26/09/2025
https://www.facebook.com/share/1BE6Q6ZwwP/
Rupanya kapal perang Italy dan Spain hanya wayang! 😡
Malam tadi aku tonton video Ahmad Faezal yang menjelaskan tentang hal ini. Aku ringkaskan ya.
1. Itali hantar 2 kapal perang, Spain hantar 1 kapal perang. Kapal-kapal mereka ini memang dah ada di laut berdekatan, so cepat sampai.
2. Namun, Menteri Pertahanan Italy bagitahu secara jelas, kapal perang dihantar bukan untuk misi ketenteraan. Ia cuma untuk misi menyelamat jika berlaku apa-apa pada kapal-kapal Smd Fltla tersebut.
3. Mereka bahkan bagitahu, kapal-kapal Smd sepatutnya serah bantuan pada Is tanpa perlu mendarat di G. Biar Is agih bantuan melalui gereja di P.
4. Mereka juga bagitahu, mereka tak boleh nak sekat Is jika Is buat sesuatu yang mengancam kapal-kapal Smd dan sukarelawan di atasnya. Kapal-kapal perang mereka hanya teman sampai Yellow Zone sahaja. Bukan sampai ke G.
5. Faktor utama mereka hantar kapal perang adalah kerana tekanan rakyat mereka. Pada 22hb baru ni, negara Italy lumpuh bila lebih 500,000 rakyatnya turun ke jalanan untuk bersolidariti buat semua sukarelawan Smd ni. Pelabuhan dan train lumpuh terus.
6. Hari ini, 26hb dikatakan kesatuan pekerja di Italy akan buat solidariti sekali lagi untuk memberi tekanan pada Is jangan apa-apakan kapal-kapal Smd ni.
7. Kapal-kapal Smd akan masuk ke Red Zone 3-4 hari lagi. Namun info awal yang team Smd terima, Is merancang nak buat serangan lebih besar kepada kapal-kapal Smd dalam masa 36 jam terdekat ini.
8. Kemungkinan besar jika berlaku serangan, kapal-kapal perang Italy dan Spain tidak lagi bersama kerana dijangka serangan bakal berlaku dalam Yellow Zone atau Red Zone.
9. Bahkan jika kapal-kapal perang tersebut masih bersama atau berdekatan sekali pun, jelas mereka bagitahu mereka tak akan membalas serangan Is atau melindungi kapal-kapal Smd. Mereka hanya akan jalankan operasi menyelamat sahaja.
10. Kesimpulannya, kapal-kapal perang dari Itali dan Sepanyol ni langsung tak boleh diharap. Mereka tak berani nak sanggah Is secara terus. Hanya bertindak untuk sejukkan hati rakyat mereka sahaja.
11. Saat ini adalah saat kritikal buat semua sukarelawan Smd. Namun, kita ada satu senjata paling istimewa iaitu doa. Pakat doa beramai-ramai untuk kejayaan misi ini dan keselamatan para sukarelawan. Dan jangan berhenti bercakap tentang misi penting ini.
Begitulah.
Sumber: Mohd Fadli Salleh