Darul Falah Tawau

Darul Falah Tawau “Hidup Sekali Hiduplah yang Bererti” Sekolah Agama Rakyat Al-Falah adalah sebuah institusi pendidikan yang menerapkan moral Islam sebagai dasarnya.

Bermula 06 Januari 2001, Yayasan Al-Falah telah menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang bernama Sekolah Agama Rakyat Al-Falah dengan nombor pendaftaran JHEAINS 5 : 200-0/12/97. Ia tumbuh dan berkembang di tengah-tengah tradisi masyarakat dan terus berusaha menanamkan pemahaman ilmu penghayatan serta pengalaman dalam ajaran agama Islam. Dewasa ini, kedudukan Sekolah Agama Rakyat Al-Falah (SAR A

l-Falah) terus diperhatikan dan dikembangkan, agar memenuhi keperluan pembelajaran dan pendidikan anak bangsa. Bantuan daripada pelbagai pihak secara langsung ataupun tidak langsung telah menghasilkan sebuah institusi pendidikan yang banyak membantu dalam proses mencerdaskan dan melahirkan ummah yang bertamadun. Dalam rangka pengembangan yang mengacu dalam prinsip “hidup sekali, hiduplah yang bererti”, maka Sekolah Agama Rakyat Al-Falah sentiasa memelihara tradisi dan nilai-nilai dasarnya. Sekolah Agama Rakyat Al-Falah dengan sistem yang dimilikinya, memiliki lima jiwa dan motto yang menjadi acuan untuk terus berkembang. Lima jiwa Sekolah Agama Rakyat Al-Falah adalah Ikhlas, Bersungguh-sungguh, Kerjasama, Disiplin, Berdikari. Manakala mottonya adalah “hidup sekali, hiduplah yang bererti”. SAR Al-Falah memulakan operasi pembelajaran di salah sebuah masjid yang terletak di Kampung Jawa, Tawau iaitu Masjid Al-Munawwarah. Bermula dengan hanya 7 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar sahaja pada awalnya. Almarhum Ustaz Mohd. Tahrir Bin Zaini Siri merupakan Guru Besar pertama yang telah memimpin dan memacu SAR AL-Falah. Pertambahan murid berlaku dari tahun ke tahun memaksa SAR Al-Falah untuk memiliki bangunan sendiri dalam usaha untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Pada tahun 2003, SAR Al-Falah telah berpindah daripada Masjid Al-Munawwarah dan menempati sebuah rumah sewa yang terletak di Taman Ria 3 dengan kos sewa RM 500.00 sebulan sebagai tempat pembelajaran sementara. Pada tahun 2005, SAR Al-Falah telah berjaya menempati bangunan sendiri di atas tanah Yayasan Al-Falah seluas 1.4 ekar di Kampung Tanjung Batu Darat Tawau. Pembinaan telah dimulakan sejak 10 Oktober 2004 dan menghasilkan sebuah blok bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah, 1 bilik rehat serta sebuah bilik guru yang mampu menampung 7 orang guru dalam satu masa. Kampung Tanjung Batu Darat Tawau adalah sebuah kawasan yang terletak lebih kurang 5 km ke arah utara daripada pusat bandar Tawau. Pada saat itu, Kampung Tanjung Batu Darat Tawau merupakan kawasan perkampungan padat yang telah dihuni oleh berbagai kaum dan bangsa. Manakala SAR AL-Falah Tawau terletak di tengah kawasan perkampungan tersebut. Penduduk setempat amat menyokong penuh atas pembinaan sekolah di kampung tersebut dengan harapan dapat membentuk masyarakat ke arah kehidupan yang Islami dan sebagai langkah pertama bagi melahirkan generasi pewaris ulama.

.إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga sekolah merakamkan ucapan takziah ...
26/06/2026

.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga sekolah merakamkan ucapan takziah atas pemergian salah seorang Ahli Lembaga Sekolah yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarhamah merupakan seorang yang banyak berjasa serta telah memberikan komitmen, sokongan, pandangan dan sumbangan yang amat bermakna dalam usaha membangunkan serta memajukan sekolah. Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga sekolah.

Jenazah Allahyarhamah telah disolatkan dan selamat dikebumikan di Bangi, Selangor.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan dan menerangi kuburnya, merahmatinya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Salam takziah daripada seluruh warga Sekolah Rendah & Menengah Agama Islam Darul Falah.

Al-Fatihah.

.“Guru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membimbing hati menuju adab dan mengenal Allah.”Terima kasih kepada semua gur...
16/05/2026

.
“Guru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membimbing hati menuju adab dan mengenal Allah.”

Terima kasih kepada semua guru yang sabar mendidik, menasihati, dan membentuk generasi ummah.
Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang tidak pernah terputus.

اللهم بارك في معلمينا وارفع درجاتهم في الدنيا والآخرة

“Ya Allah, berkatilah guru-guru kami dan angkatlah darjat mereka di dunia dan akhirat.”

Selamat Hari Guru!

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Nur Aqilah binti Rosli atas ...
09/04/2026

Dengan penuh rasa syukur dan sukacita, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Nur Aqilah binti Rosli atas kejayaan diterima masuk ke Pondok Modern Darussalam Gontor Putri. Kejayaan ini merupakan satu penghormatan dan peluang yang amat bermakna dalam perjalanan menuntut ilmu serta membentuk sahsiah diri yang mulia. Semoga segala urusan sepanjang pengajian dipermudahkan, dikurniakan ketekunan, kesabaran dan iltizam yang tinggi, serta sentiasa berada dalam rahmat dan keredaan Allah SWT. Mudah-mudahan setiap usaha yang dilaksanakan akan memperoleh keberkatan dan akhirnya membuahkan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, aamiin ya Rabb.

.Pergi ke taman memetik melati,Harum mewangi di pagi hari,Syawal menjelma penuh bererti,Salah dan silap mohon dimaafi.Bu...
20/03/2026

.
Pergi ke taman memetik melati,
Harum mewangi di pagi hari,
Syawal menjelma penuh bererti,
Salah dan silap mohon dimaafi.

Bulan Ramadan telah berlalu,
Meninggalkan seribu hikmah dan rindu,
Aidilfitri kini disambut syahdu,
Semoga ukhwah terus berpadu.

Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mempereratkan silaturrahim dalam kalangan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

dari Warga Akademik Darul Falah

.Peristiwa agung ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa Al-Qur’an adalah panduan hidup yang membawa cahaya ilmu...
07/03/2026

.
Peristiwa agung ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa Al-Qur’an adalah panduan hidup yang membawa cahaya ilmu, akhlak dan petunjuk.

Semoga kita dapat terus menjadikan Al-Qur’an sebagai teman dalam membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

“Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza antara yang benar dan yang batil.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Assalamualaikum, Wr. Wb.Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Darul Falah ingin mengucapkan selamat menunaika...
18/02/2026

Assalamualaikum, Wr. Wb.

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Darul Falah ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pelajar, ibu bapa dan keluarga.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna, lebih tenang, lebih diberkati, membawa keberkatan, ketenangan dan kita dapat meningkatkan amal ibadah yang lebih berkualiti.

Mudah-mudahan Allah SWT menerima segala amalan dan mengurniakan kesihatan serta kekuatan sepanjang bulan yang penuh rahmat ini.

Wassalamualaikum, Wr. Wb.

Address

Sekolah Rendah & Menengah Agama Islam Darul Falah, Kampung Tanjung Batu Darat, Jalan Utara Baru, Peti Surat 1070, 91008
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60108852464

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darul Falah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Darul Falah Tawau:

Shortcuts

Share