DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAPAH

Directions

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAPAH ISLAM MEMIMPIN WANITA
SEJAHTERA

06/09/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Em Jay, Muhamad Rosman, Siddiq Chaney, Hos Getah II, A Halim Mohd, Raja Amir Hamzah, Nick'Rose Nick, Khairul Azmi, Mohd Suhaimi Matmie, Razin Fitri, Ida Husin, Muhamad Dayan, Muhamad Adam, Fajrie Beyyie

Warna warni Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia hari ini.
03/09/2026

Warna warni Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia hari ini.

28/08/2026
🌙 MAULIDUR RASUL SAW | SEMARAK CINTA RASULULLAH ﷺ 🌙Alhamdulillah, tibanya bulan penuh keberkatan yang mengingatkan kita ...
25/08/2026

🌙 MAULIDUR RASUL SAW | SEMARAK CINTA RASULULLAH ﷺ 🌙

Alhamdulillah, tibanya bulan penuh keberkatan yang mengingatkan kita kepada insan paling mulia, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi dicintai, diteladani dan diikuti sunnahnya dalam setiap langkah kehidupan. 🤍

✨ Marilah kita suburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mengamalkan akhlak mulia yang diwariskan kepada umat.

اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ menjadi jalan untuk kita terus istiqamah dalam kebaikan dan mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak. 🤲🏻

Selamat menyambut Maulidur Rasul ﷺ.

Rabiulawal: Menyemai Cinta Rasulullah ﷺAlhamdulillah, kita kembali dipertemukan dengan bulan Rabiulawal, bulan yang meng...
14/08/2026

Rabiulawal: Menyemai Cinta Rasulullah ﷺ

Alhamdulillah, kita kembali dipertemukan dengan bulan Rabiulawal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran insan agung, junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Marilah kita menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini sebagai titik permulaan untuk memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah Baginda, memperbaiki akhlak serta menanam rasa cinta yang lebih mendalam kepada Rasulullah ﷺ.

Cinta kepada Rasulullah bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi dibuktikan dengan ketaatan kepada Allah SWT, mengikuti sunnah Baginda dan menyebarkan kasih sayang sesama insan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kekuatan untuk terus istiqamah meneladani akhlak Rasulullah ﷺ serta menghimpunkan kita bersama Baginda di syurga kelak.

🤍 اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih untuk tulisan ini.Kredit untuk  Bibi Sunita Sakandar KhanMajlis Tertinggi Parti Wawasan Negara.
12/08/2026

Terima kasih untuk tulisan ini.
Kredit untuk Bibi Sunita Sakandar Khan
Majlis Tertinggi Parti Wawasan Negara.

07/08/2026

10 ADUN Negeri Sembilan selesai angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco);

Mereka ialah;

8 ADUN BN:
Mohd Faizal Ramli(Linggi),
Zaifulbahri Idris(Chembong),
Mustapha Nagoor(Palong),
Mohd Asna Amin(Lenggeng),
Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui),
Siti Nur Umaira Hasim(Labu),
Siow Kong Choon(Chennah), dan
Suhaimizan Bizar(Gemencheh).

2 ADUN PN:
Mohd Fairuz Mohd Isa(Serting), dan
Razali Abu Samah(Sikamat).

TIADA ADUN Pakatan Harapan.

Kerajaan Negeri Sembilan adalah Kerajaan BN-PN. NO PH.

28/07/2026

Apabila laporan RCI Tabung Haji diterbitkan nanti, jangan hanya baca tajuk dan kesimp**annya sahaja. Lihat juga bagaimana kesimp**an itu dibina.

Ada beberapa perkara yang wajar diperhatikan.

1. Adakah laporan membezakan antara kehilangan wang dengan kerugian perakaunan?
Dalam dunia kewangan, rosot nilai aset (impairment), kejatuhan harga pasaran dan perubahan kaedah penilaian boleh mengurangkan nilai aset, tetapi ia tidak semestinya bermaksud wang telah hilang atau diselewengkan.

2. Jika terdapat dakwaan penyelewengan, adakah laporan menunjukkan siapa yang mendapat manfaat?
Penyiasatan kewangan bukan sekadar menyatakan jumlah kerugian. Ia perlu menunjukkan aliran wang, transaksi, penerima manfaat serta kaitan antara pihak-pihak yang terlibat.

3. Adakah RCI membuat dapatan fakta atau dapatan jenayah?
Ini penting kerana RCI berfungsi menyiasat, menentukan fakta dan mengemukakan syor. Penentuan kesalahan jenayah p**a memerlukan siasatan lanjut oleh agensi penguat kuasa serta pembuktian di mahkamah.

4. Jika laporan menyentuh perbezaan antara laporan Ketua Audit Negara dan penilaian PricewaterhouseCoopers (PwC), sebuah firma audit antarabangsa, adakah ia menerangkan mengapa perbezaan itu berlaku?
Adakah ia berpunca daripada piawaian perakaunan, andaian penilaian, definisi aset boleh direalisasikan atau faktor-faktor lain? Perbezaan angka sahaja belum memadai untuk membuktikan berlakunya penipuan atau penyelewengan.

5. Adakah semua keputusan yang berada dalam skop RCI dinilai secara menyeluruh?
Jika tempoh siasatan meliputi sehingga tahun 2020, maka penstrukturan semula Tabung Haji, pemindahan aset kepada UJSB, harga pindahan aset serta struktur sukuk juga wajar dinilai sebagai sebahagian daripada keseluruhan kronologi.

6. Apakah tindakan yang telah diambil sejak laporan RCI disiapkan?
Jika laporan ini telah berada dalam pengetahuan kerajaan selama beberapa tahun, rakyat wajar mengetahui sama ada dapatan tersebut telah disusuli dengan tindakan dalaman, siasatan lanjut, penambahbaikan tadbir urus atau rujukan kepada agensi penguat kuasa. Jika belum ada tindakan, apakah penjelasannya? RCI bukan sekadar menghasilkan laporan, tetapi menjadi asas kepada tindakan dan pembaharuan.

Laporan RCI sepatutnya membantu rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku, bukan hanya bertujuan mengukuhkan tanggapan yang telah sedia ada. Semakin besar sesuatu dakwaan, semakin tinggi juga standard bukti yang perlu menyokongnya. Itulah prinsip yang menjadi asas kepada penyiasatan yang adil, telus dan berwibawa

Address

Tapah
35000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TAPAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share