17/08/2026
MAJLIS PENILAIAN PENGGAL PERTAMA SESI 2026
๐Kelas SAQ Pulau Sakar, Lahad Datu, Sabah
Alhamdulillah, Majlis Penilaian Penggal Pertama Sesi 2026 bagi Sahabat Al-Quran (SAQ) Pulau Sakar, Lahad Datu, Sabah telah berlangsung dengan lancar pada Ahad, 16 Ogos 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Yayasan Maghfirah Cawangan Sabah yang hadir dari Tawau bagi bersama-sama menjayakan program serta menyantuni para pelajar , ibubapa dan guru SAQ Pulau Sakar
Seramai 35 orang pelajar dan 4 orang guru telah terlibat dalam majlis ini. Sambutan yang diterima amat baik dan program berlangsung dalam suasana yang penuh ceria serta harmoni.
Antara pengisian utama majlis:
1. Pendaftaran peserta
2. Bacaan doa
3. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Yayasan Maghfirah Cawangan Sabah dan wakil SAQ
4. Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Pelajar
5. Sesi bergambar
6. Penyerahan kertas penilaian pelajar
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru, pelajar serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan para pelajar SAQ pada masa akan datang. ๐คฒ๐ป๐
โค๏ธ JOM MENYUMBANG
Sumbangan anda amat bermakna dalam membantu kelangsungan kelas pengajian dan pendidikan Al-Quran buat golongan asnaf.
๐ Sumbang di sini : โ https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf
Setiap sumbangan, walau kecil, insya-Allah besar nilainya di sisi Allah. ๐คฒ๐ป