RT Progresif Taman Kinabutan Ria

Directions

RT Progresif Taman Kinabutan Ria Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RT Progresif Taman Kinabutan Ria, Community Organization, Kebun Komuniti/Kinaria Herbs & Kitchen Garden, Tawau.

27 Sep 2026MENUAI UBI KAYUPagi itu, matahari baru sahaja menampakkan sinarnya. Kami merancang untuk menuai ubi kayu yang...
06/10/2026

27 Sep 2026

MENUAI UBI KAYU

Pagi itu, matahari baru sahaja menampakkan sinarnya. Kami merancang untuk menuai ubi kayu yang telah ditanam beberapa bulan lalu. Setelah sekian lama menjaga tanaman, akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu.

Dengan berbekalkan cangkul, linggis dan sarung tangan, kami mula mencabut ubi kayu satu demi satu. Batangnya dipotong terlebih dahulu sebelum tanah di sekelilingnya digemburkan. Kemudian, kami menarik pangkal pokok dengan berhati-hati. Ada yang mudah dicabut, tetapi kebanyakannya akarnya begitu kuat mencengkam tanah sehingga memerlukan tenaga dan kesabaran.

Setiap kali ubi kayu berjaya dikeluarkan dari tanah, hati terasa puas. Ubi yang besar dan banyak menjadi tanda bahawa usaha menjaga kebun selama ini tidak sia-sia. Walaupun tangan kotor, badan berpeluh dan terasa penat, kami tetap bersemangat kerana hasil yang diperoleh cukup menggembirakan. Disebabkan masa dan kudrat tidak mencukupi, hari ni kami hanya berjaya menuai lebih dari 30 kg ubi saja.

Setelah selesai menuai, kami menjual hasil tuaian ubi dan makananan lain kepada penduduk taman untuk berkongsi hasil titik peluh mengusahakan kebun komuniti ini.

Pengalaman menuai ubi kayu mengajar kami bahawa hasil yang baik memerlukan usaha, kesabaran dan pengorbanan. Penat bekerja akan terasa berbaloi apabila kita dapat menikmati hasil daripada titik peluh sendiri.

Begitulah.

11 Jul 2026 - SabtuKURSUS PERTANIAN MENGGUNAKAN SISTEM FERTIGASI - JABATAN PERTANIAN KUNAKTuntutlah ilmu hingga sampai k...
06/10/2026

11 Jul 2026 - Sabtu

KURSUS PERTANIAN MENGGUNAKAN SISTEM FERTIGASI -
JABATAN PERTANIAN KUNAK

Tuntutlah ilmu hingga sampai ke negara China. Begitulah kata-kata oleh orang bijak pandai.

Begitu juga kita. Tanpa mengenal jarak, selagi boleh, diusahakan untuk menuntut ilmu yang diperlukan untuk menguruskan kebun komuniti kita ini.

Kali ni kita belajar tentang sistem fertigasi. Apa itu sistem fertigasi?

Fertigasi ialah singkatan daripada fertilisasi & irigasi.

Fertilisasi = Proses pembajaan atau pemberian baja.
Irigasi = Proses pengairan atau penyiraman.

Jadi, fertigasi ialah kaedah pertanian yang membekalkan air dan baja secara serentak kepada tanaman, biasanya melalui sistem paip dan penitis terus ke bahagian akar.

Kita merancang untuk menggunakan sistem fertigasi ini tetapi mengolah sedikit caranya untuk disesuaikan dengan kaedah penanaman organik yang kita amalkan.

Perlaksanaannya masih menunggu dana untuk digunakan membeli bahan-bahan sistem fertigasi sebelum ianya dapat dilaksanakan 😁

Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kunak atas ilmu yang diberikan 🥰

15 SEP 2026 - SelasaKURSUS PENGURUSAN RACUN PEROSAK -JABATAN PERTANIAN KUNAKUntuk memastikan kita terus berada di atas l...
06/10/2026

15 SEP 2026 - Selasa

KURSUS PENGURUSAN RACUN PEROSAK -
JABATAN PERTANIAN KUNAK

Untuk memastikan kita terus berada di atas laluan yang betul dan mempunyai ilmu yang bersesuaian untuk menguruskan operasi kebun, kita telah menghantar 4 orang wakil ke Jabatan Pertanian Kunak untuk menimba ilmu tentang cara menguruskan racun perosak.

Walaupun pada asasnya kita tidak menggunakan racun kimia untuk mengawal serangga perosak, ilmu sebegini perlu untuk menambahkan pengetahun supaya segala keputusan dikemudian hari dapat dibuat dengan tepat.

Pelbagai ilmu yang diperolehi dari kursus tersebut dan sesi soal jawab bersama penceramah juga sangat banyak membantu.

Terima kasih Laman Rasmi Pejabat Pertanian Daerah Kunak atas segala ilmu 🌱🥰

27 Sep 2026 - AhadKAWALAN SERANGGA PEROSAK ORGANIK & DAUN BETIK Daun betik ialah penghalau serangga organik yang berkesa...
06/10/2026

27 Sep 2026 - Ahad

KAWALAN SERANGGA PEROSAK ORGANIK & DAUN BETIK

Daun betik ialah penghalau serangga organik yang berkesan kerana ia mengandungi bahan semula jadi yang berfungsi sebagai racun organik.

Papain dan Alkaloid adalah bahan aktif pahit dalam daun betik yang bertindak sebagai agen penghalau semut, ulat dan serangga kecil. Sebatian kimia semula jadi ini wujud untuk melindungi pokok daripada serangan perosak.

Bahan-bahan dan cara membuatnya:

1. Kisar daun betik & bawang putih sehingga hancur. Letak di dalam baldi, tutup dan perap selama 2 hari.
2. Tapis dan ambil airnya.
3. Campurkan dengan air paip dan sedikit sabun cecair (sebagai pelekat). Nisbah air betik dan air paip adalah 1:1
4. Sembur pada bahagian daun dan batang.
5. Biarkan selama 2 hingga 3 jam sebelum disiram dengan air bersih.

Ulang proses sekali dalam 2 minggu atau bergantung kepada tahap serangan serangga perosak.

Di Kinaria Herbs & Kitchen garden, kami hanya menggunakan bahan-bahan organik dalam usaha pengeluaran bahan makanan yang sihat untuk komuniti 🌳🌴🪴🌱

1 OKT 2026 - Khamis“Kejayaan bukan tentang siapa yang paling cepat, tetapi tentang siapa yang paling kuat bertahan.”"Slo...
06/10/2026

1 OKT 2026 - Khamis

“Kejayaan bukan tentang siapa yang paling cepat, tetapi tentang siapa yang paling kuat bertahan.”

"Slowly but surely."

"Compare apple to apple."

Kata-kata di atas sesuai untuk menggambarkan situasi kita pada masa ini.

Bertani bukanlah mudah, apalagi pertanian yang berasaskan kerja komuniti, kesukarelawan, bertujuan perpaduan dan kepentingan masyarakat.

Sebahagian hasil tanaman tidak memberansangkan, tapi tahukah anda bahawa hasil tanaman 100% organik tidak akan segemuk dan secantik tanaman yang disuap baja kimia dan luarannya diselaputi racun kimia berjadual??

Kadang rasa penat berkerja membanting tulang 4 kerat dengan tangan penuh tanah membuatkan kita menjadi lebih tegar. Ketegaran dan usaha keras ini tidak mengharapkan pengiktirafan, tetapi tidak bermakna ia boleh dinafikan.

Setelah berminggu-minggu menunggu cuaca benar-benar cerah, akhirnya hari ni pihak pembekal dapat menghantar tanah untuk tanaman 🌱

Jadi dalam seminggu ni kerja keras lagi kita bestie 💪💪💪

26/07/2026

THROWBACK WONT HURT 😁

Pemandangan tapak kebun komuniti ini sebelum diratakan.

Tanpa impian dan usaha, tiada pencapaian akan diraih. 🙌

KURSUS FERTIGASI - 25 Jul 2026Rentetan dari Kursus fertigasi yang hanya dihadiri oleh wakil 4 orang sebelumnya pada awal...
26/07/2026

KURSUS FERTIGASI - 25 Jul 2026

Rentetan dari Kursus fertigasi yang hanya dihadiri oleh wakil 4 orang sebelumnya pada awal Julai lalu, pada hari ini Kinaria Herbs & Kitchen Garden (KHKG) menghantar 8 lagi orang ahli kebun untuk menghadiri Kursus Fertigasi yg dianjurkan oleh Kolej Komuniti sempena National Training Week 2026.

Walau hujan lebat yang berlanjutan yang menyebabkan banjir dikebanyakan kawasan di Tawau, team KHKG berjaya sampai tepat waktu dan mengikuti kursus untuk menambah ilmu tentang fertigasi ini.

Buat masa ini kebun KHKG belum mengaplikasi sistem fertigasi kerana bagi kami, sebelum memulakan sesuatu sistem, kita mestilah melakukan penyelidikan dan mempelajari sistem tersebut terlebih dahulu, supaya bila dana dikeluarkan untuk membeli sistem, dana tersebut dipastikan akan digunakan sebaiknya dan menghasilkan result yg baik semaksimum mungkin. Kerana tiada dana yang layak untuk dibazirkan. 😎

Disebab itulah setiap ahli kebun diwajibkan mempunyai ilmu yang diperlukan dan salah satu cara untuk mendapatkan ilmu adalah belajar dari pakar melalui kursus yang dianjurkan.

So, here we go.

Disebabkan KHKG adalah kebun organik, selepas mempelajari sistem ini secara teliti kami merancang untuk membuat beberapa perubahan pada model fertigasi asal untuk disesuaikan dengan konsep organik kebun kami.

Semoga berjaya! Terima kasih Kolej Komuniti 🌱

DOKUMENTARI KHAS - Jul 2026Kinaria Herbs & Kitchen Garden. Itulah jenama yang diberikan kepada Kebun Komuniti yang telah...
08/07/2026

DOKUMENTARI KHAS - Jul 2026

Kinaria Herbs & Kitchen Garden. Itulah jenama yang diberikan kepada Kebun Komuniti yang telah dimulakan usahanya pada pertengahan tahun 2024.

Kebun yang diusahakan di atas tanah lapang seluas lebih kurang suku ekar (0.1 hektar) yang sebelumnya adalah belukar dan ditumbuhi oleh pokok-pokok besar yang terletak dibelakang lot kedai dan di tepi Masjid. Kawasan tanah berbatu yang kelihatan mustahil untuk dijadikan kawasan pertanian.

Sebagai seorang yang berpandangan jauh dan semangat ingin membawa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Kinabutan Ria kearah kemajuan, Pengerusi KRT pada ketika itu Encik Mohd Rosli Bin Masia mencadangkan agar kawasan tersebut dijadikan kawasan Kebun Komuniti untuk manfaat penduduk taman khasnya.

Pada ketika itu Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) menyediakan dana di bawah program ekonomi untuk KRT yang mengusahakan aktiviti ekonomi yang akan memberi manfaat kepada penduduk KRT tersebut.

Pada tahun itu juga, dengan menggunakan dana peribadi, kawasan hutan tersebut telah dibersihkan menggunakan jentera. Dimulakan dengan penanaman ubi kayu pulut dan cili bara secara traditional. Kemudian, hasil kajian dan perbincangan AJK KRT pada ketika itu, telah memutuskan bertukar kepada kaedah pertanian moden apabila mendapati tanah tersebut tidak sesuai untuk pertanian disebabkan jenis tanah liat dan berbatu.

Dengan menerapkan cara penanaman moden, menggunakan sistem fertigasi, sepenuhnya tanpa racun perosak, menggunakan baja organik dan kompos hasil dari tapak kebun dan sisa dapur dan mengunakan bahan kitar semula dalam aktiviti penanaman, menjadikan Kebun Komuniti ini berjaya menghasilkan produk organik. Sehingga pembungkusan produk juga tidak menggunakan single use plastic tetapi daun pisang dan daun lain sebagai bahan pembungkus.

Konsep asas Kebun Komuniti ini adalah untuk memenuhi keperluan dapur dan makanan harian penduduk setempat, juga keterjaminan makanan. Disebabkan itu, hampir semua jenis makanan harian dan herba ada ditanam di Kebun Komuniti ini. Pokok cili, terung, labu merah, cemangi, peria, kentang, kunyit, halia, sireh, pokok salam, strawberry, pudina, nangka, durian, jambu, sawi, kangkung, kecur, buah naga dan pelbagai tanaman lain ada di tanam di Kebun Komuniti ini.

Kami juga menghasilkan baja kompos kami sendiri untuk digunakan di kebun juga untuk dijual sekiranya ada lebihan.

Selain sayuran, buah dan herba, kami juga menjual anak-anak pokok. Kami turut merancang untuk menjadikan Kebun Komuniti ini sebagai Pusat Pembelajaran kepada sesiapa saja yang berminat memulakan atau memajukan pertanian secara moden, di kawasan yang terbatas, di belakang atau balkoni rumah, atau sekadar untuk memberi pendedahkan betapa pentingnya konsep Kitchen Garden ini.

Pada Disember 2025, JPNIN telah meluluskan dana RT progresif sebanyak RM10,000 sebagai suntikan modal dan untuk membeli beberapa mesin yang akan membantu dalam mengeluarkan produk hiliran hasil dari kebun.

Antara mesin tersebut ialah mesin Dehydrator yang akan digunakan untuk mengeringkan bahan-bahan herba supaya boleh tahan lama dan mudah untuk dipasarkan. Kami menjangkakan akan mengeluarkan produk hiliran hasil kebun dengan jenama sendiri dalam bulan oktober 2026 selepas penuaian produk hasil tani dibuat.

Dari segi pemasaran, buat masa ini hasil segar hanya akan dijual di dalam kawasan perumahan sahaja kerana kuantiti tuaian masih belum dapat menampung keperluan penduduk taman.

Untuk anak pokok dan produk hiliran kering, selain dijual kepada penduduk taman, kami juga mempunyai platform e-dagang untuk memasarkannya ke seluruh Malaysia.

Segala pencapaian Kebun ini pada hari ini adalah usaha keras yang tidak mengenal jemu oleh ahli pengusaha tetap kebun komuniti ini. Tanpa kerja keras mereka Projek Kebun Komuniti RT Progresif Taman Kinabutan Ria, Kinaria Herb & Kitchen Garden ini tidak dapat direalisasikan.

Di masa hadapan kami juga mempunyai perancangan untuk membawa Kebun Komuniti ini kearah Kebun Pintar dan mengamalkan Zero Waste dalam aktiviti seharian.

Untuk pertanyaan, bolehlah berhubung dengan Pengarah Projek Kinaria Herbs & Kitchen Garden, Puan Min di 0198210632.

Salam Bumi Hijau.

5 Mei 2026 (Selasa)Progress kebun komuniti kita setakat hari ini 🌱
21/05/2026

5 Mei 2026 (Selasa)

Progress kebun komuniti kita setakat hari ini 🌱

4 Mei 2026 (Isnin)Hari ni team kita membersihkan kunyit 10kg yang dirancang untuk dijadikan Produk Serbuk Kunyit. Selepa...
21/05/2026

4 Mei 2026 (Isnin)

Hari ni team kita membersihkan kunyit 10kg yang dirancang untuk dijadikan Produk Serbuk Kunyit. Selepas dikeringkan, proses akan dimulakan.

Hari ni juga kita mengunjungi nursery terdekat untuk membeli tanah hitam untuk semaian dan membeli anak pokok herba untuk dibiakkan. 🌱

Address

Kebun Komuniti/Kinaria Herbs & Kitchen Garden
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 07:00 - 11:00
Tuesday 07:00 - 11:00
Wednesday 07:00 - 11:00
Thursday 07:00 - 11:00
Saturday 07:00 - 11:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RT Progresif Taman Kinabutan Ria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share