28/05/2026
QR : 'TABUNG MASJID BERGERAK'
Secara tradisi, Tabung Masjid tetaplah di masjid. Jika ingin bersedekah kita perlu datang sendiri ke masjid untuk memasukkannya ke dalam tabung.
Namun zaman sudah berubah. Kecanggihan teknologi menyebabkan amalan bersedekah kita berevolusi tanpa terpisah antara jarak dan masa.
Kemudahan kod QR yang diperkenalkan oleh pihak bank juga sekaligus mewujudkan istilah baharu yang disebut sebagai 'Tabung Masjid Bergerak'.
Dalam erti kata lain, tabung masjid sudah tidak hanya 'duduk diam' di masjid. Namun kini beredar bebas di alam maya tanpa batas sempadan.
Maka, dikongsikan kemudahan QR ini khusus buat kalian yang ingin menyalurkan sedekah kepada Masjid Nurul Hidayah Jambatan Putih Tawau.
Terutamanya bagi yang berada di lokasi berjauhan dari Bumi Tawau dan tercari-cari saluran alternatif menyalurkan sumbangan peribadi secara terus.
Sedekah yang disumbangkan, Inn shaa Allah akan dimanfaatkan untuk kerja-kerja pembangunan masjid kita ini, aktiviti dakwah dan amal berkaitan.
Mari bersama kami membangunkan syiar Islam. Semoga Allah SWT meredhai kita semua, malah menganugerahkan rahmah dan berkahNya. 🤲🏿
Marvy Hervuddin Cem Mang Abdullah Bin Anuar Saharudin Japarudin Kasruniyaty Rully Nd Nevermore Ambotowo Anjung Mohd Nizam Maudu Dyans Hasyim Murni Sima Senawati Babu Amir Anuar Masjid Nurul Hidayah Jambatan Putih Tawau - Official