09/08/2026
LAPORAN RASMI | KARNIVAL KELUARGA MUSLIM 1.0
TAWAU, 9 Ogos 2026 - Alhamdulillahirabbil 'alamin. Segala puji bagi Allah SWT. Dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Karnival Keluarga Muslim 1.0 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Ogos 2026 di Masjid Baiturrahman Bal.
Program anjuran ISMA Syukbah Tawau ini dengan kerjasama Masjid Baiturrahman Bal mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat sekitar dengan kehadiran kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja, belia, ibu bapa serta seluruh lapisan komuniti.
Sepanjang karnival berlangsung, sebanyak tujuh (7) pertandingan telah dianjurkan bagi pelbagai kategori umur, sekali gus menyemarakkan suasana program dengan penyertaan yang aktif dan meriah. Kelancaran penganjuran turut disokong oleh barisan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau dan pemuda setempat, yang telah memberikan komitmen tinggi dalam memastikan setiap pengisian berjalan dengan lancar dan teratur.
Turut memeriahkan program ialah kehadiran dan sokongan para pemimpin komuniti setempat, khususnya Kawasan Rukun Tetangga (KRT), yang mencerminkan semangat kebersamaan dalam membina komuniti yang harmoni dan sejahtera.
Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang karnival, antaranya Forum Kekeluargaan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Street Soccer Remaja, Sukan Rakyat Remaja Puteri, Aktiviti Keluarga, Cabaran Kupasan Epal Terpanjang, Cabutan Bertuah, Persembahan Silat Hang Tuah, Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk para peserta dan pengunjung, penyampaian hadiah serta pelbagai aktiviti lain yang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.
Karnival ini bukan sekadar medan pertandingan, bahkan menjadi platform untuk memperkukuh institusi keluarga, menyemai nilai kebersamaan, mengeratkan silaturahim serta menghidupkan semangat komuniti dalam suasana yang harmoni, ceria dan penuh manfaat.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, pengunjung, sukarelawan, pelajar IPG Tawau, pemuda setempat, pemimpin komuniti, para penyumbang, penaja, rakan strategik, jawatankuasa pelaksana serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Karnival Keluarga Muslim 1.0.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan dan syabas kepada seluruh peserta yang telah memeriahkan setiap aktiviti sepanjang program berlangsung. Sesungguhnya kejayaan karnival ini adalah hasil usaha, kesepaduan dan komitmen semua pihak.
Semoga segala usaha, masa, tenaga dan sumbangan yang dicurahkan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT serta menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh institusi keluarga dan membina masyarakat yang bersatu, berakhlak serta saling menyokong.
"Bersama Membina Keluarga, Memperkasa Ummah" π
πΈ Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah Karnival Keluarga Muslim 1.0. Semoga kita dipertemukan lagi dalam penganjuran yang lebih besar, lebih meriah dan lebih bermakna pada masa akan datang, insya-Allah.
.0