10/08/2026
🩸 KEMPEN DERMA DARAH PKWS KE-4 | 8 OGOS 2026 🩸
Syukur dan setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah menjayakan Kempen Derma Darah PKWS Ke-4 pada 8 Ogos 2026.
sambutan pada tahun ini sangat menggalakkan. Kehadiran orang ramai yang datang dengan penuh semangat untuk menderma darah benar-benar memberi makna besar kepada usaha kita membantu mereka yang memerlukan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen P180, Datuk Lo Su Fui, bersama rombongan yang turut hadir memberikan sokongan dan sama-sama tampil menderma darah. Kehadiran beliau amat kami hargai dan menjadi satu dorongan kepada semua untuk terus menyokong kempen kemanusiaan seperti ini.
💗 Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang darah. Lebih menggembirakan apabila ada antara anda yang setia bersama PKWS sejak kempen tahun pertama sehingga tahun ke-4. Kesetiaan dan sokongan anda amat kami hargai.
Tidak lupa juga penghargaan kepada semua AJK Persatuan Komuniti Wanita Sabah (PKWS) atas kerjasama yang begitu padu. Tanpa semangat berpasukan dan komitmen semua, kempen ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Terima kasih juga kepada pihak Hospital Tawau, khususnya Bahagian Tabung Darah, atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang kempen ini berlangsung.
Akhir kata, sebagai Pengerusi PKWS, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Setiap titisan darah yang disumbangkan amat bermakna dan mungkin menjadi harapan serta menyelamatkan nyawa seseorang.
Kita jumpa lagi di Kempen Derma Darah PKWS tahun hadapan! ❤️🩸
Ikhlas daripada,
Pengerusi Persatuan Komuniti Wanita Sabah (PKWS)
Puan Kerry Chee.