09/08/2026
MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN TAPAH BAGI TAHUN 2026
📍 Seri Izwina Wedding and Event Hall, Temoh, Perak
🗓️ 05 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 3.00 petang - 6.00 petang
Alhamdulillah, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tapah telah selesai melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan (MPAT) bagi tahun 2026 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dr. Ustaz Hj Mohamad Yusri bin Haji Bakir, Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Ayer Kuning. Turut bersama ialah Saudara Megat Jamil, selaku Timbalan Pengerusi 4B Negeri Perak.
Mesyuarat ini merupakan wadah untuk berbincang segala perkara, mencari titik penyelesaian serta mengeratkan silaturahim antara ahli. Tahniah kepada semua perwakilan yang hadir, anda semua memang terbaik 🙌🏻.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
Dari Parit singgah ke Tapah,
Membawa amanat pengurusan negeri,
Rapatkan saf, kukuhkan ukhuwah,
Terima kasih, datang lagi.
Dari Tapah menuju ke Bidor,
Singgah sebentar bertemu teman,
Amanat dipikul, tanggungjawab disubur,
Semoga erat sepanjang zaman.
BERSATU | BELAJAR | BEKERJA | BERKHIDMAT
Sekali 4B, selamanya 4B
Bergerak 💪🏻