Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau

Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau, Non-Governmental Organization (NGO), Bandar Tawau, Tawau.

17/03/2026

Alhamdulillah 🤲✨
Rakaman penuh kenangan aktiviti ke-5 Ihya Ramadhan 8.0 — “Syurga Ramadhan” 🎥

14 Mac 2026 | Kg Pasir Putih, Tawau
Setiap detik yang dirakam bukan sekadar video, tapi bukti kebersamaan, keikhlasan dan kasih sesama insan ❤️

Dari peluh gotong-royong, senyuman penerima sumbangan, hingga momen berbuka bersama — semuanya ada cerita, semuanya ada makna.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga kecil di mata kita, besar di sisi Allah SWT 🤍✨

Alhamdulillah, selesai aktiviti ke-5 Ihya Ramadhan 8.0 iaitu *” Syurga Ramadhan “* pada *14 Mac 2026* di *Kg Pasir Putih...
16/03/2026

Alhamdulillah, selesai aktiviti ke-5 Ihya Ramadhan 8.0 iaitu *” Syurga Ramadhan “* pada *14 Mac 2026* di *Kg Pasir Putih, Tawau* anjuran *Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau* dengan kerjasama *Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau*.

Aktiviti termasuk gotong-royong di Rumah Asnaf, penyampaian bakul sumbangan dan bahan keperluan dapur serta berbuka puasa bersama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan yang telah memberi sumbangan. Semoga segala amalan ini diberkati Allah SWT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan Salam Pengakap.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak ...
11/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan Salam Pengakap.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Ihya’ Ramadhan 8.0, Aktiviti Sentuhan Kasih Seikhlas Ramadhan yang diadakan di Rumah Anak Yatim Ar-Roudhah, Batu 4 Jalan Apas.

Penghargaan khas kepada Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Terima kasih juga kepada semua penyumbang, sukarelawan dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini, kami memohon maaf dan akan mengambil maklum segala teguran serta cadangan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Semoga segala usaha dan sumbangan kita semua diberkati dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan.

7 MAC 2026 - SETEGUH KASIH RAMADHAN 🌙 Seteguh Kasih Ramadhan merupakan aktiviti ke-3 bagi program Ihya Ramadhan 8.0 anju...
08/03/2026

7 MAC 2026 - SETEGUH KASIH RAMADHAN 🌙

Seteguh Kasih Ramadhan merupakan aktiviti ke-3 bagi program Ihya Ramadhan 8.0 anjuran Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau melalui edaran air cup dan kurma.

Alhamdulillah, sebanyak 200 cup Green Tea dan 200 pack kurma telah berjaya disumbangkan. Terima kasih kepada semua penerima juadah berbuka.

Ribuan terima kasih juga kepada AJK Aktiviti Ahli-ahli Kelana D , Rakan kerjasama – Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas atawau para penyumbang yang membantu melancarkan aktiviti ini dengan baik.

Kita kongsi rezeki, sekaligus kongsi senyuman. ✨

08/03/2026

Assalamualaikum semua ✨

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Ihya Ramadhan 8.0 anjuran Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau akan berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik seperti ;

1. Kisah-Kisah Ramadhan
2. TikTok Ramadhan Challenge
3. Seteguh Kasih Ramadhan
4. Sentuhan Kasih Seikhlas Ramadhan
5. Syurga Ramadhan

Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar dan kita dapat beramal sambil berprogram 🤲✨

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa .

02/03/2026

Ihya Ramadhan 8.0

Salam Syawal 1446H
31/03/2025

Salam Syawal 1446H


26/03/2025

Semoga dapat membantu & menceriakan Syawal mereka 🤲

Program Jom Kembali Ke Sekolah bersama Muafakat Amal 🧮📝Sebanyak 20 orang yang berasal dari sekitar Tawau telah disantuni...
16/02/2025

Program Jom Kembali Ke Sekolah bersama Muafakat Amal 🧮📝

Sebanyak 20 orang yang berasal dari sekitar Tawau telah disantuni dengan pembelian percuma alatan & keperluan persekolahan.

Santuni mangsa kebakaran Kg Sri Aman Tawau yang berada di Pusat Penempatan Sementara. Sebanyak 86 Ketua Isi Rumah yang t...
13/01/2025

Santuni mangsa kebakaran Kg Sri Aman Tawau yang berada di Pusat Penempatan Sementara. Sebanyak 86 Ketua Isi Rumah yang terlibat & melibatkan 631 orang jumlah keseluruhan mangsa. Takziah diucapkan kepada semua mangsa, semoga ada rezeki yang lebih baik 🤲

03/01/2025

Keluarga & adik Mohd Ilyas akan berangkat ke Kuala Lumpur hari ini, bagi meneruskan rawatan lanjut. Moga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya 🤲

Address

Bandar Tawau
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau:

Share