30/08/2026
30.8.2026 || AHAD
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Amal Day for Charity anjuran Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tasek Gelugor dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan YB Pakcik Sobri dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Pulau Pinang - BKA bertempat di Masjid Al-Islah, Pokok Tampang pada hari ini.
Pelbagai aktiviti khidmat masyarakat telah dilaksanakan, antaranya gotong-royong, ziarah prihatin, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, pertukaran minyak hitam serta perubatan Islam.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh ukhuwah serta menyantuni masyarakat setempat melalui aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program terutamanya pihak Masjid Al Islah, Pokok Tampang, PAPISPMA, Darus Syifa Pulau Pinang, Alternative Riding Club (ARC) Tasek Gelugor serta seluruh masyarakat yang turut hadir dan memberikan sokongan.
Semoga segala usaha dan khidmat yang dicurahkan mendapat keberkatan dan menjadi amal jariah. 🤲🏻