26/04/2026
πππππππππ ππππππππππ & ππππππππππ ππππππ πππ πππ π
πππ π ππππππ πππ πππππ, πππππ
25 April 2025, telah berlangsung Mesyuarat Pembubaran dan Penyusunan Semula AJK KRT Fasa5 Bandar Sri Indah Tawau yang telah dipengerusikan oleh En. Julaiddy bin Simon, wakil Pegawai Perpaduan Bahagian Tawau, Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional (JPNIN), Kementerian Perpaduan Negara.
Mesyuarat yang dijalankan hampir dua jam, telah berkongsi maklumat semasa dan terkini berkaitan KRT melalui taklimat yang disampaikan oleh En. Julaiddy.
Selain itu, beliau turut mempengerusikan sesi pemilihan dan pelantikan AJK KRT FASA 5 Bandar Sri Indah Tawau Sesi 2026 - 2029 yang telah dijalankan dalam keadaan yang harmoni dan lancar.
Semoga dengan pelantikan barisan AJK KRT yang baharu tersebut, segala aktiviti dan perancangan program KRT dapat diteruskan demi manfaat serta memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan warga KRT Fasa 5 BSI, Tawau.