Persatuan Komuniti Nanga Tekalit Tatau

Directions

Persatuan Komuniti Nanga Tekalit Tatau Persatuan kebajikan lima rumah panjang Nanga Tekalit, fokus kebajikan, pembangunan & budaya.

12/06/2026
πŸš£β€β™‚οΈ Gotong-Royong Pembuatan Perahu Panjang πŸš£β€β™‚οΈHari ini, Persatuan Kebajikan Komuniti Nanga Tekalit bersama penduduk ka...
12/06/2026

πŸš£β€β™‚οΈ Gotong-Royong Pembuatan Perahu Panjang πŸš£β€β™‚οΈ

Hari ini, Persatuan Kebajikan Komuniti Nanga Tekalit bersama penduduk kampung telah bergotong-royong menyiapkan Perahu Panjang Lumba Tajai Bagiau No. 2. Aktiviti ini mencerminkan semangat kerjasama, perpaduan dan usaha memelihara warisan budaya masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dan masa. Semoga usaha ini membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama Nanga Tekalit.

πŸš£β€β™‚οΈπŸ†

GOTONG-ROYONG BERSIHKAN TAKUNGAN AIR – NANGA TEKALITPenduduk kampung Nanga Tekalit telah bersama-sama bergotong-royong m...
02/04/2026

GOTONG-ROYONG BERSIHKAN TAKUNGAN AIR – NANGA TEKALIT

Penduduk kampung Nanga Tekalit telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan takungan air paip susulan musim kemarau yang menyebabkan bekalan air tidak mencukupi.

Aktiviti ini menunjukkan semangat kerjasama, perpaduan dan keprihatinan yang tinggi dalam kalangan penduduk kampung demi memastikan bekalan air bersih dapat digunakan oleh semua.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada tenaga, masa mahupun sokongan. Inilah kekuatan sebenar komuniti kita – bersatu hati, saling membantu demi kebaikan bersama.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada seluruh penduduk dan menjadi contoh kepada generasi akan datang.




Thank you Abun Bilun  & Rem Jana laban ulih nemuai ngagai menua kami bak Nanga Tekalit Tatau..Ngarap ke enda leju
02/01/2026

Thank you Abun Bilun & Rem Jana laban ulih nemuai ngagai menua kami bak Nanga Tekalit Tatau..Ngarap ke enda leju

πŸ’ͺ🌿 Gotong-Royong Komuniti Nanga Tekalit | 12 Oktober 2025 🌿πŸ’ͺHari ini, komuniti Nanga Tekalit, Tatau telah menjalankan ak...
12/10/2025

πŸ’ͺ🌿 Gotong-Royong Komuniti Nanga Tekalit | 12 Oktober 2025 🌿πŸ’ͺ

Hari ini, komuniti Nanga Tekalit, Tatau telah menjalankan aktiviti gotong-royong menebas kawasan tempat perahu panjang serta pondok/rumah penyimpanan selepas tamat perlumbaan Tajai Bagiau tempoh hari.

Program ini disertai oleh lima buah rumah panjang iaitu:
🏠 Rumah Banyang
🏠 Rumah Joshep
🏠 Rumah Ulen
🏠 Rumah Abong
🏠 Rumah Dora

Aktiviti gotong-royong ini diketuai bersama oleh Tuai Rumah Banyang, Tuai Rumah Joshep, Tuai Rumah Ulen, Tuai Rumah Abong, dan Tuai Rumah Dora dengan penyertaan aktif penduduk kampung – lelaki, wanita dan belia – semuanya bersatu tenaga demi kemajuan komuniti. πŸ’ͺ❀️

Semangat kebersamaan yang ditunjukkan hari ini membuktikan bahawa β€œBersatu kita maju, bercerai kita roboh.”
Terima kasih kepada semua yang hadir, memberikan masa, tenaga dan sokongan demi menjayakan usaha komuniti kita bersama. πŸ™

11/10/2025 πŸ”₯ Latihan & Taklimat Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Daerah Tatau Terima kasih kepada pihak Bomba dan Pen...
12/10/2025

11/10/2025 πŸ”₯ Latihan & Taklimat Keselamatan Kebakaran Bersama Bomba Daerah Tatau

Terima kasih kepada pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau yang sudi turun ke kawasan pedalaman Komuniti Nanga Tekalit bagi mengadakan taklimat keselamatan serta demonstrasi cara memadamkan api dengan betul.

Program ini amat bermanfaat dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti terhadap sebarang risiko kebakaran di rumah panjang. πŸ™πŸš’

Tahun ini, kami bersyukur kerana Persatuan Kebajikan Nanga Tekalit berjaya menyatukan 5 buah rumah panjang melalui pelba...
03/10/2025

Tahun ini, kami bersyukur kerana Persatuan Kebajikan Nanga Tekalit berjaya menyatukan 5 buah rumah panjang melalui pelbagai aktiviti komuniti. Walaupun ada sedikit cabaran, namun pencapaian ini membuktikan semangat kerjasama tetap utuh. πŸ’ͺ

Antara pencapaian utama tahun ini:
βœ… Gotong-royong bersama kampung 🏑
βœ… Perahu panjang temuai siap dibina 🚀
βœ… Perahu Sakai Temuai menjuarai 2 kategori regatta πŸ†
βœ… Sokongan dana daripada kepimpinan negeri (YB Datuk Sri John Sikie) πŸ™

Banyak lagi perancangan akan datang. Terima kasih kepada ketua kampung 5 buah rumah panjang , Pemancha & AJK Persatuan yang sentiasa menyokong. Semoga kita terus kekal bersatu, diberi kekuatan & jalan menuju kejayaan lebih besar pada masa depan.






πŸ™ Terima kasih kepada YB Dato Sri John Sikie Tayai kerana telah menyalurkan sumbangan dana kepada Persatuan Kebajikan Ko...
03/10/2025

πŸ™ Terima kasih kepada YB Dato Sri John Sikie Tayai kerana telah menyalurkan sumbangan dana kepada Persatuan Kebajikan Komuniti Nanga Tekalit, Tatau, Bintulu.

Sumbangan ini sangat bermakna untuk membantu aktiviti kebajikan dan pembangunan komuniti di kawasan kami.




Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kakus

Address

Nanga Tekalit Tatau
Tatau
97200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Komuniti Nanga Tekalit Tatau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share