Pusat Bimbingan Alternatif Grace

Pusat Bimbingan Alternatif Grace Pusat Bimbingan Alternatif Grace (XZ9W001)

25/05/2026
PBAG dengan penuh rasa syukur telah menerima sumbangan berupa bubur nasi untuk para pelajar daripada Rise Against Hunger...
21/05/2026

PBAG dengan penuh rasa syukur telah menerima sumbangan berupa bubur nasi untuk para pelajar daripada Rise Against Hunger Malaysia.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Ps. Daniel Chong ditamani oleh Ps Gwen atas kasih, perhatian, sokongan, kepedulian, dan keprihatinan yang telah diberikan kepada para pelajar PBAG.

Sumbangan ini bukan sekadar makanan, tetapi turut membawa kasih, harapan, dan semangat kepada setiap pelajar. Kepedulian yang ditunjukkan benar-benar menyentuh hati dan memberi makna yang sangat besar buat kami semua. Di saat para pelajar menikmati setiap hidangan yang diberikan, mereka juga dapat merasakan bahawa masih ada insan-insan yang peduli, mengasihi, dan sentiasa memikirkan kebajikan mereka. Terima kasih kerana menjadi saluran kasih dan berkat kepada para pelajar kami. ❤️

11/5/26 (Isnin) Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru 💐❤️Hari ini, para pelajar meraikan dua insan paling bermakna dalam ...
11/05/2026

11/5/26 (Isnin) Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru 💐❤️

Hari ini, para pelajar meraikan dua insan paling bermakna dalam hidup mereka — IBU dan GURU. Terima kasih kepada para ibu yang hadir memeriahkan sambutan pagi ini bersama guru dan murid.

Pelbagai persembahan tarian, nyanyian yang menyentuh hati, permainan serta perkongsian tentang erti kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan telah menceriakan hari ini. Tidak dilupakan, murid-murid turut membawa juadah ringan untuk dikongsi bersama rakan dan guru dalam suasana penuh kasih dan kegembiraan.

Semoga sambutan ini menjadi kenangan indah dan mengajar anak-anak erti menghargai insan yang mendidik dan menyayangi mereka setiap hari 🤍

Pada 6 - 9/5/2026 (Rabu hingga Sabtu), pihak sekolah telah mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian s...
09/05/2026

Pada 6 - 9/5/2026 (Rabu hingga Sabtu), pihak sekolah telah mengadakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan sukarelawan profesional dari Trinity Christian Centre, Singapura yang diketuai oleh Dr Eugene bersama Dr Elizabeth, Dr Hui Ling, Dr Daniel, Dr Ee Guan, Dr Harold serta 9 orang tenaga profesional yang lain. Turut membantu ialah Dr Jane dan Cik Hui Yuk.Selain itu, ahli farmasi Joan Chok serta 20 orang guru turut berganding bahu menjayakan program ini. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Rev.Teh atas lawatannya.
Pihak sekolah amat berterima kasih atas kesudian mereka meluangkan masa berkunjung ke Pusat Bimbingan Alternatif Grace untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma tahun yang kedua kepada para pelajar dan ibu bapa.
Pelajar yang menerima pemeriksaan pergigian bukan sahaja mendapat rawatan, malah turut menerima sumbangan berus gigi dan ubat gigi. Pelajar dan ibu bapa yang menjalani pemeriksaan kesihatan serta rawatan juga diberikan ubat-ubatan yang diperlukan.
Secara keseluruhannya, seramai 730 orang pelajar dan 147 orang ibu bapa telah mendapat manfaat daripada program perubatan ini. Kerjasama dan usaha semua pihak telah menjayakan program ini dengan penuh lancar dan berjaya.

22/04/26 (星期三)感谢Neutrovis Sdn Bhd所捐赠的60 箱面包给与恩典训练中心( Pusat Bimbingan Alternatif Grace )。也谢谢Metro Proper Sdn Bhd ,Lions C...
23/04/2026

22/04/26 (星期三)感谢Neutrovis Sdn Bhd所捐赠的60 箱面包给与恩典训练中心( Pusat Bimbingan Alternatif Grace )。也谢谢Metro Proper Sdn Bhd ,Lions Club of Tawau 以及 Lions Club Of Tawau Mandarin 的协助下完善的送达学校。
您们慷慨捐赠的食物,温暖了每个孩子的心。这捐赠都承载着您们的爱心与善意,让我们感受到了社会大家庭的温暖与关怀。谢谢您们为社会公益事业所做出的贡献!
也希望Neutrovis Sdn Bhd影响力不断扩大,帮助更多需要帮助的人。
Terima kasih kepada Neutrovis Sdn Bhd atas sumbangan 60 kotak roti kepada Pusat Bimbingan Alternatif Grace. Juga terima kasih kepada Metro Proper Sdn Bhd, Lions Club of Tawau, dan Lions Club Of Tawau Mandarin atas bantuan mereka dalam penghantaran yang sempurna ke sekolah.
Sumbangan makanan anda yang murah hati telah menghangatkan hati setiap kanak-kanak. Sumbangan ini membawa kasih sayang dan kebaikan anda, membuat kami merasakan kehangatan dan keprihatinan dari keluarga besar masyarakat. Terima kasih atas sumbangan anda kepada kerja amal masyarakat!
Kami juga berharap pengaruh Neutrovis Sdn Bhd terus berkembang, membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.

20/04/2026 (Isnin) Tahniah kepada semua pemenang dan penerima saguhati dalam pertandingan mewarna yang telah dianjurkan ...
20/04/2026

20/04/2026 (Isnin) Tahniah kepada semua pemenang dan penerima saguhati dalam pertandingan mewarna yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Hadiah telah berjaya disampaikan pada hari ini sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti para pelajar. Teruskan berusaha dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

Jumaat - 17 April 2026 Lawatan penuh bermakna oleh YBhg. Tan Sri Dr. Tan Koon Swan bersama rombongan ke Pusat Bimbingan ...
20/04/2026

Jumaat - 17 April 2026

Lawatan penuh bermakna oleh YBhg. Tan Sri Dr. Tan Koon Swan bersama rombongan ke Pusat Bimbingan Alternatif Grace hari ini telah berlangsung dengan jayanya. Turut mengiringi lawatan ini ialah pengasas Pusat Bimbingan Alternatif Grace, Rev. Teh Yung Huat serta ahli Lembaga Pengarah sekolah.

Kunjungan ini bukan sahaja membawa sokongan moral, malah menjadi satu penghormatan besar buat seluruh warga pusat. Tan Sri Dr. Tan Koon Swan dan rombongan turut meluahkan rasa kagum dan terharu melihat usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pusat ini dalam menyediakan akses pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin semangat untuk kami terus komited dalam memperkasa pendidikan dan masa depan anak-anak ini.

Seminar Kepimpinan Kelab Interact ✨📚Pada 11 April 2026 yang lalu, para pelajar telah berpeluang menyertai Seminar Kepimp...
14/04/2026

Seminar Kepimpinan Kelab Interact ✨📚

Pada 11 April 2026 yang lalu, para pelajar telah berpeluang menyertai Seminar Kepimpinan Kelab Interact yang disampaikan oleh Rotarian Ong. Program ini telah berlangsung di Petitie Cafe dalam suasana yang santai namun penuh dengan aktiviti menarik.
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat! 🌟👏

Sambutan Hari Raya yang telah berlangsung pada hari Selasa, 1 April 2026 di Pusat Bimbingan Alternatif Grace bersama pel...
07/04/2026

Sambutan Hari Raya yang telah berlangsung pada hari Selasa, 1 April 2026 di Pusat Bimbingan Alternatif Grace bersama pelajar dari Tadika Alternatif Grace berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang sambutan ini, antaranya permainan , persembahan tarian oleh pelajar dan guru, serta senaman zumba yang menceriakan suasana. Kemuncak acara sudah tentu pertandingan fesyen raya yang disertai oleh ibu-ibu pelajar, yang mempamerkan kreativiti dan keanggunan busana tradisional.

Sebagai penutup, para pelajar, ibu bapa dan guru bersama-sama menjamu selera di dalam kelas masing-masing dengan hidangan istimewa yang dibawa dari rumah. Suasana penuh kegembiraan jelas terpancar apabila semua dapat berkongsi hidangan dan merapatkan silaturahim. Sambutan ini bukan sahaja menyeronokkan, malah berjaya memupuk semangat perpaduan dan meraikan kepelbagaian budaya dalam kalangan warga sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa atas sokongan padu dalam menjayakan program ini, sama ada melalui penyediaan hidangan mahupun penyertaan dalam aktiviti yang dianjurkan.

14/02/2026

Sambutan Tahun Baru Cina 2026

Address

TB14354-14356, Lot 8-10, Pekan Kinabutan, Mile 5 1/2, Jalan Apas
Tawao
91000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Bimbingan Alternatif Grace posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Bimbingan Alternatif Grace:

Share