Muslimat Muda Kuala Ketil

Muslimat Muda Kuala Ketil Info berkaitan aktiviti - aktiviti Muslimat Muda di DUN KUALA KETIL

11/01/2026

๐ŸŒธ Selamat Kembali ke Sekolah! ๐ŸŒธ

Nisaโ€™ Kedah mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat seluruh warga pendidik, para pelajar serta ibu bapa.

Semoga sesi persekolahan kali ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan, dan dipenuhi dengan semangat menuntut ilmu.

Buat anak-anak pelajar, teruskan melangkah dengan tekad dan disiplin.

Buat para guru, terima kasih atas pengorbanan dan dedikasi yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.

Buat ibu bapa, semoga terus kuat dan istiqamah mengiringi perjalanan pendidikan anak-anak.

Semoga setiap langkah ke sekolah menjadi langkah yang diberkati dan membawa kebaikan, dunia dan akhirat.
โœจ๐Ÿ“š


10/01/2026

๐Ÿ“š ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ž๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต! ๐Ÿ“š

Langkah baru, semangat baru ๐Ÿ’š
Moga setiap hari di sekolah dipenuhi ilmu, senyuman dan kejayaan โœจ

'Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Maha Penyayang" ๐Ÿคฒ

Belajar rajin-rajin ya,
jadi anak yang soleh & solehah,
impian besar bermula dari sini ๐Ÿ’ซ

Ikhlas daripada
Kakak-kakak Ameerah Kedah



19/12/2025
19/12/2025

Ziarah Ameerah Baling di Dun Kuala Ketil
19.12.2025 (Jumaat)

Alhamdulillah dapat santuni Muslimat Muda bersalin di Kg Kuala Tembak,Taman Desa Bidara dan Kg Kuala Merah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Alhamdulillah. Tahniah semua ๐Ÿ’š๐Ÿ’š
21/11/2025

Alhamdulillah. Tahniah semua ๐Ÿ’š๐Ÿ’š

Semoga kalian terus istiqamah menyambung perjuangan ini.
# Muslimat muda baling
BERDAULAT, WANITA BERMARTABAT.

13/10/2025

Kelu dan terkejut.

Maha Suci Allah yang memiliki alam, Kau tunjukkanlah yang benar itu adalah benar. Dan yang buruk itu juga benar meski pahit untuk ditelan.

Kejadian seumpama ini jelas menjadi igauan ngeri ibuayah diluar sana. Betapa sekolah tidak selamat lagi. Betapa anak-anak kita sedang berdepan dengan pelbagai risiko. Dan betapa masyarakat kita sedang tenat.

Kami menyeru agar

1. Sekat pautan video pornografi.
Duhai kerajaan, kalian punya hak. Sekat terus video pornografi dari dapat diakses oleh rakyat Malaysia. Jika menteri boleh sibukkan menyekat 'content' parti politik yang tidak sehaluan, maka sekatlah juga pautan video pornografi. Jangan biar ia menjadi barah kepada anak bangsa.

2. Besarnya peranan ibu bapa
Sudah tiba masanya kita menghentikan budaya memberikan telefon seawal usia anak-anak sekolah rendah tanpa pengawasan. Ibu ayah wajib mengawasi setiap kandungan media sosial yang dilayari anak-anak. Pantaulah apa yang mereka lihat, dengar dan lakukan.

3. Jadikan sekolah tempat yang selamat.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk anak-anak belajar dan berkawan. Namun kini, banyak perkara yang membimbangkan telah berlaku. Kembalikan peranan sekolah sebagai satu tempat selamat dalam mendidik anak bangsa.

4. Hukumlah pelaku dengan selayaknya.
Kami berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sedalamnya. Hukuman setimpal perlu diberikan agar ia menjadi satu mesej jelas bahawa perkara ini tidak patut berlaku. Kita mahu anak-anak kita berada dalam masyarakat yang tinggi akhlaknya, selamat jiwanya.

Ameerah Kedah mendoakan agar mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua. Jangan biarkan barah ini merebak.

Nurul 'Amirah Mohamad Nazhari
Pengarah Ameerah Negeri Kedah
11 Oktober 2025

19/08/2025

Selamat Hari Fotografi Sedunia ๐Ÿ“ธ

Fotografi bukan sekadar seni merakam momen, tetapi tanda syukur melihat keindahan ciptaan Allah SWT.

Setiap tangkapan lensa mengingatkan kita kepada nikmat, kebesaran dan rahmat-Nya yang tidak terhitung.

Semoga setiap gambar menjadi saksi kebaikan dan jalan mendekatkan diri kepada Pencipta.


11/08/2025

BULI BUKAN BUDAYA KITA

Ameerah Kedah menyatakan sokongan terhadap Kempen .

Tular di media sosial, himpunan secara besar-besaran yang dilaksanakan di Negeri Sabah demi menyatakan mesej bahawa keadilan perlu ditegakkan berkaitan isu adik Zara yang telah meninggalkan kita dengan seribu satu persoalan. Anak yang berusia 13 tahun ini ditemui meninggal di asramanya yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat setiap pelajar.

Mutakhir ini, banyak isu buli berlaku dan diperkatakan oleh masyarakat diluar sana. Buli bukan budaya kita. Dalam sebuah masyarakat yang beradab dan sopan, isu ini perlu dibanteras sehabis baik. Guru, ibu bapa dan masyarakat perlu menggembleng tenaga dalam memastikan budaya buli tidak menular dalam kalangan anak-anak.

Bukan sekali kita membaca kesan buli terhadap mangsanya. Malah ia membawa pengakhiran yang tragis. Semoga kisah Adik Zara membuka lebih banyak mata dan hati untuk kita bangkit melawan isu ini.

Ameerah Kedah, Muslimat Muda Kedah menyeru !
Katakan Tidak Pada Buli
Buli Bukan Budaya Kita
Keadilan Untuk Zara


Address

Kuala Ketil
Tawar
09300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat Muda Kuala Ketil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share