hendaklah jujur pada jiwanya.

Taat ke guru membawa berkat,
Sedikit belajar banyak yang dapat,
Jika menderhaka menjadi mudarat,
Semua ilmu tiada yang lekat.

Sebenar guru ada hakikat,
Dikuat p**a amalan syariat,
Ditambah p**a ilmu makrifat,
Berpakaian p**a dengan isyarat.

Dua ibu bapa tak boleh derhaka,
Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka.

Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah Tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yang suci.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

ππ”πˆπ’πˆ ππ”πŠπˆπ‹π€π 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠLahirnya Cekak Bukan...
21/05/2026

ππ”πˆπ’πˆ ππ”πŠπˆπ‹π€π 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

Lahirnya Cekak Bukan Berbangga,
Untuk Menghidup Kebudayaan Bangsa,
Demi Menegak Islam Yang Mulia,
Supaya Hidup Tidak Sia-Sia.

Silat Cekak Pusaka Pahlawan,
Bukannya Pelajaran Cara Tiruan,
Tidak Tunduk Kepada Lawan,
Untuk Membentuk Hakikat Insan.

Membentuk Adab Kepada Penuntut,
Disebab Jalannya Menjadi Pengikut,
Bukan Berbangga Kerana Disebut,
Kalau Dicaci Tidak Berserabut.

Mereka Fitnah Berbagai Bagai,
Tak Boleh Harap Betina Macam Keldai,
Perangai Mereka Macam Budak Nakal,
Itu Alamat Tak Sempurna Akal.

Banyak Penuntut Salah Sangka,
Bila Pandai Menunjuk Bangga,
Sifat itu Memang Dicela,
Akhirnya P**a Masuk Neraka.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan semula oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 πƒπˆπ”π‚π€ππŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€...
16/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐆𝐔𝐑𝐔 πƒπˆπ”π‚π€ππŠπ€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden dan Guru Utama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia di atas segala jasa, curahan ilmu, bimbingan serta pengorbanan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

Sesungguhnya, segala tunjuk ajar dan perjuangan yang dicurahkan akan terus menjadi obor penyuluh kepada anak-anak bangsa dalam memartabatkan warisan seni silat Melayu yang unggul.

β€œGuru Bitara Nadi Negara”

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Ucapan dan infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

πŠπ„π‹π€π’ π‚πˆπ‹πˆπŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ π‡π€ππ€π…πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔TAWAU, Mei 2026 – Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah, Zon T...
10/05/2026

πŠπ„π‹π€π’ π‚πˆπ‹πˆπŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ π‡π€ππ€π…πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

TAWAU, Mei 2026 – Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah, Zon Tawau Sabah (Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau) kini membuka pendaftaran bagi program Kelas Cilik Silat Cekak Pusaka Hanafi yang dikhususkan kepada kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun dan beragama Islam.

Program ini diperkenalkan sebagai platform awal dalam membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin, berkeyakinan serta memiliki jati diri yang tinggi melalui pembelajaran seni bela diri warisan Melayu yang tersusun, selamat dan berteraskan adab.

Kelas ini dilaksanakan di bawah bimbingan Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Kol. Kehormat (PA) Dr. Hj. Md Radzi Hj. Hanafi dan dikendalikan oleh Tenaga Pengajar berpengalaman daripada Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau.

Selain mempelajari teknik asas mempertahankan diri, para peserta turut didedahkan dengan pembentukan refleks, fokus, disiplin serta semangat kerjasama dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak membosankan.

Antara manfaat yang bakal diperoleh peserta adalah seperti yang berikut:
1️⃣ Belajar silat bersama rakan sebaya dalam suasana yang positif;
2️⃣ Berlatih silat secara sihat, selamat dan tersusun;
3️⃣ Membantu meningkatkan fokus, disiplin dan keyakinan diri;
4️⃣ Membentuk pergerakan yang lebih pantas dan tangkas;
5️⃣ Menyertai pelbagai aktiviti menarik serta interaktif; dan
6️⃣ Membantu membentuk persekitaran hidup yang lebih positif dan bebas buli.

Program ini turut selari dengan usaha Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau dalam memperkukuhkan sahsiah dan akhlak generasi muda melalui pendekatan seni bela diri tradisional yang berteraskan nilai hormat, disiplin dan tanggungjawab.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi:
πŸ“ž Tuan Sariman Somijo – 019-5837233
πŸ“ž Tuan Mohd Rizal Mohd Yatim – 010-3381060
πŸ“ž Tuan Abdul Latiff Hj. Ghani – 016-8161568

πŸ“ Lokasi latihan:
Taman Ria Heights, Tawau
Masjid Jiran Taman Ria Heights

Semoga program ini akan terus menjadi medium terbaik dalam melahirkan generasi muda yang berakhlak, berdisiplin dan cergas selaras dengan aspirasi Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

07/05/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€ππ€π…πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 ππˆπ‹. 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

TAWAU, 3 Mei 2026 – Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah, Zon Tawau (SCPH Tawau) telah mengadakan Mesyuarat Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau Bil. 2 Tahun 2026 yang melibatkan seramai 18 orang tenaga pengajar bertempat di Falah Tawau.

Mesyuarat ini diadakan bagi memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Kelas Cilik yang akan diperkenalkan di samping sesi penyerahan cenderahati kepada para tenaga pengajar daripada pihak Ibu Pejabat sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka.

Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti persatuan bagi memastikan kelancaran serta keberkesanan gerak kerja di peringkat zon.

Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:
1️⃣ Penerangan pelaksanaan dan hala tuju Kelas Cilik;
2️⃣ Penyerahan cenderahati kepada tenaga pengajar daripada pihak Ibu Pejabat; dan
3️⃣ Perbincangan isu-isu semasa berkaitan pengurusan dan aktiviti persatuan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Sariman Somijo, Penyelia SCPH Tawau dan turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Amirudin bin Samsudin, Timbalan Penyelia 1 SCPH Tawau dan YBrs. Tuan Mohd Sahak bin Jabar, Timbalan Penyelia 2 SCPH Tawau.

Diharapkan segala perancangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab oleh semua pihak yang terlibat.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan terus memperkukuhkan perkembangan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau serta memberi manfaat berterusan kepada seluruh ahli.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Video oleh: Rosman bin Sudirman

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€ππ€π…πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 ππˆπ‹. 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”TAWAU, 3 Mei 2026 – Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka U...
05/05/2026

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ ππ”π’π€πŠπ€ 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€ππ€π…πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔 ππˆπ‹. 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

TAWAU, 3 Mei 2026 – Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Sabah, Zon Tawau (SCPH Tawau) telah mengadakan Mesyuarat Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau Bil. 2 Tahun 2026 yang melibatkan seramai 18 orang tenaga pengajar bertempat di Darul Falah Tawau.

Mesyuarat ini diadakan bagi memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan Kelas Cilik yang akan diperkenalkan di samping sesi penyerahan cenderahati kepada para tenaga pengajar daripada pihak Ibu Pejabat sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka.

Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti persatuan bagi memastikan kelancaran serta keberkesanan gerak kerja di peringkat zon.

Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti yang berikut:
1️⃣ Penerangan pelaksanaan dan hala tuju Kelas Cilik;
2️⃣ Penyerahan cenderahati kepada tenaga pengajar daripada pihak Ibu Pejabat; dan
3️⃣ Perbincangan isu-isu semasa berkaitan pengurusan dan aktiviti persatuan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Sariman Somijo, Penyelia SCPH Tawau dan turut hadir bersama ialah YBrs. Tuan Amirudin bin Samsudin, Timbalan Penyelia 1 SCPH Tawau dan YBrs. Tuan Mohd Sahak bin Jabar, Timbalan Penyelia 2 SCPH Tawau.

Diharapkan segala perancangan dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen dan tanggungjawab oleh semua pihak yang terlibat.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan terus memperkukuhkan perkembangan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau serta memberi manfaat berterusan kepada seluruh ahli.

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Gambar oleh: Rosman bin Sudirman

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ"Du...
25/04/2026

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

"Dua perkara yang membinasakan manusia: (1) Mengikut hawa nafsu; (2) Bangga diri sendiri." - YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ, π’π˜π€π–π€π‹ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡Semoga Syawal yang mulia ini hadir membawa limpahan keberkatan, ketenangan jiw...
30/03/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ, π’π˜π€π–π€π‹ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

Semoga Syawal yang mulia ini hadir membawa limpahan keberkatan, ketenangan jiwa serta kebahagiaan yang berpanjangan.

Mudah-mudahan ia menjadi medan untuk kita terus mempererat ukhuwah, menyemai kasih sayang, serta menyatukan hati dalam semangat persaudaraan yang tulus dan keharmonian yang berkekalan.

Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ"Ja...
18/03/2026

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

"Jadilah seperti pohon yang rendang berbuah lebat. Bila orang baling dengan kayu atau batu, pohon p**angkan kepada si pembaling dengan buah yang masak ranum tersedia untuk dimakan. Fikir, hadam dan aplikasikan dalam kehidupan." - YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ"Ai...
07/03/2026

π“πˆπ“πˆππ€π ππ„πƒπŽπŒπ€π πŠπ€π’πˆπ‡ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ 𝐘𝐌 πŠπŽπ‹πŽππ„π‹ πŠπ„π‡πŽπ‘πŒπ€π“ (𝐏𝐀) 𝐃𝐑. π‡π€π‰πˆ πŒπƒ π‘π€πƒπ™πˆ 𝐁𝐈𝐍 π‡π€π‰πˆ π‡π€ππ€π…πˆ, ππ„π–π€π‘πˆπ’ πŒπ”π“π‹π€πŠ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ

"Aib sepatut ditutup, baru Allah bagi yang ghaib." - YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi

S.k.: Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia

Infografik disediakan oleh: Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau

Address

Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share